Archive for the 'Meraban' Category

Rumah Untuk Disewa - Puri Aiyu

Friday, June 22nd, 2007

Puri Aiyu

Alhamdulillah, Rumah yang aku beli hampir 3 tahun lepas sudahpun siap. Kuncinya aku terima hampir 3 bulan yang lepas, terdapat beberapa kecacatan kecil dalam rumah, masih dalam proses pembaikan. Percayalah, perkara yang paling dirisaukan oleh kebanyakan pembeli rumah yang masih di dalam proses pembinaan adalah rumah yang tidak siap-siap, dalam erti kata lain, terbengkalai. Aku sehingga kini, masih membayar wang faedah hampir RM1000.00 sebulan, jumlah pinjaman prinsipal masih tidak kurang satu sen pun. Bayangkan kalau projek terbengkalai, percuma saja bayar ke pihak bank, rumah tidak siap-siap apatah lagi hendak diduduki. Sejak dari mula membeli rumah ini, aku sentiasa memantau perkembanganya dari semasa ke semasa. Kalau hendak diikutkan, sudah lewat dari jadual asal iaitu hujung tahun lepas, namun masih di dalam tempoh perjanjian iaitu 36 bulan. Alhamdulillah Syukur :-)

Rumah pertama aku ini aku beli di Batu 3 Shah Alam. Berdekatan dengan Stesen Komuter Batu 3, Giant Seksyen 13 Shah Alam, Tesco Shah Alam, Carefour Subang dan berdekatan dengan pintu tol lebuhraya ELITE dan Lebuhraya Persekutuan. Terdapat rumah kedai 4 tingkat bersebelahan dengan rumah ini yang juga baru siap, terdapat kedai-kedai yang telah memulakan perniagaan masing.

Saiz rumah aku lebih kurang 1010++ kaki persegi, 3 bilik tidur dan 2 bilik air, terdapat ruang kering yang cukup luas untuk dibuat dapur, bahagian dapur asal boleh dijadikan bilik keempat ataupun dapur kering. Menghadap Shah Alam tanpa ada sebarang bangunan dihadapan membolehkan penghuninya menikmati pemandangan yang indah pada waktu malam, pada waktu siang tiada apa-apa yg istimewa.

Puri Aiyu

Kemudahan yang disediakan antaranya, kawalan keselamatan 24 jam, pelekat kereta, kad keselamatan untuk masuk ke kawasan rumah dan ke lobi lif. Pendek kata, orang luar tanpa kad keselamatan masih tidak dapat naik keatas walaupun lepas dari pandangan pihak keselamatan. Orang-orang yang tak dikehendaki ini termasuklah maling dan juga jurujual gores-dan-menang. Dari satu sudut, ianya memang agak menyusahkan saudara-mara ataupun rakan-rakan yang hendak datang, tetapi kalau difikirkan dari sudut keselamatan, amat penting bukan.

Puri Aiyu

Kemudahan lain termasuklah, gimnasium, kolam renang, kolam renang kanak-kanak, padang badminton, dewan orang ramai, tabika, rumah kelab, kedai dobi, kedai selesa, tapak joging, tapak BBQ dan sebagainya.

Jika ada yang berminat, silalah tinggalkan komen anda atau hubungi terus. Baru-baru ini, ada pihak menawarkan untuk sewaan selama 2 tahun ke pihak kolej, namun kadar yang ditawarkan jauh lebih rendah dari jadar pasaran memaksa aku menolak dahulu. Anda juga boleh menjadi agen, aku akan beri komisen sebanyak sebulan sewa, tunai sebaik sahaja wang deposit dibayar.

ps: Gambar dalam entri ini semuanya di ambil menggunakan Sony Ericsson K800i. Maaf kalau ada yang tak cukup jelas.
pps: Untuk gambar swimming pool dari sudut lain, klik sini,
Info lain di sini, Gambar ruang tamu di dalam iklan ini tidak sama dengan unit rumah saya.
ppps: Info lagi


Entri di atas pada garis ini di taip ketika aku dalam perjalanan ke Johor selasa lepas, cuma baru hari ini aku publish. Ada sedikit kemaskini, proses pembaikan telahpun selesai sepenuhnya.

