Archive for the 'Kerja' Category

No Title - I Can’t Think Of Any

Saturday, September 22nd, 2007

Langkawi Cable Car

Few of our projects we have been working on started to materialized. Therefore been really busy lately. No time to update and, from my observation not much blog updated as well. Previously, everyday there’ll be more than 5 new entries in my RSS reader for local blog category, nowadays, to get 2 new entries per day seems so hard. Thankfully, few still writes, some of them:

Happening lately:

  • Lost some weight :-p
  • Bought new lens
  • Sleepless

Kita Hanya Mampu Merancang

Thursday, September 6th, 2007

Pembukaan entri Rumpun aku ada cakap yang aku dah habiskan dua kotak tisu. Ia tidak berakhir di situ sahaja. Walaupun malam itu Malaysia menang besar, sistem imun badan aku tewas teruk kepada virus. Aku demam teruk, dan keesokan paginya menjadi lebih teruk. Aku tido sepanjang pagi, tido yang dipaksa oleh badan aku. Aku langsung tak daya nak bangun, kalau aku bangun dan ubah kedudukan, pasti terus terlena.Setiap kali aku jaga, sakit kepala aku akan digandakan. Jika di dalam lena aku tidak terasa sakit tidak mengapa, ini tidak, aku tidak lena sepenuhnya. Otak aku masih mentafsirkan kesakitan yang aku alami, berpinar dan rasa berat sekali. Dengan mulut aku meracau meminta tolong. Terasa macam budak kecik pulak. Dah lama rasanya tak demam teruk macam ni. Tahun ini aku boleh dikatakan sering jatuh sakit. Jika dibandingkan dengan zaman awal aku kerja, memang boleh dikatakan langsung tidak pernah ambil cuti sakit :-(

KOC KTMB

Masuk pukul satu, aku dah tak sanggup nak terus terbaring kat atas katil, aku paksakan jugak bangun dan gagah ke bilik mandi. Sebenarnya, malamnya kami akan bergerak ke Langkawi, percutian yang telah dirancang dari hujung tahun lepas dan segala tempah telahpun dibuat sejak 2 bulan yang lepas. Kebetulan pula rezeki kami, awal minggunya ada orang nak menyewa rumah dan nak masuk rumah tu pada 1 September. Di sebabkan malamnya kami hendak bertolak ke Langkawi, segala persiapan rumah tersebut perlu dilakukan pada hari ni jugak. Wife aku cakap dia boleh setelkan sendiri, tapi suami mana yang sampai hati. Dengan perut 7 bulan kehulu kehilir naik pengangkutan awam. Nak ke Shah Alam dari Cheras bukannya senang. Dah tu pula banyak urusan yang perlu disetelkan. Atas dasar itu juga, aku telan 2 biji panadol activeslow yang dibelikan oleh faizal, masuk kereta dan hidupkan enjin. Dengan badan masih menggeletar dan nafas yang pendek-pendek, aku bergerak ke shah alam. Tidak cukup dengan panadol, aku beli jugak sebotol 100+. Rumah itu memang hendak disewakan, jadi kami tak pasang lampu dan grill selagi tak ada orang menyewa, cuma bila dah dapat nih, notis nya pendek sangatlah pulak, apapun itu rezki dan syukur alhamdulillah ada juga yang nak menyewa. Selesai urusan rumah, balik ke rumah, dengan harapan sampai awal, boleh rehat-rehat dahulu sebelum bertolak. Meleset. Jalam jam teruk, sampai rumah dah lebih pukul lapan, tiket keretapi jam 9:30. Kelam kabut kemas barang yang belum di kemas, nasib baik separuh dah dikemas pada malam sebelumnya, masuk dalam bag, tunggu faizal sampai dan terus memecut ke KLSentral. Secara logiknya, kami telahpun terlepas keretapi tersebut. Cuma nasib baik, dengan keretapi, boleh naik dimana-mana stesen pun asalkan keretapi yang sama, kami terus ke stesen Sg Buluh dan tunggu di sana. Hasil dari kelam kabut tersebut, aku tertinggal aku punya notebook, handphone charger, PDA charger, in-car charger untuk PDA dan juga PDA holder. PDA tuh penting utk GPS di sana nanti, adehhhh. Lebih kurang jam 9:37 keretapi Senandung Langkawi pun sampai, kami naik ke koc R3 dan berjalan di dalam gerabak menuju ke koc S1 katil nombor 30 dan 32. Sampai sahaja di katil, aku terus baring, menyambung tidor demam aku, sampai pagi.

