Archive for the 'ms' Category

Laporan Polis Versi Saya

Monday, January 14th, 2008

Repot Polis

Biarkan gambar yang mulakan cerita, kemudiannya aku tambah.

  1. Canon EOS 350D (RM1800.00)
  2. Canon EF 28-105mm USM II (RM550.00)
  3. Canon Speedlite 580 EX II (RM1500.00)
  4. Sony DSC P200 (RM1600.00)
  5. Keep 1GB CF Card
  6. Sony 256MB Memory Stick Pro
  7. PCMCIA CF Card Reader
  8. 2 unit bateri 350D (Satu original, satu tidak)
  9. Pengecas bateri 350D
  10. 11 unit bateri alkali Duracell
  11. Bag kamera
  12. Kain buaian bayi

Di dalam kurungan adalah harga aku beli, 580EX II dan P200 tuh paling sayang sekali. Ini cerita tahun lepas sebenarnya, hujung tahun lepas, 26 December 2007. Sampai sekarang, masih lagi mengharap agar dapat semula walaupun jauh di lubuk hati tahu yang harapan amat tipis sekali. Nantilah aku ceritakan panjang lebar lagi.

Jika anda adalah saya, apakah perasaan anda?

You are welcome to read the rest of this entry »

It’s A Boy, Weigted at 3.7Kg

Sunday, December 9th, 2007

Big Sister

Alhamdulillah, Ibu kepada Nadiah telahpun selamat melahirkan seorang bayi lelaki yang sihat pada jam 11:26pm tadi. Pengalaman kali pertama menemani isteri di dewan bersalin. Masa Nadiah dulu, bersalin dekat UH, dia tak bagi masuk, jadi bila sampai ke aku semua dah siap. Sebelum tuh terkulat-kulat kat luar tunggu, kejap-kejap tanya Doktor/Misi yang ada kat situ. Kali ni tukar tempat, dekat Hospital Selayang. Suami atau Emak dibenarkan/digalakkan untuk masuk ke dewan bersalin. Perghh.. I tell you, kalau bini ko nak bagi nama apa pun, setuju je la, bukan senang nak beranak wehh…

Berbanding dengan Nadiah dulu, adik dia nih cepat sikit, dalam 30 minit dah keluar (selepas seharian terlantar di wad, bukaan belum cukup). Nadiah dulu lebih separuh hari. Dan kali ni, Nadiah dapat adik lelaki. Sebab dia lelaki, aku mungkin hadiahkan dia PS2 >:) Kita tdo duluu…

You are welcome to read the rest of this entry »

Happy Birthday My Daugter

Monday, November 26th, 2007

Daugter n Dad

Selamat hari jadi Nadiah. Nadiah skang dah pun berumur 2 tahun. Sedar tak sedar, rasa macam sekejap je dia dah 2 tahun. Sedar tak sedar, isteri pun bakal melahirkan adik kepada Nadiah tak lama lagi. Terlalu hampir sebenarnya, tunggu masa je nih. Dan aku pulak skang nih dekat Tanjung Malim, masih boleh outstation, masih boleh tinggalkan isteri balik kerja sendiri dalam keadaan perut yang tengah sarat tunggu masa jekk… Patut ke tak? Bersempena dengan hari jadi Nadiah, petang semalam bawa dia berjalan-jalan di Taman Metropolitan Kepong. Sampai dah agak lambat sebab aku asyik mengadap komputer dari pagi lagi, Projek UPSI ni dah dekat sangat tarikhnya. Punyalah suka dia tengak layang-layang, sibuk dia panggil pa n ma dia tunjuk layang-layang hehe… Sebenarnya, kemungkinan yang amat tinggi inilah kali terakhir kami keluar bertiga, sebab lepas nih dah berempat :-D Mak dia sempat jugak buat kek coklat untuk dia. Nak buat birthday party tak dapatlah tahun nih, mau terberanak mak dia nanti. Jadi kami sambut kami kami jelah. Lagipun hadiah untuk Nadiah tahun nih dah cukup besar, seorang adik. Malamnya kami makan besar, tapi biasalah yang makan banyaknya yang tua-tua nih, budak-budak makan sikit jerr.. tapi sikit-sikit nadiah pun, satu pinggan orang besar abes dia makan. Nasi putih semata. Lauk dia tak makan. Kadang bila letak kicap pun dia x mau makan. Minum susu pun kuat skang nih. Satu kotak susu 700++gm tuh tak sampai seminggu habis dia kerjakan. Tu malam je tuh, siang dia kat umah babysitter pulak. Malamnya dekat pukul 12 baru tdo. Tu pun jenuh nak tdokan, selagi tak tdo ada ajerlah aktiviti dia. Dari bagi makan ikan, “mengemas” rumah, membaca dan menconteng buku dan lain lagilah, yang mana ada anak kecik fahamlah.