You are welcome to read the rest of this entry »

Tembak-Tembak Awek

Friday, June 22nd, 2007

Selepas dikuarantin selama hampir 4 hari, pameran pada selasa, aku ada temujanji di Johor pada rabunya diikuti pembentangan di KL pada khamisnya. Petang selasa aku bertolak ke Johor, sampai di Taman Universiti, makan dahulu di Wakaf Singgora sebelum kemudiannya terus daftar masuk ke Hotel Sofitel di Senai. Aku tidor pada kira-kira jam 4 pagi. Saudara Rasso menemani aku di google talk. Jam 3:20 pagi, kedengaran suara perempuan menjerit, pedulikkan, sekali lagi 20 minit kemudiannya kedengaran suara perempuan menjerit. Gila apa. Nak menjerit pun, jangan la tengah-tengah pagi buta.

Ini bangunan CICT, dahulunya FSKSM, fakulti tempat aku menimba ilmu. Macam-macam kenangan aku disini… Nostalgia sungguh bangunan dan tempat nih, 18mm kit lens. Sebenarnya gambar ni 2 frame, aku sudah kasi jahit sama dia. Pusing-pusing sekejap UTM namun masa tidak begitu mengizinkan. Kami terus ke HP namun hampa, tidak lagi seperti dulu. Kemudiannya terus ke Restoran Singgah Selalu.

FSKSM CICT UTM

Gambar ini, diambil, bukan oleh aku, tetapi menggunakan kamera aku. Ketika ini aku sedang menikmati tea o laici ais satu di hadapan Masjid Jamek Kg Majidee. Tujuan asal, nak bungkus mee rebus haji wahid, yg baru aku makan sebenter tadi. Alang-alang, lepaklah sekejap minum. Dan sambil2 itu, menembaklah apa-apa yang patut, seperti di dalam gambar di bawah ;-)

Awek Cun

Sebenarnya entri ini, sepatutnya hanyalah filler post, yang sepatutnya hanya mengandungi gambar-gambar yang ditembak di Johor seperti yg di nyatakan pada Chot. Tiba-tiba jadi lain pula. Ikut jalan sehala ini untuk lebih gambar ;-)

You are welcome to read the rest of this entry »

Mudahnya Cari Duit

Wednesday, June 20th, 2007

shutterspeaks (6/19/2007 12:21:58 PM): ni sapo lak nih
pentunjuk_yy (6/19/2007 12:28:39 PM):
pentunjuk_yy (6/19/2007 12:28:43 PM): HAI
pentunjuk_yy (6/19/2007 12:28:58 PM): www.pasukanpipitembam.com/yyyy
shutterspeaks (6/19/2007 12:29:04 PM): gapo tuh
shutterspeaks (6/19/2007 12:29:09 PM): hai
pentunjuk_yy (6/19/2007 12:29:27 PM): u are satria club kan>>>
shutterspeaks (6/19/2007 12:29:46 PM): yuppp… duluuuuuu… hehe, now no longer
pentunjuk_yy (6/19/2007 12:29:51 PM): jom join kitorang
shutterspeaks (6/19/2007 12:29:57 PM): join apa ittew?
pentunjuk_yy (6/19/2007 12:30:07 PM): cari pendapatan tambahan
pentunjuk_yy (6/19/2007 12:30:30 PM): buka web baru kitorang tu
shutterspeaks (6/19/2007 12:30:39 PM): dah bukak td
shutterspeaks (6/19/2007 12:30:41 PM): mcm MLM jek
pentunjuk_yy (6/19/2007 12:30:41 PM): www.pasukanpipitembam.com/yyyy
shutterspeaks (6/19/2007 12:30:52 PM): kat perlis ke tu?
pentunjuk_yy (6/19/2007 12:30:53 PM): buku dulu
pentunjuk_yy (6/19/2007 12:31:13 PM): tak skrg i dah mengajar kat UM
pentunjuk_yy (6/19/2007 12:31:32 PM): malam ni jumpa nak
pentunjuk_yy (6/19/2007 12:31:38 PM): u datang ofis
pentunjuk_yy (6/19/2007 12:31:45 PM): kita bincang panjang
pentunjuk_yy (6/19/2007 12:32:06 PM): satu hari RM722 sapa mau kasi???
shutterspeaks (6/19/2007 12:32:40 PM): sy outstation tgh hr nih
pentunjuk_yy (6/19/2007 12:32:40 PM): i dan fifi ada kat ofis malam ni
pentunjuk_yy (6/19/2007 12:32:57 PM): kalau jumaat ni??
shutterspeaks (6/19/2007 12:33:09 PM): opis kat UM ke kat ne?
pentunjuk_yy (6/19/2007 12:33:24 PM): kat seksyen 13 PJ
pentunjuk_yy (6/19/2007 12:33:43 PM): siang mengajar kat UM
pentunjuk_yy (6/19/2007 12:34:02 PM): Malam buat bisnesz kat pjbat kat PJ
pentunjuk_yy (6/19/2007 12:34:17 PM): Hari minggu dgn Team lah
pentunjuk_yy (6/19/2007 12:34:39 PM): kalau u free bleh call i 017-388****
shutterspeaks (6/19/2007 12:48:05 PM): nama apa ye?
shutterspeaks (6/19/2007 12:48:13 PM): sy tgh exhibition nih, sambil2 je chat
pentunjuk_yy (6/19/2007 1:27:28 PM): petunjuk