Atas sebab itulah juga, aku gagal untuk mengemaskini laman ini dan juga membalas komen-komen kalian apatah lagi menziarahi laman-laman kalian. Aku masih lagi demam, Nadiah telahpun sembuh, Maknya baru nak mula demam malam tadi. Moga-moga kami cepat sembut.

Ada Apa Dengan Rumpun

Wednesday, August 29th, 2007

Ada ada dengan rumpun

Rumpun 2007 telah pun berakhir dengan pelbagai reaksi yang berbeza-beza dari semua hadirin dan dif-dif jemputan yang hadir. Malah, tak keterlaluan kalau nak kata dah sejuk dah cerita nih, aku aja yang lambat hehe, sejak habis tu aku memang sibuk, hari ni pula sebenarnya aku dah macam nak demam, dah masuk 2 kotak tisu aku kerjakan, srott, srettt… Berbalik kepada rumpun, ada yang gembira dan kurang juga yang mengutarakan idea-idea bernas untuk peningkatan taraf majlis ini pada masa-masa akan datang. Bagi aku, aku gembira dapat jumpa rakan-rakan yang selama ni hanya kenal dengan lawatan dan komen-komen di blog masing-masing, walaupun rasanya patut boleh kenal lagi ramai. Entri aku kali ni panjangggg, termasuklah skrin shot rekaan asal PCMalaya, kalau korang masih belum termuntah baca tentang Rumpun, teruskanlah bacaan anda :-p

You are welcome to read the rest of this entry »

Mana Papa Ni?

Tuesday, August 21st, 2007

Nadiatul Qistina

Kesian Nadiah, selalu kena tinggal dengan papa. Hari pertama dia lahir pa da kena otstesen, seb bek balik hari.

You are welcome to read the rest of this entry »

The Big Red Button for Those Who Have Time to Spare

Sunday, August 19th, 2007

Source

Daily Dilbert

Thursday, July 26th, 2007

Over 200,000 of you subscribe to this feed, and after 5 short years, Dilbert.com finally has an official feed for you: http://feeds.feedburner.com/DilbertDailyStrip

They’ve also blocked access to the comic images, so you should update this feed address if you want to keep reading! Thanks for all your support over the years - dwlt.

Dilbert Goes Official


This blog won’t be updated for indefinite time due to some reasons. I am super busy right now, in fact this entry should be posted before I’m getting busy. It can be very long and the same time can be very short. Stop blogging doesn’t mean I stop visiting. so for now, no hikmah 3 (there won’t be any more of it :-p), no hot awek, no cars, just Dilbert. You can always visit other blogs listed on my sidebars, they are great.

During those indefinite time, this blog will still be updated daily. Not blogging doesn’t mean no update right ;-) This entry is self-updating entry. It will display Dilbert comic strip and updated on daily basis automatically. No plug-in. I wrote the code directly in this entry.

Why Dilbert? Because Dilbert comic is related to work in computer/programming environment. For now just the comic strip, maybe later i will change it to display latest entries from your blogs as well, Nak tak? Hope you enjoy the comic strip and I would love to read your comments.

