Archive for the 'Links' Category

Wordpress Plugins

Wednesday, May 30th, 2007

Salah satu ciri-ciri penting Wordpress adalah plugin, terdapat ribuan plugin untuk Wordpress di Internet. Dan membuat plugin untuk wordpress ni tidaklah sesukar yang disangkakan. Aku sendiri pernah buat beberapa plugin untuk wordpress yang aku pakai kat sini, Random Entries, selain paparkan entri terkini, plugin ini akan paparkan entri-entri dalam blog korang secara rawak, plugin ni aku telah kemaskini dengan tambahan ciri-ciri ajax. Keduanya RSSLiveFeed, kalau korang perasan senarai pautan di sebelah nampak macam biasa, tapi bila klik kat pautan tersebut, akan keluar senarai entri dari blog-blog tersebut. Plugin tu masih ada untuk dimuatturun, tapi bukan yang terkini, aku tak tahu orang pakai ke tak, tiada komen yang memberitahu jadi aku anggap dorang yang muatturun tak pakai.

Tapi kali ini, bukan aku yang buat, tapi aku hanya ubahsuai. Mail dari Ismail dot com Sdn Bhd bertanyakan mengenai senarai komen di sebalah yang ada gravatar. Aku telah ubahsuai 2 plugin, pertamanya gravatar untuk membolehkan korang panggil gravatar darai mana-mana tempat selain senarai komen, fungsi asal tidak diubah. Dan keduanya show top commentors untuk panggil fungsi gravatar tersebut.Kalau korang nak pakai tak susah pun, download file ini

kemudiannya untuk plugin “Show Top Commentators”, ada tambahan pilihan iaitu default_gravatar. Pastikan korang letakkan URL ke gravatar korang untuk orang-orang yang belum ada gravatar. Kepada yang belum ada ni, boleh daftar disini http://site.gravatar.com/

“default_gravatar” => “http://www.blog_url.com/images/defaultgravatar.jpg”

Letakkan kod “Show Top Commentators” pada tempat yang korang suka:

<?php if(function_exists(’ns_show_top_commentators’)) { ?>
<li class=”sb-archive-links”>
<h2>Top Commentators</h2>
<ul><?php ns_show_top_commentators(); ?></ul>
</li>
<?php } ?>

Aktifkan kedua-dua plugin dah lihatlah hasilnya ;-) Selamat mencuba.

You are welcome to read the rest of this entry »

Zaman Dahulu Kala

Thursday, May 24th, 2007

Petang tadi, aku lepak dengan principal kat starbucks the curve. Tengah sembang-sembang itu, aku pun tak tahu lah dari mana datangnya, mulut aku tiba-tiba je nyanyi lagu nih. Lagu yang diajar oleh cikgu inggeris masa sekolah rendah dulu. Hehe, cam kelako pun ada. Korang pernah jadik camnih tak?

1 , 2 buckle my shoe

3, 4 shut the door

5, 6 pick up stick

7, 8 lay them straight

9, 10 a big short hen

Lagi satu,

c-o-c-o-n-u-t nut

c-o-c-o-n-u-t nut

coconut coconut coconut coconut ooooooo

C-O-C-O-N-U-T Nut

C-O-C-O-N-U-T Nut

coconut coconut coconut coconut ooooooo

he2x, ringkas gila lagu kanak-kanak dulu. Sebenarnya, aku agak sibuk sekarang, buat masa ni korang bacalah 5 entri-entri bernas dari rakan-rakan:

1. Tips Menulis Blog dari Ismail
2. Ujian IQ di Tebaboom
3. Dengarkan lagu Persis Mutiara dari Mila Wazap Wazap di Cyperhacks
4. Debaran Kasyah dan Rakannya Memujuk Cinta
5. Dan Tutorial TinyMCE dan WebTop di ChronoSight.net

You are welcome to read the rest of this entry »

Close
E-mail It