aku memang ada exhibition di shang ri la putrajaya hari ini, sambil2 menunggu para peserta keluar dari bilik seminar aku layan internet sikit2, tetiba ada seseorang mesej, id ym aku dia dapat dr kelab yahoo yg aku join ntah brp tahun yg lps. begitu agressif sekali suruh aku buka web dia. Alahai, kalaulah membuat duit semudah itu, kan kan kan. Semua dah kaya dah. Aku bukan negatif, tapi kadang bisnes ala2 MLM ni, dorang terlalu mendesak. Tengoklah, xpernah kenal, tiba2 suruh bukak web, xnak bagi penerangan dulu terus ajak jumpa. Kalau ada sesiapa yang terlibat dengan yang diatas, silalah tinggalkan komen anda berserta sedikit penerangannya… saya masih terbuka, dan juga ingin memastikan yang RM722 sehari pastinya bukan senang utk diperlolehi…

KLCC at Night by ShutterSpeaks.com

ps: sebenarnya, aku ada 2 entri lain yang ditaip ketika didalam perjalan ke johor petang tadi, namun gambar2nya belom siap hehe. kat atas ni satu cth, diambil dari tingkat 10 pnb darby park masa aku kena kuarantin haru tuh. Nak tdo, sok pg ada presentation.


pps: aku lupa nak cakap, ada maklumat yg telah di edit dalam entri ini, tetapi kejadian ini adalah bener. kalau ada yg request, aku dedahkanlah jugak URL sebenar tu nnt
You are welcome to read the rest of this entry »

Iswara, Tougher Than You Think

Friday, May 25th, 2007

What a day for Proton. First, in the morning a news about how savvy pluged 5 meters below but the lady driver escaped unhurt, and then last night on NST, Proton Iswara plunges 6 floors high, the lady escape with ‘minor’ injuries. Free publicity for proton some might say. For Iswara, She must be lucky, the car is total damaged already. But for Savvy, it just proved what proton said from day one, tougher than you think. Sadly, Savvy design is not everyone cup of tea.

Proton Iswara

Iswara Pluges 6 floors, lady escape with ‘just’ broken hand

Proton Savvy - Tougher Than You Think

Savvy crashes 5 meters, lady escape unhurt

Read discussion about it at:

1. Discussion at Paultan.org

2. My Car Forum (.sg)

Compare the comments on both discussion. On paultan, more than half of the comments compliment the toughness of savvy, while the remaining (codenamed ‘p1 basher’) bashed proton till the last drop of their blood. Come on dude, give credits where its due.

And if you feel sad or lonely today and need a little joke fix, read this thread http://forum.lowyat.net/topic/459281, funny like hell haha. That is if you’re into automotive.

You are welcome to read the rest of this entry »

Zaman Dahulu Kala

Thursday, May 24th, 2007

Petang tadi, aku lepak dengan principal kat starbucks the curve. Tengah sembang-sembang itu, aku pun tak tahu lah dari mana datangnya, mulut aku tiba-tiba je nyanyi lagu nih. Lagu yang diajar oleh cikgu inggeris masa sekolah rendah dulu. Hehe, cam kelako pun ada. Korang pernah jadik camnih tak?

1 , 2 buckle my shoe

3, 4 shut the door

5, 6 pick up stick

7, 8 lay them straight

9, 10 a big short hen

Lagi satu,

c-o-c-o-n-u-t nut

c-o-c-o-n-u-t nut

coconut coconut coconut coconut ooooooo

C-O-C-O-N-U-T Nut

C-O-C-O-N-U-T Nut

coconut coconut coconut coconut ooooooo

he2x, ringkas gila lagu kanak-kanak dulu. Sebenarnya, aku agak sibuk sekarang, buat masa ni korang bacalah 5 entri-entri bernas dari rakan-rakan:

1. Tips Menulis Blog dari Ismail
2. Ujian IQ di Tebaboom
3. Dengarkan lagu Persis Mutiara dari Mila Wazap Wazap di Cyperhacks
4. Debaran Kasyah dan Rakannya Memujuk Cinta
5. Dan Tutorial TinyMCE dan WebTop di ChronoSight.net

You are welcome to read the rest of this entry »

Help Contents - F1

Tuesday, April 10th, 2007

Tidak- tidak, ini bukan kandungan pertolongan.

