Pembukaan entri Rumpun aku ada cakap yang aku dah habiskan dua kotak tisu. Ia tidak berakhir di situ sahaja. Walaupun malam itu Malaysia menang besar, sistem imun badan aku tewas teruk kepada virus. Aku demam teruk, dan keesokan paginya menjadi lebih teruk. Aku tido sepanjang pagi, tido yang dipaksa oleh badan aku. Aku langsung tak daya nak bangun, kalau aku bangun dan ubah kedudukan, pasti terus terlena.Setiap kali aku jaga, sakit kepala aku akan digandakan. Jika di dalam lena aku tidak terasa sakit tidak mengapa, ini tidak, aku tidak lena sepenuhnya. Otak aku masih mentafsirkan kesakitan yang aku alami, berpinar dan rasa berat sekali. Dengan mulut aku meracau meminta tolong. Terasa macam budak kecik pulak. Dah lama rasanya tak demam teruk macam ni. Tahun ini aku boleh dikatakan sering jatuh sakit. Jika dibandingkan dengan zaman awal aku kerja, memang boleh dikatakan langsung tidak pernah ambil cuti sakit
Masuk pukul satu, aku dah tak sanggup nak terus terbaring kat atas katil, aku paksakan jugak bangun dan gagah ke bilik mandi. Sebenarnya, malamnya kami akan bergerak ke Langkawi, percutian yang telah dirancang dari hujung tahun lepas dan segala tempah telahpun dibuat sejak 2 bulan yang lepas. Kebetulan pula rezeki kami, awal minggunya ada orang nak menyewa rumah dan nak masuk rumah tu pada 1 September. Di sebabkan malamnya kami hendak bertolak ke Langkawi, segala persiapan rumah tersebut perlu dilakukan pada hari ni jugak. Wife aku cakap dia boleh setelkan sendiri, tapi suami mana yang sampai hati. Dengan perut 7 bulan kehulu kehilir naik pengangkutan awam. Nak ke Shah Alam dari Cheras bukannya senang. Dah tu pula banyak urusan yang perlu disetelkan. Atas dasar itu juga, aku telan 2 biji panadol activeslow yang dibelikan oleh faizal, masuk kereta dan hidupkan enjin. Dengan badan masih menggeletar dan nafas yang pendek-pendek, aku bergerak ke shah alam. Tidak cukup dengan panadol, aku beli jugak sebotol 100+. Rumah itu memang hendak disewakan, jadi kami tak pasang lampu dan grill selagi tak ada orang menyewa, cuma bila dah dapat nih, notis nya pendek sangatlah pulak, apapun itu rezki dan syukur alhamdulillah ada juga yang nak menyewa. Selesai urusan rumah, balik ke rumah, dengan harapan sampai awal, boleh rehat-rehat dahulu sebelum bertolak. Meleset. Jalam jam teruk, sampai rumah dah lebih pukul lapan, tiket keretapi jam 9:30. Kelam kabut kemas barang yang belum di kemas, nasib baik separuh dah dikemas pada malam sebelumnya, masuk dalam bag, tunggu faizal sampai dan terus memecut ke KLSentral. Secara logiknya, kami telahpun terlepas keretapi tersebut. Cuma nasib baik, dengan keretapi, boleh naik dimana-mana stesen pun asalkan keretapi yang sama, kami terus ke stesen Sg Buluh dan tunggu di sana. Hasil dari kelam kabut tersebut, aku tertinggal aku punya notebook, handphone charger, PDA charger, in-car charger untuk PDA dan juga PDA holder. PDA tuh penting utk GPS di sana nanti, adehhhh. Lebih kurang jam 9:37 keretapi Senandung Langkawi pun sampai, kami naik ke koc R3 dan berjalan di dalam gerabak menuju ke koc S1 katil nombor 30 dan 32. Sampai sahaja di katil, aku terus baring, menyambung tidor demam aku, sampai pagi.
Atas sebab itulah juga, aku gagal untuk mengemaskini laman ini dan juga membalas komen-komen kalian apatah lagi menziarahi laman-laman kalian. Aku masih lagi demam, Nadiah telahpun sembuh, Maknya baru nak mula demam malam tadi. Moga-moga kami cepat sembut.








