Archive for the 'ms' Category

Suatu Ketika Dahulu

Sunday, June 24th, 2007

Taman Tasik Taiping

ShutterSpeaks

Aku telah di tag oleh chot untuk memaparkan gambar-gambar semasa kecil. Ironi dari apa yang diutarakan oleh chot, tag kali ini agak susah, kurang sekali gambar-gambar zaman semasa kecil berada di dalam komputer. Tambahan pula, aku memang kekurangan gambar-gambar semasa kecil.

Zaman dahulu, kamera adalah benda mewah, setidak-tidaknya pada keluarga aku. Satu kampung mungkin ada berapa sahaja, yang kemudiannya dipinjam ataupun mengharapkan saudara. Keluarga aku hanya ada kemera sendiri ketika aku berusia 13 tahun. Di beli untuk membuat Kajian Sejarah Diri dan Keluarga.

Balik ke topik asal, gambar pertama diatas umur berapa pun aku kurang pasti. Imbas pun dah lama nih, teruk sangat resolusi dia. Gambar ini di ambil di Taman Tasik Taiping, aku rasa jambatan di belakang tu masih wujud sehingga hari ini. Gambar famili sebelah tu ialah famili En Othman, taukeh kantin sekolah. Anaknya Siti Khadijah sebaya dengan aku tetapi tak tahu di mana dia berada sekarang.

You are welcome to read the rest of this entry »

Rumah Untuk Disewa - Puri Aiyu

Friday, June 22nd, 2007

Puri Aiyu

Alhamdulillah, Rumah yang aku beli hampir 3 tahun lepas sudahpun siap. Kuncinya aku terima hampir 3 bulan yang lepas, terdapat beberapa kecacatan kecil dalam rumah, masih dalam proses pembaikan. Percayalah, perkara yang paling dirisaukan oleh kebanyakan pembeli rumah yang masih di dalam proses pembinaan adalah rumah yang tidak siap-siap, dalam erti kata lain, terbengkalai. Aku sehingga kini, masih membayar wang faedah hampir RM1000.00 sebulan, jumlah pinjaman prinsipal masih tidak kurang satu sen pun. Bayangkan kalau projek terbengkalai, percuma saja bayar ke pihak bank, rumah tidak siap-siap apatah lagi hendak diduduki. Sejak dari mula membeli rumah ini, aku sentiasa memantau perkembanganya dari semasa ke semasa. Kalau hendak diikutkan, sudah lewat dari jadual asal iaitu hujung tahun lepas, namun masih di dalam tempoh perjanjian iaitu 36 bulan. Alhamdulillah Syukur :-)

Rumah pertama aku ini aku beli di Batu 3 Shah Alam. Berdekatan dengan Stesen Komuter Batu 3, Giant Seksyen 13 Shah Alam, Tesco Shah Alam, Carefour Subang dan berdekatan dengan pintu tol lebuhraya ELITE dan Lebuhraya Persekutuan. Terdapat rumah kedai 4 tingkat bersebelahan dengan rumah ini yang juga baru siap, terdapat kedai-kedai yang telah memulakan perniagaan masing.

Saiz rumah aku lebih kurang 1010++ kaki persegi, 3 bilik tidur dan 2 bilik air, terdapat ruang kering yang cukup luas untuk dibuat dapur, bahagian dapur asal boleh dijadikan bilik keempat ataupun dapur kering. Menghadap Shah Alam tanpa ada sebarang bangunan dihadapan membolehkan penghuninya menikmati pemandangan yang indah pada waktu malam, pada waktu siang tiada apa-apa yg istimewa.