You are welcome to read the rest of this entry »

Kemaskini Pendek

Saturday, July 14th, 2007

Avanza Viva

aku baru tahu betapa fakapnya tmnet streamyx selepas hampir 3 hari terpaksa bertarung dengannya. sibuk sangat packing baju (err.. yg packing bini aku) untuk berkampung di opis sehingga tertinggal kad 3g aku di rumah. barulah aku benar-benar faham apa yang pengguna-pengguna streamyx yang lain rasakan selama ni. memang fakap sungguh. 3g 1 bar jer signal jauh lebih baikk.. huh…

Hari ini juga farewell buat 5 orang dalam kampeni aku, 4 bdak praktikal, sorang bdak bapak bdak. semoga korang berjaya lah beb, kem salam dgn tasha meow miahahaha.

aku nak sambung tdo. entri ni kosong. tambah sikit.

You are welcome to read the rest of this entry »

What is HL7?

Tuesday, June 26th, 2007

A View From The Top

You are welcome to read the rest of this entry »

Tembak-Tembak Awek

Friday, June 22nd, 2007

Selepas dikuarantin selama hampir 4 hari, pameran pada selasa, aku ada temujanji di Johor pada rabunya diikuti pembentangan di KL pada khamisnya. Petang selasa aku bertolak ke Johor, sampai di Taman Universiti, makan dahulu di Wakaf Singgora sebelum kemudiannya terus daftar masuk ke Hotel Sofitel di Senai. Aku tidor pada kira-kira jam 4 pagi. Saudara Rasso menemani aku di google talk. Jam 3:20 pagi, kedengaran suara perempuan menjerit, pedulikkan, sekali lagi 20 minit kemudiannya kedengaran suara perempuan menjerit. Gila apa. Nak menjerit pun, jangan la tengah-tengah pagi buta.

Ini bangunan CICT, dahulunya FSKSM, fakulti tempat aku menimba ilmu. Macam-macam kenangan aku disini… Nostalgia sungguh bangunan dan tempat nih, 18mm kit lens. Sebenarnya gambar ni 2 frame, aku sudah kasi jahit sama dia. Pusing-pusing sekejap UTM namun masa tidak begitu mengizinkan. Kami terus ke HP namun hampa, tidak lagi seperti dulu. Kemudiannya terus ke Restoran Singgah Selalu.

FSKSM CICT UTM

Gambar ini, diambil, bukan oleh aku, tetapi menggunakan kamera aku. Ketika ini aku sedang menikmati tea o laici ais satu di hadapan Masjid Jamek Kg Majidee. Tujuan asal, nak bungkus mee rebus haji wahid, yg baru aku makan sebenter tadi. Alang-alang, lepaklah sekejap minum. Dan sambil2 itu, menembaklah apa-apa yang patut, seperti di dalam gambar di bawah ;-)

Awek Cun

Sebenarnya entri ini, sepatutnya hanyalah filler post, yang sepatutnya hanya mengandungi gambar-gambar yang ditembak di Johor seperti yg di nyatakan pada Chot. Tiba-tiba jadi lain pula. Ikut jalan sehala ini untuk lebih gambar ;-)

You are welcome to read the rest of this entry »

