post separator

Ikan Bakar: Pangkalan Balak, Melaka

sunset 2

Bersempena dengan Tahun Melawat Malaysia 2007, kami pun turut mengambil kesempatan untuk bercuti ’sakan’ tahun ni. Hujung minggu lepas aku, keluarga dan kawan-kawan ke Melaka. Pekena ikan bakar kat sana. Cadangan asal nak ke Serkam ataupun Umbai tapi tak jadik, kedua-dua tempat tu da penah pegi sebelum nih. Jadi kali ni tukar tempat pulak, ke Pangkalan Balak, Melaka. 9 dewasa dan 3 bayi-bayi comel kesana.

Bertolak dari KL sekitar jam 10, berkumpul di R&R Soromban sebelum bertolak terus ke Pangkalan Balak. Sampai di sana teruja betul bila tengok laut hahaha… Aku membayangkan pantai nya pantai lumpur sebab kawasan ni dicanangkan sebagai kawasan nelayan, tetapi tidak. Walaunpun tidak secantik pantai lain, tapi cukup ‘bersih’ untuk mandi-manda. Anginnya pun syok jerr, sejukkk jerr.. Pemandangannya saujana mata memandang, tengah hari terik mmg langsung x terasa, aman damai sungguh, sunyi sepi dari bingit KL. Lepas daftar masuk ‘hotel’, kami pegi cari makan, pun tepi laut jugak, syok betul. Dia punya selera dan rasa lain sikit, mmg x samalah kalau makan kat KL.

badai pasti berlalu

Selepas makan, lepak-lepak kat depan ‘hotel’ sambil makan buah mata kucing dan bersembang-sembang kosong. Menikmati angin sepoi2 bahasa dan pemandangan pantai, syok sungguh. Petang aku mandi swimming pool jek, temankan nadiah, maknya taknak turun. Aku tak turun ke laut pun. Layan pemandangan aja. Tangkap gambar sana-sini, member-member lain main bola tampar n lepas tuh dorang mandi laut, teringin jugak nak join tapi aku nyer basahan dah basah, malas pulak nak pakai balik. Mandi laut yang ‘bersih’ itu hehehe…

play time

Tiba malam, bersiaplah kami ke Medan Ikan Bakar. Orang dah cakap, kalau nak pegi, kena pegi pukul 6, tapi sebab ada budak2 bujang dalam kumpulan kami tak puas mandi laut, lambat lah kami bertolak. Sekitar jam lapan sampai, makanan hanya sampai satu jam setengah kendiannya, sempat habis makanan yang kami beli kat pasar malam sebelum tuh hehehe. Tapi bila makanan sampai, nak marah pun x jadi, kalau marah makan pun x best kan. Sebab lauk dia, fuhhh memang kaw. Sedap siuttt, ikan senangin, terubuk, pari, sotong, kerang, sayur, ketam, nasi lemak. perghh,, sumer sedap tahap gaban z potong 3 kuasa 9 punca kuasa 2. sayangnya, gambar2 makanan tu sumer dalam kamera member aku, dia pasang kit lens, aku bawak 70mm, ssh nak amik gambar. Kalau x, leh letak kat sini dan korang pun terliur heheheh… Memang puas hati betul, berbaloi menunggu. Sedap hingga mejilat keseploh-seploh jari. Yummyy… Bila time nak bayar pulak, lagi puas hati, sebab murah gilaks, punya banyak makan, kena RM160.00 jekk.. Alahai, mmg direkomenkanlah utk korang pegi ke sini.

foot steps

Medan ikan bakar ni x macam umbai, umbai ada banyak kedai, pilihlah kedai mana nak masuk tapi x semua kedai masak sedap. kat sini ada satu jer dan dia masak memang sedap, jadinya pasti x salah pilih. Ikan-ikan semuanya segar-segar belaka dan boleh pilih sendiri dan bagi tahu je nak buat masakan apa. Aku x pasti mata ikan tu bundar ke tak, yang pastinya segar. Cuma, kalau xnak order sampai lambat, kenalah pergi awal yerr..