Puri Aiyu

Kemudahan yang disediakan antaranya, kawalan keselamatan 24 jam, pelekat kereta, kad keselamatan untuk masuk ke kawasan rumah dan ke lobi lif. Pendek kata, orang luar tanpa kad keselamatan masih tidak dapat naik keatas walaupun lepas dari pandangan pihak keselamatan. Orang-orang yang tak dikehendaki ini termasuklah maling dan juga jurujual gores-dan-menang. Dari satu sudut, ianya memang agak menyusahkan saudara-mara ataupun rakan-rakan yang hendak datang, tetapi kalau difikirkan dari sudut keselamatan, amat penting bukan.

Puri Aiyu

Kemudahan lain termasuklah, gimnasium, kolam renang, kolam renang kanak-kanak, padang badminton, dewan orang ramai, tabika, rumah kelab, kedai dobi, kedai selesa, tapak joging, tapak BBQ dan sebagainya.

Jika ada yang berminat, silalah tinggalkan komen anda atau hubungi terus. Baru-baru ini, ada pihak menawarkan untuk sewaan selama 2 tahun ke pihak kolej, namun kadar yang ditawarkan jauh lebih rendah dari jadar pasaran memaksa aku menolak dahulu. Anda juga boleh menjadi agen, aku akan beri komisen sebanyak sebulan sewa, tunai sebaik sahaja wang deposit dibayar.

ps: Gambar dalam entri ini semuanya di ambil menggunakan Sony Ericsson K800i. Maaf kalau ada yang tak cukup jelas.
pps: Untuk gambar swimming pool dari sudut lain, klik sini,
Info lain di sini, Gambar ruang tamu di dalam iklan ini tidak sama dengan unit rumah saya.
ppps: Info lagi


Entri di atas pada garis ini di taip ketika aku dalam perjalanan ke Johor selasa lepas, cuma baru hari ini aku publish. Ada sedikit kemaskini, proses pembaikan telahpun selesai sepenuhnya.

You are welcome to read the rest of this entry »

Tembak-Tembak Awek

Friday, June 22nd, 2007

Selepas dikuarantin selama hampir 4 hari, pameran pada selasa, aku ada temujanji di Johor pada rabunya diikuti pembentangan di KL pada khamisnya. Petang selasa aku bertolak ke Johor, sampai di Taman Universiti, makan dahulu di Wakaf Singgora sebelum kemudiannya terus daftar masuk ke Hotel Sofitel di Senai. Aku tidor pada kira-kira jam 4 pagi. Saudara Rasso menemani aku di google talk. Jam 3:20 pagi, kedengaran suara perempuan menjerit, pedulikkan, sekali lagi 20 minit kemudiannya kedengaran suara perempuan menjerit. Gila apa. Nak menjerit pun, jangan la tengah-tengah pagi buta.

Ini bangunan CICT, dahulunya FSKSM, fakulti tempat aku menimba ilmu. Macam-macam kenangan aku disini… Nostalgia sungguh bangunan dan tempat nih, 18mm kit lens. Sebenarnya gambar ni 2 frame, aku sudah kasi jahit sama dia. Pusing-pusing sekejap UTM namun masa tidak begitu mengizinkan. Kami terus ke HP namun hampa, tidak lagi seperti dulu. Kemudiannya terus ke Restoran Singgah Selalu.

FSKSM CICT UTM

Gambar ini, diambil, bukan oleh aku, tetapi menggunakan kamera aku. Ketika ini aku sedang menikmati tea o laici ais satu di hadapan Masjid Jamek Kg Majidee. Tujuan asal, nak bungkus mee rebus haji wahid, yg baru aku makan sebenter tadi. Alang-alang, lepaklah sekejap minum. Dan sambil2 itu, menembaklah apa-apa yang patut, seperti di dalam gambar di bawah ;-)

Awek Cun

Sebenarnya entri ini, sepatutnya hanyalah filler post, yang sepatutnya hanya mengandungi gambar-gambar yang ditembak di Johor seperti yg di nyatakan pada Chot. Tiba-tiba jadi lain pula. Ikut jalan sehala ini untuk lebih gambar ;-)

You are welcome to read the rest of this entry »