Dipendekkan cerita, Selamat hari lahir Nadiah :-) Semoga terus membawa sinar kebahagiaan kepada ma dan pa.

Entri kali nih penuh dengan gambar Nadiah. Semuanya Mak dia yang edit, semuanya boleh tengok kat sini. Jemputlah tengok yerr… Gambar-gambar umur Nadiah dari 1 tahun satu bukan hingga 2 tahun, tapi aku tak susun ikut susunan.

ButterflyCousinsLaughter Is The Best MedicineNadiah & MamaNadiatul Qistina

Nadiah & MamaCatwalk ModelPosingCindirellaRamadhan

SwingLets TalkSpringTaggieTaman Tasik Taiping

You are welcome to read the rest of this entry »

Bunyi Bising Yang Sedap Di Dengar

Saturday, October 6th, 2007

Kan seronok kalau aku dapat satu. MIG 29 1/5th Scale RC Fighter Jet yang memang macam betul. Dia punya control penuh tuh, siap dua turbin enjin, bunyi dia… syokk habiss… kalau dengar headphone stereo audiophile grade cam senheisser alahai… lena tidoq. Aku tengok video nih kat gizmodo, yang menarik pasal video nih, projek nih projek UPM. Berdasarkan kepada logo kat ekor pesawat. Nama pesawat pun letak Che Det, macam nama gelaran Tun Dr M aja. Orang yang buat video nih langsung xde letak kredit sapa yang buat… jadi dalam gizmodo tak diletakkan bahawa sesungguhnya projek nih adalah hasil kerja tangan rakyat Malaysia yang nyatanya boleh. Tengoklah video nih, mmg best… dia kontrol pesawat tersebut pun terel habis… Bukannya senang nak kontrol RC plane nih… Tak percaya tengok video seterusnya pulak, projek rakyat Korea yang naik xdan berapa saat pun, boom….

You are welcome to read the rest of this entry »

7 Gelas Air Masak

Friday, September 28th, 2007

Langkawi

Kira² 2:30 pagi, aku terjaga… tekak terasa sangat sakit. Sekarang jam 4:06 pagi, aku telah berjaya meneguk hampir 7 gelas air masak. Baru rasa lega sikit tekak nih. Jarang aku boleh minum banyak² air camnih tanpa membuatkan perut rasa sebu. Puas betul tdo tadi, mata aku membulat la nih, xde rasa ngantuk langsung. Lantas membuat lawatan ke laman rakan² sblm aku smbg wat kerja sket, esok ada presentation lain pulak. Lebih kurang pukul 3 tadi, mama nadiah bangun, lapar katanya. Masak nasi dan tumis sambal udang bersama fish-cake. Alamak… wanginya… dan buat pertama kalinya jugak aku bersahur di bulan ramadhan tahun ini. Harapnya, esok aku tak kelaparan :-&

Sebenarnya, sejak dua menjak ni aku sibuk, banyak projek yang jalan serentak. Nasib baik minggu depan akan masuk beberapa muka baru. Lantaran beberapa malam aku tak tidor, dan semalam di N9, aku hari ni aku tidor awal. Jam 8:30 aku telah hanyut.

Aku penatt….

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak

Wednesday, September 12th, 2007

Ramadhan

Selamat menyambut ramadhan al-mubarak buat semua muslimin dan muslimat. Syukur alhamdulillah, umur kita dipanjangkan untuk terus menikmati bulan Ramadhan yang penuh berkat pada tahun ini. Saya ingin memohon ampun dan maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki atas segala salah dan silap saya selama ini.

Fadhilat Menunaikan Solat Terawikh Sepanjang Ramadhan
diriwayatkan oleh saiyidina Ali (r.a) daripada Rasulullah s.a.w., sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat nabi s.a.w. tentang fadhilat (kelebihan) sembahyang sunat terawikh pada bulan ramadhan:

You are welcome to read the rest of this entry »

Kita Hanya Mampu Merancang

Thursday, September 6th, 2007

Pembukaan entri Rumpun aku ada cakap yang aku dah habiskan dua kotak tisu. Ia tidak berakhir di situ sahaja. Walaupun malam itu Malaysia menang besar, sistem imun badan aku tewas teruk kepada virus. Aku demam teruk, dan keesokan paginya menjadi lebih teruk. Aku tido sepanjang pagi, tido yang dipaksa oleh badan aku. Aku langsung tak daya nak bangun, kalau aku bangun dan ubah kedudukan, pasti terus terlena.Setiap kali aku jaga, sakit kepala aku akan digandakan. Jika di dalam lena aku tidak terasa sakit tidak mengapa, ini tidak, aku tidak lena sepenuhnya. Otak aku masih mentafsirkan kesakitan yang aku alami, berpinar dan rasa berat sekali. Dengan mulut aku meracau meminta tolong. Terasa macam budak kecik pulak. Dah lama rasanya tak demam teruk macam ni. Tahun ini aku boleh dikatakan sering jatuh sakit. Jika dibandingkan dengan zaman awal aku kerja, memang boleh dikatakan langsung tidak pernah ambil cuti sakit :-(

