
Alhamdulillah, Rumah yang aku beli hampir 3 tahun lepas sudahpun siap. Kuncinya aku terima hampir 3 bulan yang lepas, terdapat beberapa kecacatan kecil dalam rumah, masih dalam proses pembaikan. Percayalah, perkara yang paling dirisaukan oleh kebanyakan pembeli rumah yang masih di dalam proses pembinaan adalah rumah yang tidak siap-siap, dalam erti kata lain, terbengkalai. Aku sehingga kini, masih membayar wang faedah hampir RM1000.00 sebulan, jumlah pinjaman prinsipal masih tidak kurang satu sen pun. Bayangkan kalau projek terbengkalai, percuma saja bayar ke pihak bank, rumah tidak siap-siap apatah lagi hendak diduduki. Sejak dari mula membeli rumah ini, aku sentiasa memantau perkembanganya dari semasa ke semasa. Kalau hendak diikutkan, sudah lewat dari jadual asal iaitu hujung tahun lepas, namun masih di dalam tempoh perjanjian iaitu 36 bulan. Alhamdulillah Syukur
Rumah pertama aku ini aku beli di Batu 3 Shah Alam. Berdekatan dengan Stesen Komuter Batu 3, Giant Seksyen 13 Shah Alam, Tesco Shah Alam, Carefour Subang dan berdekatan dengan pintu tol lebuhraya ELITE dan Lebuhraya Persekutuan. Terdapat rumah kedai 4 tingkat bersebelahan dengan rumah ini yang juga baru siap, terdapat kedai-kedai yang telah memulakan perniagaan masing.
Saiz rumah aku lebih kurang 1010++ kaki persegi, 3 bilik tidur dan 2 bilik air, terdapat ruang kering yang cukup luas untuk dibuat dapur, bahagian dapur asal boleh dijadikan bilik keempat ataupun dapur kering. Menghadap Shah Alam tanpa ada sebarang bangunan dihadapan membolehkan penghuninya menikmati pemandangan yang indah pada waktu malam, pada waktu siang tiada apa-apa yg istimewa.

Kemudahan yang disediakan antaranya, kawalan keselamatan 24 jam, pelekat kereta, kad keselamatan untuk masuk ke kawasan rumah dan ke lobi lif. Pendek kata, orang luar tanpa kad keselamatan masih tidak dapat naik keatas walaupun lepas dari pandangan pihak keselamatan. Orang-orang yang tak dikehendaki ini termasuklah maling dan juga jurujual gores-dan-menang. Dari satu sudut, ianya memang agak menyusahkan saudara-mara ataupun rakan-rakan yang hendak datang, tetapi kalau difikirkan dari sudut keselamatan, amat penting bukan.

Kemudahan lain termasuklah, gimnasium, kolam renang, kolam renang kanak-kanak, padang badminton, dewan orang ramai, tabika, rumah kelab, kedai dobi, kedai selesa, tapak joging, tapak BBQ dan sebagainya.
Jika ada yang berminat, silalah tinggalkan komen anda atau hubungi terus. Baru-baru ini, ada pihak menawarkan untuk sewaan selama 2 tahun ke pihak kolej, namun kadar yang ditawarkan jauh lebih rendah dari jadar pasaran memaksa aku menolak dahulu. Anda juga boleh menjadi agen, aku akan beri komisen sebanyak sebulan sewa, tunai sebaik sahaja wang deposit dibayar.
ps: Gambar dalam entri ini semuanya di ambil menggunakan Sony Ericsson K800i. Maaf kalau ada yang tak cukup jelas.
pps: Untuk gambar swimming pool dari sudut lain, klik sini,
Info lain di sini, Gambar ruang tamu di dalam iklan ini tidak sama dengan unit rumah saya.
ppps: Info lagi
Entri di atas pada garis ini di taip ketika aku dalam perjalanan ke Johor selasa lepas, cuma baru hari ini aku publish. Ada sedikit kemaskini, proses pembaikan telahpun selesai sepenuhnya.
You are welcome to read the rest of this entry »
Share This