Mudahnya Cari Duit

Wednesday, June 20th, 2007

shutterspeaks (6/19/2007 12:21:58 PM): ni sapo lak nih
pentunjuk_yy (6/19/2007 12:28:39 PM):
pentunjuk_yy (6/19/2007 12:28:43 PM): HAI
pentunjuk_yy (6/19/2007 12:28:58 PM): www.pasukanpipitembam.com/yyyy
shutterspeaks (6/19/2007 12:29:04 PM): gapo tuh
shutterspeaks (6/19/2007 12:29:09 PM): hai
pentunjuk_yy (6/19/2007 12:29:27 PM): u are satria club kan>>>
shutterspeaks (6/19/2007 12:29:46 PM): yuppp… duluuuuuu… hehe, now no longer
pentunjuk_yy (6/19/2007 12:29:51 PM): jom join kitorang
shutterspeaks (6/19/2007 12:29:57 PM): join apa ittew?
pentunjuk_yy (6/19/2007 12:30:07 PM): cari pendapatan tambahan
pentunjuk_yy (6/19/2007 12:30:30 PM): buka web baru kitorang tu
shutterspeaks (6/19/2007 12:30:39 PM): dah bukak td
shutterspeaks (6/19/2007 12:30:41 PM): mcm MLM jek
pentunjuk_yy (6/19/2007 12:30:41 PM): www.pasukanpipitembam.com/yyyy
shutterspeaks (6/19/2007 12:30:52 PM): kat perlis ke tu?
pentunjuk_yy (6/19/2007 12:30:53 PM): buku dulu
pentunjuk_yy (6/19/2007 12:31:13 PM): tak skrg i dah mengajar kat UM
pentunjuk_yy (6/19/2007 12:31:32 PM): malam ni jumpa nak
pentunjuk_yy (6/19/2007 12:31:38 PM): u datang ofis
pentunjuk_yy (6/19/2007 12:31:45 PM): kita bincang panjang
pentunjuk_yy (6/19/2007 12:32:06 PM): satu hari RM722 sapa mau kasi???
shutterspeaks (6/19/2007 12:32:40 PM): sy outstation tgh hr nih
pentunjuk_yy (6/19/2007 12:32:40 PM): i dan fifi ada kat ofis malam ni
pentunjuk_yy (6/19/2007 12:32:57 PM): kalau jumaat ni??
shutterspeaks (6/19/2007 12:33:09 PM): opis kat UM ke kat ne?
pentunjuk_yy (6/19/2007 12:33:24 PM): kat seksyen 13 PJ
pentunjuk_yy (6/19/2007 12:33:43 PM): siang mengajar kat UM
pentunjuk_yy (6/19/2007 12:34:02 PM): Malam buat bisnesz kat pjbat kat PJ
pentunjuk_yy (6/19/2007 12:34:17 PM): Hari minggu dgn Team lah
pentunjuk_yy (6/19/2007 12:34:39 PM): kalau u free bleh call i 017-388****
shutterspeaks (6/19/2007 12:48:05 PM): nama apa ye?
shutterspeaks (6/19/2007 12:48:13 PM): sy tgh exhibition nih, sambil2 je chat
pentunjuk_yy (6/19/2007 1:27:28 PM): petunjuk

aku memang ada exhibition di shang ri la putrajaya hari ini, sambil2 menunggu para peserta keluar dari bilik seminar aku layan internet sikit2, tetiba ada seseorang mesej, id ym aku dia dapat dr kelab yahoo yg aku join ntah brp tahun yg lps. begitu agressif sekali suruh aku buka web dia. Alahai, kalaulah membuat duit semudah itu, kan kan kan. Semua dah kaya dah. Aku bukan negatif, tapi kadang bisnes ala2 MLM ni, dorang terlalu mendesak. Tengoklah, xpernah kenal, tiba2 suruh bukak web, xnak bagi penerangan dulu terus ajak jumpa. Kalau ada sesiapa yang terlibat dengan yang diatas, silalah tinggalkan komen anda berserta sedikit penerangannya… saya masih terbuka, dan juga ingin memastikan yang RM722 sehari pastinya bukan senang utk diperlolehi…

