Petang tadi, aku lepak dengan principal kat starbucks the curve. Tengah sembang-sembang itu, aku pun tak tahu lah dari mana datangnya, mulut aku tiba-tiba je nyanyi lagu nih. Lagu yang diajar oleh cikgu inggeris masa sekolah rendah dulu. Hehe, cam kelako pun ada. Korang pernah jadik camnih tak?
1 , 2 buckle my shoe
3, 4 shut the door
5, 6 pick up stick
7, 8 lay them straight
9, 10 a big short hen
Lagi satu,
c-o-c-o-n-u-t nut
c-o-c-o-n-u-t nut
coconut coconut coconut coconut ooooooo
C-O-C-O-N-U-T Nut
C-O-C-O-N-U-T Nut
coconut coconut coconut coconut ooooooo
he2x, ringkas gila lagu kanak-kanak dulu. Sebenarnya, aku agak sibuk sekarang, buat masa ni korang bacalah 5 entri-entri bernas dari rakan-rakan:
Gambar di atas bertajuk “Junior Needs Help” oleh Teng Wei dari KL. Satu-satunya finalis dari Malaysia. Memang menarik sekali. Harapnya suatu hari nanti gambar-gambar aku pun dipaparkan di majalah-majalah hehe. Sekarang ni, masih banyak yang perlu dipelajari.
Konsep yang di reka cipta oleh chaku yang pada aku boleh tahan cun ataupun memang cun habis. Kalau nak masuk pasaran, Proton kena buat betul2 kali ni, betul2 dari segi strategi pemasaran, promosi, kualiti, khidmat sokongan dan sebagainya, terlalu banyak masalah yang melanda proton sekarang ni.
proton said that they are developing the new saga/iswara replacement model which is based on savvy platform. so i came up with this…a sedan savvy
this might be how savvy sedan rear look..
equipped with zerokit bodykits
painted champion white…
i dunno where to put the licence plate…between taillight or on the bumper…
opinion pls
Kemaskini: Aku terpaksa letak URL pada gambar tuh, sbb bulan ni terlalu banyak web lain yang link secara langsung ke gambar tersebut dan ‘makan’ bandwidth aku. Aku tak disable hotlinking sbb nak memudahkan korang, bandwidth aku pun banyak tak pakai, tapi bagi la kredit sikit. Sakit jiwa jugak bila gambar ambil dari web aku, pakai bandwidth aku, tp langsung xde link menyatakan gambar tu dari web aku malah url web lain pulak yang disertakan. Setidaknya, aku masih tidak disable hotlinking. Lain kali, paling tidak pun, download dan upload lah balik kat tempat yang korang nak post tuh. Bandwidth tu ada kosnya. Terima kasih kerana memahami….
Seperti dinyatakan di atas, kredit gambar oleh chaku dari savoc.net dan dipaparkan disini dengan kebenaran oleh beliau. aku adalah ahli forum savoc.net. Kalau ada yang perasan, ada satu link dibuang dari entri asal, alasan tanak salah faham.
Secara ringkasnya, Astro ingin meningkatkan kadar keuntungannya sebanyak 15% tahun ini. Untuk membolehkan mencapai kenaikan keuntunggan itu, terpaksalah mereka menaikkan yuran langganan. Alasan yang diberi, kos pembelian rancangan naik, terutamanya rancangan sukan dan kosnya terpaksa dikongsi bersama oleh semua, termasuk yang tidak melanggan pakej sukan. Yang mana yang betul, nak tingkatkan keuntungan ataupun tanggung kos yang meningkat?. Sebagai rakyat negara Boleh, tanyalah menteri, jawapan dari menteri senang saja, “Kalau tak suka, jangan tonton. Tengok saja TV percuma!”
Setelah sekian lama, akhirnya Kiwi muncul kembali. Sejak beberapa keluaran yang lepas, hanya Lemon dan Apple yang banyak menghiasai jalan cerita ini. Namun kemunculan Kiwi kali ini dia sudah tidak seceria dahulu, mungkin kerana hatinya telah luka. Katanya:
Kesian Kiwi, dah la masa tu Orange dengan Apple yang comel tuh… Nasib baik dia tak kata “Boom…“. Orange, Kiwi, Lemon, Apple dan segala buah-buahan yang lain adalah watak di dalam karya Ben, Le Gardenie. Semenjak pertama kali aku membaca karya Ben ini, terus aku tertarik untuk mengikuti kisah Orange, seorang budak yang Ben kata macam dia dulu. Terus terang, aku beli Utopia semata-mata kerana Le Gardenie nih jekk. Dan bila ke pasar malam aku akan cari episod-episod yang lepas, satu RM1.00. Ben, ko jangan malas-malas lagi, keluaran lepas ko ngelat.