sunset

Kenyang makan balik hotel, ingatkan nak hiruplah udara segar laut selat melaka sambil mendengar bunyian ombak mendesir di tepian pantai itu. Mungkin juga ditemankan dengan secawan kopi o panas bersama biskut kering 4 segi. Sambil mengenang kisah2 kami dulu. Dan perancangan geng2 bujang itu. Angan kami lah tuh. Sampai je ‘hotel’, buka je pintu keter, bau masam yang amat menerjah idung. menusuk sungguh bau dier. Cittt, orang kata bau kerbau pendek. Malam-malam baunya di bawa angin, ada pula yang kata najisnya dilepaskan ke laut. Tatau yang mana satu yang betul, yang pastinya aku x mandi laut hari tu dan malam itu semua kecewa, masuk bilik masing2 dan tdo. Spoil betul hahahaha….

Bersama ini, dikepilkan beberapa keping gambar untuk tatapan semua. Sekian dahulu, wabillahitaufik walhidayah, wassalammualaikum wbt.

kerang

RSS feed | Trackback URI

52 Comments »

Gravatar Icon
Comment by Minci
2007-08-07 16:31:44

ooooo… jeles.. jeles.. jeles!!
Takper.. nanti aku pergi.. ahahaha
(nasiblah tk tunjuk gambar makanan, mau basah keybod aku nih hah)

Gravatar Icon
Comment by shutterspeaks
2007-08-07 19:49:43

ahahaha, biler masa ko nak pegi tu sedari minci yazumin :-p

oh aku bakal memuat naik kan juga gambar makanan itu setelah siap develop nnt ekekeke

Gravatar Icon
Comment by kaSyah
2007-08-08 17:50:08

tula..dalam mimpi je budak ni

(Comments wont nest below this level)
Gravatar Icon
Comment by shutterspeaks
2007-08-08 17:54:20

ekekeke… dah ler mimpi kawen. dgn paul potts look alike plak tuh…

apa soalan yg ko nak tanya tuh? minci x tahu punya… aku janji x bg tahu dia ;;)

 
 
 
 
Gravatar Icon
Comment by IcedNyior
2007-08-07 18:16:06

cantik ler gambar2 yg ko amik

Gravatar Icon
Comment by shutterspeaks
2007-08-07 19:50:47

mekasih banyak2 ya icednyior ;-)

 
 
Gravatar Icon
Comment by kucau
2007-08-07 19:43:07

so kesimpulan nya mane lagi sedap pengkalan balak ker umbai. ishh sori, aku cam kompius2 skit nie hehehe

Gravatar Icon
Comment by shutterspeaks
2007-08-07 19:47:49

kesimpulannya, pangkalan balak jauh lagi sedap dari umbai ;-)

cuma, kalau tdo kat resort2 kat situ, malam ada bau masyam laa.. bau ba alif ba ya huhuuuuuuuuu

 
 
Gravatar Icon
Comment by draxter
2007-08-07 20:18:59

Wow seronoknya, kalau kereta berbau pakaila pewangi AmbiPur Odourless, mmm wangi..

Gravatar Icon
Comment by shutterspeaks
2007-08-08 09:25:06

bau itu di luar kereta, bukan di dalamnya. nasib baik bau itu tidak menerjah sehingga ke dalam bilik, kalau tak. pening den.

 
 
Gravatar Icon
Comment by rasso
2007-08-07 20:50:31

uhuhu…
lama dah tak makan seafood…
ni terasa lapar nie..
alahai….

Gravatar Icon
Comment by shutterspeaks
2007-08-08 09:26:49

di johor banyak sekali tempat makan seafood. dahulu sekali sekala aku ke stulang laut utk menikmati seafood di sana. tapi x bolehlah selalu, nama pun student kan,

 
 
Gravatar Icon
Comment by Azhar Ahmad
2007-08-07 22:04:53

Hahahahahha, sodap tu…. Hummm.. tapikan, nukanke tempat ni banyak babi… Adeshlah…… Kalaulah terminum air laut… Waaaaa… nyesal tak sudah!