KOC KTMB

Masuk pukul satu, aku dah tak sanggup nak terus terbaring kat atas katil, aku paksakan jugak bangun dan gagah ke bilik mandi. Sebenarnya, malamnya kami akan bergerak ke Langkawi, percutian yang telah dirancang dari hujung tahun lepas dan segala tempah telahpun dibuat sejak 2 bulan yang lepas. Kebetulan pula rezeki kami, awal minggunya ada orang nak menyewa rumah dan nak masuk rumah tu pada 1 September. Di sebabkan malamnya kami hendak bertolak ke Langkawi, segala persiapan rumah tersebut perlu dilakukan pada hari ni jugak. Wife aku cakap dia boleh setelkan sendiri, tapi suami mana yang sampai hati. Dengan perut 7 bulan kehulu kehilir naik pengangkutan awam. Nak ke Shah Alam dari Cheras bukannya senang. Dah tu pula banyak urusan yang perlu disetelkan. Atas dasar itu juga, aku telan 2 biji panadol activeslow yang dibelikan oleh faizal, masuk kereta dan hidupkan enjin. Dengan badan masih menggeletar dan nafas yang pendek-pendek, aku bergerak ke shah alam. Tidak cukup dengan panadol, aku beli jugak sebotol 100+. Rumah itu memang hendak disewakan, jadi kami tak pasang lampu dan grill selagi tak ada orang menyewa, cuma bila dah dapat nih, notis nya pendek sangatlah pulak, apapun itu rezki dan syukur alhamdulillah ada juga yang nak menyewa. Selesai urusan rumah, balik ke rumah, dengan harapan sampai awal, boleh rehat-rehat dahulu sebelum bertolak. Meleset. Jalam jam teruk, sampai rumah dah lebih pukul lapan, tiket keretapi jam 9:30. Kelam kabut kemas barang yang belum di kemas, nasib baik separuh dah dikemas pada malam sebelumnya, masuk dalam bag, tunggu faizal sampai dan terus memecut ke KLSentral. Secara logiknya, kami telahpun terlepas keretapi tersebut. Cuma nasib baik, dengan keretapi, boleh naik dimana-mana stesen pun asalkan keretapi yang sama, kami terus ke stesen Sg Buluh dan tunggu di sana. Hasil dari kelam kabut tersebut, aku tertinggal aku punya notebook, handphone charger, PDA charger, in-car charger untuk PDA dan juga PDA holder. PDA tuh penting utk GPS di sana nanti, adehhhh. Lebih kurang jam 9:37 keretapi Senandung Langkawi pun sampai, kami naik ke koc R3 dan berjalan di dalam gerabak menuju ke koc S1 katil nombor 30 dan 32. Sampai sahaja di katil, aku terus baring, menyambung tidor demam aku, sampai pagi.

Atas sebab itulah juga, aku gagal untuk mengemaskini laman ini dan juga membalas komen-komen kalian apatah lagi menziarahi laman-laman kalian. Aku masih lagi demam, Nadiah telahpun sembuh, Maknya baru nak mula demam malam tadi. Moga-moga kami cepat sembut.

Laman Usang

Tuesday, September 4th, 2007

Pabila Burung Berbicara

Ada Apa Dengan Rumpun

Wednesday, August 29th, 2007

Ada ada dengan rumpun

Rumpun 2007 telah pun berakhir dengan pelbagai reaksi yang berbeza-beza dari semua hadirin dan dif-dif jemputan yang hadir. Malah, tak keterlaluan kalau nak kata dah sejuk dah cerita nih, aku aja yang lambat hehe, sejak habis tu aku memang sibuk, hari ni pula sebenarnya aku dah macam nak demam, dah masuk 2 kotak tisu aku kerjakan, srott, srettt… Berbalik kepada rumpun, ada yang gembira dan kurang juga yang mengutarakan idea-idea bernas untuk peningkatan taraf majlis ini pada masa-masa akan datang. Bagi aku, aku gembira dapat jumpa rakan-rakan yang selama ni hanya kenal dengan lawatan dan komen-komen di blog masing-masing, walaupun rasanya patut boleh kenal lagi ramai. Entri aku kali ni panjangggg, termasuklah skrin shot rekaan asal PCMalaya, kalau korang masih belum termuntah baca tentang Rumpun, teruskanlah bacaan anda :-p

You are welcome to read the rest of this entry »

Merdekah Kita?