Mudahnya Cari Duit

Wednesday, June 20th, 2007

shutterspeaks (6/19/2007 12:21:58 PM): ni sapo lak nih
pentunjuk_yy (6/19/2007 12:28:39 PM):
pentunjuk_yy (6/19/2007 12:28:43 PM): HAI
pentunjuk_yy (6/19/2007 12:28:58 PM): www.pasukanpipitembam.com/yyyy
shutterspeaks (6/19/2007 12:29:04 PM): gapo tuh
shutterspeaks (6/19/2007 12:29:09 PM): hai
pentunjuk_yy (6/19/2007 12:29:27 PM): u are satria club kan>>>
shutterspeaks (6/19/2007 12:29:46 PM): yuppp… duluuuuuu… hehe, now no longer
pentunjuk_yy (6/19/2007 12:29:51 PM): jom join kitorang
shutterspeaks (6/19/2007 12:29:57 PM): join apa ittew?
pentunjuk_yy (6/19/2007 12:30:07 PM): cari pendapatan tambahan
pentunjuk_yy (6/19/2007 12:30:30 PM): buka web baru kitorang tu
shutterspeaks (6/19/2007 12:30:39 PM): dah bukak td
shutterspeaks (6/19/2007 12:30:41 PM): mcm MLM jek
pentunjuk_yy (6/19/2007 12:30:41 PM): www.pasukanpipitembam.com/yyyy
shutterspeaks (6/19/2007 12:30:52 PM): kat perlis ke tu?
pentunjuk_yy (6/19/2007 12:30:53 PM): buku dulu
pentunjuk_yy (6/19/2007 12:31:13 PM): tak skrg i dah mengajar kat UM
pentunjuk_yy (6/19/2007 12:31:32 PM): malam ni jumpa nak
pentunjuk_yy (6/19/2007 12:31:38 PM): u datang ofis
pentunjuk_yy (6/19/2007 12:31:45 PM): kita bincang panjang
pentunjuk_yy (6/19/2007 12:32:06 PM): satu hari RM722 sapa mau kasi???
shutterspeaks (6/19/2007 12:32:40 PM): sy outstation tgh hr nih
pentunjuk_yy (6/19/2007 12:32:40 PM): i dan fifi ada kat ofis malam ni
pentunjuk_yy (6/19/2007 12:32:57 PM): kalau jumaat ni??
shutterspeaks (6/19/2007 12:33:09 PM): opis kat UM ke kat ne?
pentunjuk_yy (6/19/2007 12:33:24 PM): kat seksyen 13 PJ
pentunjuk_yy (6/19/2007 12:33:43 PM): siang mengajar kat UM
pentunjuk_yy (6/19/2007 12:34:02 PM): Malam buat bisnesz kat pjbat kat PJ
pentunjuk_yy (6/19/2007 12:34:17 PM): Hari minggu dgn Team lah
pentunjuk_yy (6/19/2007 12:34:39 PM): kalau u free bleh call i 017-388****
shutterspeaks (6/19/2007 12:48:05 PM): nama apa ye?
shutterspeaks (6/19/2007 12:48:13 PM): sy tgh exhibition nih, sambil2 je chat
pentunjuk_yy (6/19/2007 1:27:28 PM): petunjuk

aku memang ada exhibition di shang ri la putrajaya hari ini, sambil2 menunggu para peserta keluar dari bilik seminar aku layan internet sikit2, tetiba ada seseorang mesej, id ym aku dia dapat dr kelab yahoo yg aku join ntah brp tahun yg lps. begitu agressif sekali suruh aku buka web dia. Alahai, kalaulah membuat duit semudah itu, kan kan kan. Semua dah kaya dah. Aku bukan negatif, tapi kadang bisnes ala2 MLM ni, dorang terlalu mendesak. Tengoklah, xpernah kenal, tiba2 suruh bukak web, xnak bagi penerangan dulu terus ajak jumpa. Kalau ada sesiapa yang terlibat dengan yang diatas, silalah tinggalkan komen anda berserta sedikit penerangannya… saya masih terbuka, dan juga ingin memastikan yang RM722 sehari pastinya bukan senang utk diperlolehi…

KLCC at Night by ShutterSpeaks.com

ps: sebenarnya, aku ada 2 entri lain yang ditaip ketika didalam perjalan ke johor petang tadi, namun gambar2nya belom siap hehe. kat atas ni satu cth, diambil dari tingkat 10 pnb darby park masa aku kena kuarantin haru tuh. Nak tdo, sok pg ada presentation.


pps: aku lupa nak cakap, ada maklumat yg telah di edit dalam entri ini, tetapi kejadian ini adalah bener. kalau ada yg request, aku dedahkanlah jugak URL sebenar tu nnt
You are welcome to read the rest of this entry »

Close
E-mail It