Gravatar Icon
Comment by shutterspeaks
2007-08-08 09:28:11

ehehehe… itulah yang aku maksudkan dengan “kerbau pendek” :-D dan aku bersyukur sbb x turun ke laut petang itu. mereka yg turun mmg separa nyesal ekekeke

 
 
Gravatar Icon
Comment by Syafrizal
2007-08-08 00:43:05

AKu penah pegi Pengkalan Balak 2 thn lepas, mmg best hehehe

Gravatar Icon
Comment by shutterspeaks
2007-08-08 09:31:32

yuppp… mmg best. yummy sehhh… aku sebenarnya tertinggal sata dalam senarai makanan tuh. sata dia pun sodapp.. smooth jer rasa, xde tulang langsung.

 
 
Gravatar Icon
Comment by mixterr
2007-08-08 10:07:08

aku pon baru gi makan Thai seafood minggu lepas.. ermm enaknya!! aku rase ko nyer lagi sedap sebab melayu kan… tambah lagi pergi bercuti.. huhuh seronok nyer!! jeles aku

nak tanyer gambar yg last tu ade ape tu kat pantai tu.. mcm ade 2 org jer.. ke batu.. wat ape la batu tu senja senja…

aku suka gambar kau kali ini.. semakin cantik.. kalo ikut kan sifo syed nasir. kau naikkan lagi warna gambar tu.. tentu bertambah tambah menarik bukan…

Gravatar Icon
Comment by shutterspeaks
2007-08-08 20:16:35

wah, layan seafood juger. mana? kelana seafood? yupp… komfem aku nyer seafood lagi sedapp miahahaha…

yuppp.. mata ko mmg tajam. itu gambar 2 orang aweks sedang menuju ke geng2 mereka yg main lagi jauh di tengah laut. senja2 layan bola tampar laut. masa ni bau “harum” itu belum keluar lagi, kalau tak pasti mereka semua cabut lari ke pantai kegelian lalu cepat2 mandi miahaha (gelak setan + kesian)

eheh.. tq bro. cik yattie nopiah da angkat 350D, ko bilaks lagi ;-) boleh sama2 gi photoshoot yattie nopiah nnt ahahaha

Gravatar Icon
Comment by mixterr
2007-08-09 13:42:08

entah la bos aku bawak kat sungai buloh.. chiengmai restaurant.. nasib baik halal…

ouh 2 org aweks.. ingt couple.. hehe. bau harum.. ouh ade gak ye sane..

alamak die dah angkat dulu ke.. leks dulu sabar sabar.. tp jeles hahaha

(Comments wont nest below this level)
 
 
 
Gravatar Icon
Comment by kent
2007-08-08 10:53:11

mestilah syok sebab seafood fresh dari laut.harga pon jauh lebih murah dari seafood kat KL ni..cekik darah!
tak sabo nak tengok gambar makanan nii….mesti penuh satu meja tak hengat :D

Gravatar Icon
Comment by shutterspeaks
2007-08-08 20:25:51

sebenarnya, kalau sedap xpe mahal. ini dah le x sedap, layanan ntah apa2, mahal plaks tu. sakit hati je rasa time nak bayar tuh.

gambar makanan da sampai. tgklah nnt esok lusa muat naik hehehe

 
 
Gravatar Icon
Comment by abdfatah
2007-08-08 15:15:11

waaaaaaaaaaaaa…. ikan bakau fresh wooooooooooo…. meh sini laaa nak sedikit. mau makan laaa… ngeh3… bakau dengan api bara sumbat dengan sos berlada… wohoho…

Gravatar Icon
Comment by shutterspeaks
2007-08-08 20:28:52

bakau api bara? fuhhh.. tu lagi best… sebenarnya, lagi best kalau bakau sendiri kat tepi air terjun. tangkap ikan fresh2 dari sungai, lepas tu mandi air terjun… sejuk2 naik atas, perut pun lapau. makan… perghhhh…. sos berlada lagi pulak tuh.. perghh….

 
 
Gravatar Icon
Comment by azwanhadzree
2007-08-08 19:13:18

Seronok nampak kau pergi Melaka. Aku pun selalu ke sana dulu. Kira area aku lah tu wakaakakaka… form 4/5 di High School Melaka. On the way kau ke sana pun kawasan aku. Kat Seremban tu, selepas toll pertama, dan sebelum toll kedua (PD) belah kiri kau tu Bukit Chedang, aku membesar di situ ….

dan seperti biasa, gambar tuan punya diri takde. aku hanya kenal kau pada avatar gmail kau yang tak beberapa clear tu ….