Tanggal 8 April 2007, aku dijadualkan untuk pergi ke F1. Sebenarnya, aku da amat-amat tawar hati nak pergi F1 nih. Mmg aku da iklankan untuk sedekah jer tiket yang berharga RM150.00 ni kalau dibeli, hairannya, takda sorang pun nak. Member2 pulak da sound nak tumpang sekali, nak jimat kos minyak, parkir dan tol yang murah amat kat Malaysia ni, dan janji pun da lama, aku gagahkan jugak pergi.

Tiket-tiket F1, semuanya Hillstand C2 dan semuanya complimentary hahahaha. Cuba kira betul2, ada 2 biji kereta waja, 11 orang dewasa dan ada 13 tiket, 1 da burn camtu jek.

Malaysia F1 Grand Prix Tickets

Perkongsian kenderaan sememangnya membantu mengurangkan kesesakan lalulintas, pencemaran alam, melambatkan penurunan kadar simpanan minyak mentah dunia, pergaduhan di tempar parkir dan sebagainya, tetapi pekongsian kenderaan juga membawa maksud separuh penderaan kalau 4 orang dewasa dok kat belakang, tengah hari buta, panas terik dan jam x hengat. Kelihatan disini 4 jejaka sedang mengawal kehenseman diri masing, padahal buntut kebas tu.
Perkongsian Kereta Mengurangkan Kesesakan Lalu Lintas

Oh ya, F1 tahun ni best sikit. Penonton ramai gila. Ramai bukak baju, terkejar2 tengah panas terik, nasib ramai yang waras dari yang gila. Dan tahun ni juga, F1 ada 2 team baru, team Mitsubishi dan team Manchester. Betul…. Kata kecok, Manchester menang 3-2. Penyokong Arsenal ini pasti sudah tidak betul.

F1 Best, Ada pasukan Mitsubishi dan Team Manchester United

You are welcome to read the rest of this entry »

KBKK

Friday, March 30th, 2007

KBKK tu apa? Soalan yang pernah ditanya ke aku tidak lama dahulu, dan jawapannya tak relevan pun.

Hello Hello

You are welcome to read the rest of this entry »

Free Decal, Anyone?

Friday, January 26th, 2007

super nice decalJust as what u’ve expected when u woke up in the morning, or get your car at your car park?
A nice decal created free for you, super

You are welcome to read the rest of this entry »

Pulau Pinang

Thursday, January 4th, 2007

Pictures taken on my trip to Penang last monday. A lot of pictures taken, but I would like to share these two first. I’m not using any DSLR or even Prosumer yet, just a point-and-shoot Sony DSC P200 7.2 Megapixel, hope this year I can afford to buy one. I adjusted the pictures using Photoshop, no effect/filter applied, just adjust using level, curve and contrast. I do hope it turns out well, your comment is very much appreciated. You can compare with the original by clicking the original link.

Pushing Towards the Jetty

Pushing Towards the JettyA water flowing from under the ferry, pushing the ferry towards the jetty. Original

Penang Island from the Moving Ferry

Penang Island from the Moving FerryNo image stabilizer, low ISO, high noise. This is Penang Island from moving ferry. Original

Oh ya, Most of you might not notice, the links title now changed to live feeds. why live? you may want to try by clicking some of the link ;-). I will upload it later for download.

You are welcome to read the rest of this entry »

A Sleepy Homo sapien Journey - In Pictures

Tuesday, December 26th, 2006

After almost 4 days and 3 nights at office, finally our secret project completed and ready to be delivered. And finally, I can go back home, enjoy barely two hours sleep before sending our end product to Labuan. Details might come soon, for now, u can browse this post in IE to view the pictures alt text.

Mentari Pagi

Boeing 737

MAS In Flight Food, You can't find this on AirAsia

Some Island, I'm not sure

A Lonely Ship

The Beach - Pure Shore. Dream half came true.

Blue Sky - Not Nissan Skyline

A Cup of Tea

Evening Sky

KL Kot

You are welcome to read the rest of this entry »

Close
E-mail It