KLCC at Night by ShutterSpeaks.com

ps: sebenarnya, aku ada 2 entri lain yang ditaip ketika didalam perjalan ke johor petang tadi, namun gambar2nya belom siap hehe. kat atas ni satu cth, diambil dari tingkat 10 pnb darby park masa aku kena kuarantin haru tuh. Nak tdo, sok pg ada presentation.


pps: aku lupa nak cakap, ada maklumat yg telah di edit dalam entri ini, tetapi kejadian ini adalah bener. kalau ada yg request, aku dedahkanlah jugak URL sebenar tu nnt
You are welcome to read the rest of this entry »

Sinetron Hikmah 3 - Episod Terakhir

Monday, June 18th, 2007

Setiap hari Isnin hingga Khamis, kalau kebetulan aku berada di rumah dan bebanan kerja kurang, inilah sinetron yang aku akan tonton di siaran 8 Astro Prima. Secara tidak sengaja, aku terikut cerita ni.

Peringatan: Tamara Bleszynski di hadapan.

You are welcome to read the rest of this entry »

Fauna

Wednesday, June 13th, 2007

Kemaskini pantas sebelum aku bersama-sama rakan sekerja dikuarantin sehingga hari Isnin hadapan. Kali ini aku memerlukan pendapat korang mengenai gambar menatang. Selepas entri yg lepas, ada beberapa gambar aku dah tolak tepi sebab tak cukup close.

Rama-Rama

Ini bapak ayam, Bapak ayam ni tak bawa awek ipta mahupun ipts masa ni. Jalan sorang2 belakang rumah, lalu aku tembak.

Bapak Ayam

Ini sesumpah, ataupun mengkarung. Aku tengah pusing-pusing laman kejar burung, tetiba ada mende bergerak dalam semak. Memang gila kena hati2, jenuh kejar nih, rapat sikit dia nyorok.

Sesumpah

Ni cakcibor. Kalau aku ada sebiji 430EX dan sebijik 580EX kan best, boleh buat CLS. Patung ni remaja lagi, habis rapat pun di masih kecik. Inipun aku mematungkan diri sblh tuh, dengan harapan dia anggap aku tunggul. Tamron ni bising sikit, bikin suspek sama itu patung, asyik nak lari jerk. Ko tengoklah sayap dia, mod nak terbang lah tuh.

Dragonfly

Last sekali, gambar ni dah lama aku amik pakai DSC-P200 aku. Dalam badan mende tu darah aku. Bini aku menjerit sakan tengok natang nih berjalan. Nama menatang nih pacat, kawan aku zaman kecik2 dulu masa main kat bendang. Ya, aku budak kampung.

You are welcome to read the rest of this entry »

Pelik Tapi Benar

Tuesday, June 12th, 2007

Sungai Chongkak, Selangor

Weird and disorder, I suffer a lot of them. For this episode I will share 3.

1. Obsessive Compulsive Disorder - I will check email every now and then, even though gmail (both personal and company email using gmail) check new mail, and gnotify will notify immediately as the mail arrive. While not in front of computer, I check using my PDA, every now and then, while driving, while talking, discussing and such. When I forgot to bring PDA or out of battery, I use my phone. But reading mail using PDA or phone can cause me other problem, because the item already marked as read, I usually forgot to follow up later.