Gravatar Icon
Comment by shutterspeaks
2007-08-08 20:51:18

sekali lepak2 dgn famili n member, lagipun makan ramai2 ni mmg lain sedapnya. ko orang sana ke . dekat jer arr nak balik kampung. ko selalu ke pegi sana? mesti jarang… selalu kalau tmpt sendiri mmg jarang ah nak pegi..

tu kat atas tu gambar aku jugak. yg dekat address bar tuh :-D aku da penah letak gamba aku sblm nih hehe. nak letak selalu, gial glemer namanya :-D

 
 
Gravatar Icon
Comment by abdfatah
2007-08-09 01:29:50

hahaaa… jangan makan ikan hidup2 dah laaa…. ada ke ikan idup2 dihidangkan untuk di makan. kesian sungguh melihatkan akan seksaan itu… kenapalah manusia sekejam itu? takder cara lain yang lebih thrill lagi ke nak makan akan ikan tersebut???

Gravatar Icon
Comment by shutterspeaks
2007-08-10 00:00:41

akhirnya dapat jugak aku online hari nih. erkkk… mestilah x makan idup2… imagine ko pergi camping ramai2, yg lelaki tangkap ikan, bila da tangkap kasi kat pompuan, pompuan masakkan, yg lelaki terjun sungai, perut lapo2, sejukk gedii,, kecut sana sini miahaha…. naik atas, makanan terhidang, ikan bakau dan nasi putih.. woohoooo…. yummyyyy sehh…

Gravatar Icon
Comment by abdfatah
2007-08-10 07:49:36

yoooo…. makan jangan tak makan. meh sini sepinggan laaa nak buka puasa laa…

(Comments wont nest below this level)
 
 
 
Gravatar Icon
Comment by nashrex
2007-08-09 03:21:32

aku x pnah sampai lg siot pengkalan balak ni… balik2 sampai nya kat serkam-pernu-umbai…. tu je laahh

Gravatar Icon
Comment by shutterspeaks
2007-08-10 00:06:18

pernu dgn umbai dekat kan? umbai da byk kali layan… lagipun yg dekat umbai tuh, yg org kata ok yg kedai muara klang punya, baik pergi klang, yg ujung sekali dkt tepi laut betul tu pun okes gak, next time leh try sini pulak… sodappp

 
 
Gravatar Icon
Comment by duez
2007-08-09 04:39:11

Setiap kali aku balik mesia,hari ketiga mesti ikan bakar kat umbai.Tempat lain aku tak tahu la plak..

Gravatar Icon
Comment by shutterspeaks
2007-08-10 00:12:57

banyak lg tmpt lain, yg pemes serkam, pernu dan umbai. di pengkalan balak sendiri pun, ada beberapa medan ikan bakar sebenarnya… janji sedapp… di jepun makan apa ya? sushi bakar ada tak? ehehehe

 
 
Gravatar Icon
Comment by chot
2007-08-09 11:04:18

aku pernah pergi tp itu dulu….makan ikan bakar di umbai ttp dlm kenangan….pasal aku pernah bawak awek uitm melaka yg aku baru kenal kat YM….

Gravatar Icon
Comment by kaSyah
2007-08-09 13:38:23

alamak baru kenal terus ke umbai.jauh ko turun bro..hehe

 
Gravatar Icon
Comment by shutterspeaks
2007-08-10 00:23:12

ekekeke…. apa kes minah tu? kenapa ko putus dengan dia? adakah mata dia tidak cukup bundar? dan awek uitm melaka itu aku kira bukanlah yattie nopiah bukan…

Gravatar Icon
Comment by kaSyah
2007-08-10 16:22:51

haha..yattie, yattie…. name ko disebut2 lak

(Comments wont nest below this level)
 
 
 
Gravatar Icon
Comment by zool
2007-08-09 15:21:37

Tahniah kerana singgah ke Pengkalan Balak…
He he he…
tapi memang baunya agak menusuk di waktu malam..
tak dinafikan lah oleh aku .. seorang anak Melaka…

Gravatar Icon
Comment by shutterspeaks
2007-08-10 00:25:37

keesokannya aku singgah di masjid tanah, rumah opismet yg sedang bercuti pantang, baru melahrkan anak, laki dia sound aku, kenapa pegi sana, orang dah tak pegi sana, tempat babi tu… huhuuuu…. sound direct.