Sepatah dua kata-kata lain yang mungkin ingin disampaikan oleh Kiwi, 1. Selamat Hari Guru kepada semua che-e-gu che-e-gu, jasamu dikenang 2. Astro, aku x amik sport package, alasan ko nak naikkan bill ke RM54 kerana kos rancangan sukan mahal tidah valid, ptuii. 3. Harga tepung naik, esok lusa roti canai pasti naik harga, adeh.. dan akhir sekali 4. Janganlah korang sanggup tinggal kawan pasal awek….
Hujung minggu yang bakal tiba merupakan hujung minggu yang sibuk untuk aku. Sabtu pagi kerja, sabtu petang kenduri, sabtu malam makan malam, ahad pagi kenduri, ahad petang kenduri, ahad malam hescom06. Sib baik isnin cuti, bleh berkebun sikit. Untuk e-sastera, kami akan demonstrasi projek e-sastera sms. MiKi buat front-end, aku cam biasa, buat back end je. Keje back end ni keje yang orang tak nampak, tak payah interface lawo2, malah kebanyakan back end aku takde interface pong hahaha.. running in background je. e-sastera.sms akan membenarkan ahli2nya berkarya menggunakan SMS. Amat berguna sekali, kalau idea tu tiba2 datang, dan korang pun dengan rasa tidak sabarnya mau menghebahkannya ke saentaro donia, SMS aje, tapi bukan ke DAPAT ye. Contoh sajak:
IL - 22Dec
Tiada kamu
Dunia sunyi
Bisu kelu
Amir
Sementelah itu, kami pun dapatlah seat percuma ke majlis tersebut, yay!. Buat yang tidak dapat hadir, kesian korang. Tapi takpe, aku sajikan korang dengan disebalik tabir - Syamel Jamel Kamel, satu lagi karya dari sindiket soljah yang bakal ditayangkan pada malam tersebut.
Oh ya, promosi tempelan, kalau korang atau sahabat korang atau lebih logik kampeni korang ataupun kampeni tempat korang kerja nak pakai enjin SMS (SMS Gateway), hubungilah saye ye, macam-macam model ada, deposit percuma
Kemaskini: Untuk trailer terbaru, sila layari Amir Mukhriz
KUDETA - Bukan Manual Rampasan Kuasa; Tiada Kene-mengena Dengan Pemimpin Sedia Ada
KUDETA ni aku beli dah lama, beli terus dari Amir Mukhriz, selepas baca satu dua cerita terus aku pulangkan, “Ko jumpa yang lelain tak nanti?”, “Jumpa”, “Hah, amik balik, dah full autograf kasik balik” hehe. Tanggal 9/12 aku pun dapat balik KUDETA aku, Jauh lebih berharga dari korang punya ahahaha. Dari semua ahli sindiket soljah, aku kenal dua orang, seorang masih bekerja sama dengan aku dan seorang pernah bekerja dengan aku.
Hah, Aku yakin, KUDETA korang takde autograf dari ahli-ahli sindiket soljah
Kalau korang belom beli, aku rekemen, beli lerrr.. Murah dan berbaloi. Cetakan pertama dah habisshh, tunggulah cetakan berikutnya…
Cukup cerita tentang sindiket soljah. Hari ini plan aku lari sikit sebab ada dua temujanji dibatalkan pada saat-saat akhir. Petangnya, balik ke pejabat, aku review buku catatan staff, lihatlah wahai sedara-sedari sekalian, mamak ni, nama restoran tah hape hape pun leh orang pegi. Adehh, memula ingatkan salah taip, sekali memang betul daaa… Nasib baik dorang memang jual makanan, bukannya perempuan. Aduhai…..
Hari ini aku pakai baju yang dibeli lebih dua tahun lepas. Dan hari ni juga secara tak sengaja, aku terjumpa gambar-gambar yang diambil sekitar waktu itu termasuklah satu rakaman video. Apa yang aku dapat simpulkan, aku dua tahun yang lepas tidak sama seperti aku hari ini, dan melalui web ini, lagi 2 tahun akan datang, aku pasti dapat mengikut perkembangan dan apa yang terjadi pada dan disekeliling aku.
Waktu, berlalu seperti biasa, tetapi semakin hari terasa semakin pantas. Jika hari ini hari isnin, sekejap sahaja rasa dah cuti, kemudiannya terasa sekejap sahaja dah masuk kerja balik. Mungkin, pada zaman kita kanak-kanak dahulu, tiada apa yang kita kejarkan, bermain hampir 24 jam sehari, berlari kesana-sini, cipta permainan itu dan ini. Tiada kerja yang betul-betul kita laksanakan, lantas, masa tidak begitu terasa pemergiannya kerana ianya tidakalah dihargai seperti sekarang. Sekarang, setiap saat dan minit berlalu dengan sia-sia membawa maksud kerja semakin bertimbun. Kata orang sekarang, masa adalah wang. Masa adalah amat berharga, lantas kita amat terasa masa itu berlalu begitu pantas. Ataupun, ianya merupakan salah satu tanda kiamat makin hampir tiba.