Magazines

You are welcome to read the rest of this entry »

Perkahwinan & Persandingan Syam dan Has

Thursday, June 7th, 2007

Kamera aku memang berkerja keras sepanjang cuti hari tu, dalam masa 3 hari aku ambil kurang sikit 3000 keping gambo. Dari hari persediaan, menikah, kenduri belah perempuan, kenduri belah lelaki, selepas kenduri dan eksperimentasi aku, itulah hasilnya, 3000 keping gambar masuk dalam komputer. Dan bila dah selesai semua majlis, barulah pening nak pilih gambar2 yg nak disimpan/dicetak dari gambar2 tersebut. Tak heranlah kalau fotografer professional masih limit 3 roll atau beberapa roll untuk amik gambar, walaupun sebenarnya dah pakai digital. Penat nak pilih nanti.

bed

Sebenarnya dah petang masa ni dan langit mendung nak ujan, cuaca agak redup. Kalau ikut cadangan asal, nak shoot keesokannya jek, tapi kata pengantin nanti sapa nak solek hehe. Layan je lah. Laman rumah jek nih.

Syam n Has

Ni Nadiatul Qistina, di pelamin yang mak dia buat. Cun tu pelamin tuh. Nadiatul Qistina ni anak aku, jadinya mana mungkin yang kahwin itu aku :-p

Nadiatul Qistina

Full fotoset kat sini. Takdelah aku upload semua, sikit2 je lah. Tak larat nak upload semua.

You are welcome to read the rest of this entry »

Bercuti

Sunday, June 3rd, 2007

curi internet sekejap. skang tgh bercuti, dari khamis lepas sehingga rabu nanti. sibuk dengan hal-hal keluarga, tiada masa untuk akses internet. aku akan ronda kembali selepas kembali ke kl. harap anda semua faham ;-)

Why Lens Hood Is Important

selamat bercuti untuk aku.

Wordpress Plugins

Wednesday, May 30th, 2007

Salah satu ciri-ciri penting Wordpress adalah plugin, terdapat ribuan plugin untuk Wordpress di Internet. Dan membuat plugin untuk wordpress ni tidaklah sesukar yang disangkakan. Aku sendiri pernah buat beberapa plugin untuk wordpress yang aku pakai kat sini, Random Entries, selain paparkan entri terkini, plugin ini akan paparkan entri-entri dalam blog korang secara rawak, plugin ni aku telah kemaskini dengan tambahan ciri-ciri ajax. Keduanya RSSLiveFeed, kalau korang perasan senarai pautan di sebelah nampak macam biasa, tapi bila klik kat pautan tersebut, akan keluar senarai entri dari blog-blog tersebut. Plugin tu masih ada untuk dimuatturun, tapi bukan yang terkini, aku tak tahu orang pakai ke tak, tiada komen yang memberitahu jadi aku anggap dorang yang muatturun tak pakai.

Tapi kali ini, bukan aku yang buat, tapi aku hanya ubahsuai. Mail dari Ismail dot com Sdn Bhd bertanyakan mengenai senarai komen di sebalah yang ada gravatar. Aku telah ubahsuai 2 plugin, pertamanya gravatar untuk membolehkan korang panggil gravatar darai mana-mana tempat selain senarai komen, fungsi asal tidak diubah. Dan keduanya show top commentors untuk panggil fungsi gravatar tersebut.Kalau korang nak pakai tak susah pun, download file ini

kemudiannya untuk plugin “Show Top Commentators”, ada tambahan pilihan iaitu default_gravatar. Pastikan korang letakkan URL ke gravatar korang untuk orang-orang yang belum ada gravatar. Kepada yang belum ada ni, boleh daftar disini http://site.gravatar.com/

“default_gravatar” => “http://www.blog_url.com/images/defaultgravatar.jpg”

Letakkan kod “Show Top Commentators” pada tempat yang korang suka:

<?php if(function_exists(’ns_show_top_commentators’)) { ?>
<li class=”sb-archive-links”>
<h2>Top Commentators</h2>
<ul><?php ns_show_top_commentators(); ?></ul>
</li>
<?php } ?>

Aktifkan kedua-dua plugin dah lihatlah hasilnya ;-) Selamat mencuba.

You are welcome to read the rest of this entry »

Close
E-mail It