Gravatar Icon
Comment by zool
2007-08-10 08:06:16

ha ha ha.. ko tak tanya aku…
lain kali kalau nak singgah Melaka kena tanya aku….

(Comments wont nest below this level)
 
 
 
Gravatar Icon
Comment by yattie
2007-08-09 19:11:02

waah..lawanye suma pic ko amik tuh!!
aku tak reti lagi nak amik yg cam ko tu..

aku harap je dok mlaka tp xpnah pun g mkn ikan bakau tu ;p

Gravatar Icon
Comment by shutterspeaks
2007-08-10 00:27:24

yattie,

suatu hari nanti, kau akan reti jua… jgn riso ;-) tu la ko, lowyat yg kat kl ni ko sampai, pengkalan balak 30 minit dari uitm tu ko x penah sampai :-p

 
 
Gravatar Icon
Comment by aria-ayumi
2007-08-09 23:47:50

oh my… very the cantek lah gambo yg kedua!! huhu kite penah makan2 kat pengkalan balak ms kat matrik dulu. paksu kite banje. :D

p/s-maap lah ye encik shutter. dh lame kite xtinggal jejak kat sini. huhu mohon ampun ye pak. :p

Gravatar Icon
Comment by shutterspeaks
2007-08-10 00:29:56

hai aria-ayumi ;-)

ekkk… cantik ekk? tq tq… gambo kerang bakar tuh cantik tak? cantik tu kerang tu, makan sodappp sedap gambar dia cantiklaa.. hingga menjilat jarikkss hehehe

errr… xyah mohon ampun pun xpe, pak cik baik, pak cik x marah punyerr :-p

 
 
Gravatar Icon
Comment by Minci
2007-08-10 01:04:28

birthday pakcik hari nih kan? 9hb kan? ker i silaps..
kalo yer.. slmt bday kpd pakcik.. moga bahgia di samping anak dan puteri tercinta… miahahaha

Gravatar Icon
Comment by shutterspeaks
2007-08-10 12:31:26

hehe.. pak cik pun pak ciklah…. yup, 987 is my 28th birthday… tq minci ;-)

 
 
Gravatar Icon
Comment by hadi
2007-08-10 19:47:17

wah… kena pegi nih.

 
Gravatar Icon
Comment by zool
2007-08-11 17:46:31

Pergi jangan tak pegi…
tapi kalau makan ikan bakar elok kat umbai, serkam. muara sg duyong…
banyak kat melaka nie.,.. klebang pun ok apa..
tapi kalau nak try kat pengkalan balak pun bleh gak…

 
Gravatar Icon
Comment by fajar
2007-08-16 23:15:04

sedapnya seafood! huhuhu.
kat UK susah nak jumpa - kalau ada, sangatlah mahal.

 
Gravatar Icon
Comment by fariuz
2007-11-05 12:00:39

sape nak kenal ngan aku call 012-3748567

 
Gravatar Icon
Comment by mila
2007-11-22 10:06:42

apa nama hotel yg u stay? ada no tepon dan add tak…teringin jugak…lebih2 lagi ke medan ikan bakar tu.

 
Gravatar Icon
2008-04-17 13:46:15

[...] forget to enjoy nice ikan bakar (grilled fish) if you are spending your holiday in Pangkalan Balak next [...]

 
Gravatar Icon
Comment by adeq68
2008-10-23 02:56:41

hari minggu ni nak ke Pengkalan Balak. Dah booking chalet, then last week ada kuar kat berita TV9, jumpa kepala ba alif ba ya dan isi perut sekali. Aku siap call tuan nyer chalet nak confirm. nak tahu juga apa nama kedai ikan bakar tu…???? masih ada lagi ke masalah bebau masam diwaktu malam……

 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
URI
Your Comment (smaller size | larger size)
You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> in your comment.
Close
E-mail It