Thursday, August 23rd, 2007

Aku kena tek, errr… tag. tag dlm bahasa melayu apa? tek x sedap bunyik dia miahahaha… syarat kedua tek tersebut adalah memanjangkan entri, jadi aku tambah video petronas nih. Petronas adalah:

Petronas, short for Petroliam Nasional Berhad, is a Malaysian owned oil and gas company that was founded on August 17, 1974. Wholly owned by the Government, the corporation is vested with the entire oil and gas resources in Malaysia and is entrusted with the responsibility of developing and adding value to these resources. Petronas is ranked among Fortune Global 500’s largest corporations in the world.

Since its incorporation Petronas has grown to be an integrated international oil and gas company with business interests in 31 countries. As of the end of March 2005, the Petronas Group comprised 103 wholly owned subsidiaries, 19 partly-owned outfits and 57 associated companies. Together, these companies make the Petronas Group, which is involved in various oil and gas based activities.

The Group is engaged in a wide spectrum of petroleum activities, including upstream exploration and production of oil and gas to downstream oil refining; marketing and distribution of petroleum products; trading; gas processing and liquefaction; gas transmission pipeline network operations; marketing of liquefied natural gas; petrochemical manufacturing and marketing; shipping; automotive engineering; and property investment.

Petronas built the Petronas Twin Towers (opened 1998), once the world’s tallest buildings, as its headquarters.

In 2004, Minister in the Prime Minister’s Department, Datuk Mustapa Mohamed, stated that Petronas contributed RM 25 Billion to the country’s treasury accounting for 25 percent of revenue collected via dividends and other revenues.

RM25 billion :-O, 25 billion tu banyak. Sebab tu orang kata minyak semua kaya. Tak percaya, mari kita lihat orang no 3 terkaya di asia tenggara, Ananda Krishnan. Beliau dulu juga orang minyak:

Ananda Krishnan’s first entrepreneurial venture was in oil trading, setting up Exoil Trading, which went on to purchase oil drilling concessions in various countries. Later he moved into gambling (in Malaysia), stud farming (in Australia) and running a Hollywood cartoon studio. Soon, he diversified into a host of other business opportunities. In the early part of the 1990s, he started diversifying, in a big way, into the multimedia arena.

Currently, he has business interests in entertainment (Astro), space(MEASAT) , oil, power, shipping, telecommunications (Maxis, Aircel), property and gaming (Pan Pools Malaysia). His companies operate in a most parts of the South East Asia. A quarter of his wealth comes from the gambling business (lottery, horse-racing wagering). He is also said to be behind the world’s largest indoor Water Park in Tropical Islands,Germany with former Genting Group executive Colin Au.He is also pondering an online lottery venture in Russia.

Said to have an extraordinary entrepreneurial flair and far sighted, it was Ananda who sold former Malaysian Prime Minister Tun Dr. Mahathir Mohamad on the idea of the 88-storey Petronas Twin Towers, the world’s second tallest building, which stake he has now sold off.

Fortune magazine, in a 2001 article, called him “Kuala Lumpur’s Mr Big”.

TAK adalah no 2 terkaya dia SEA, no 1 adalah Robert Kuok yang membawa maksud orang terkaya di SEA juga dari Malaysia. Mereka adalah bangsa Malaysia. Kalau Bangsar Malaysia aku tahu, hampir hari2 aku g situ, Bangsa Malaysia, One Nation, One People, buah fikiran Dr M dalam usaha menyatukan rakyat Malaysia yang pada pada permukaannya nampak tenang. Ironinya, Dr M sendiri disanggah dengan hebat didalam buku 13 May, terutamanya berkenaan Operasi Lalang. Malaysia memang aman dan sejahtera walaupun lebih 50% populasi bangsa Melayu, ekonomi lebih 50% dikuasai bangsa bukan Melayu, Malaysia tetap aman. Namun tak cukup aman, kerana masih ada manusia-manusia yang tamak yang diberi betis nak peha, beri peha nak dada, beri dada nak kepak, amiklah sebakul ko makan sorang, orang seperti Namewee mungkin. Sori ah Namwee, saya sama macam lu, saya gurau sahaja, lu jangan tafsir bukan2 ya, kasi buka kepala la ok? kalau kawan kena ikhlas lah… gurau2 pun ada hadnya kawan.

Atas sebab perniagaan minyak ini membawa untung yang banyak, Petronas mampu untuk membuat iklan-iklan yang menelan kos yang tinggi dan berbaloi macam kat atas tu. TNB dahulu juga begitu, tapi semenjak tak berapa untung nih sebab bayar kat IPP mahal sangat, iklan pun dah tak berapa ada. Kesian. Mulai perenggan di bawah ayat kopi dan pasta sebijik dari abdfatah:

You are welcome to read the rest of this entry »

Close
E-mail It