Selamat hari jadi Nadiah. Nadiah skang dah pun berumur 2 tahun. Sedar tak sedar, rasa macam sekejap je dia dah 2 tahun. Sedar tak sedar, isteri pun bakal melahirkan adik kepada Nadiah tak lama lagi. Terlalu hampir sebenarnya, tunggu masa je nih. Dan aku pulak skang nih dekat Tanjung Malim, masih boleh outstation, masih boleh tinggalkan isteri balik kerja sendiri dalam keadaan perut yang tengah sarat tunggu masa jekk… Patut ke tak? Bersempena dengan hari jadi Nadiah, petang semalam bawa dia berjalan-jalan di Taman Metropolitan Kepong. Sampai dah agak lambat sebab aku asyik mengadap komputer dari pagi lagi, Projek UPSI ni dah dekat sangat tarikhnya. Punyalah suka dia tengak layang-layang, sibuk dia panggil pa n ma dia tunjuk layang-layang hehe… Sebenarnya, kemungkinan yang amat tinggi inilah kali terakhir kami keluar bertiga, sebab lepas nih dah berempat
Mak dia sempat jugak buat kek coklat untuk dia. Nak buat birthday party tak dapatlah tahun nih, mau terberanak mak dia nanti. Jadi kami sambut kami kami jelah. Lagipun hadiah untuk Nadiah tahun nih dah cukup besar, seorang adik. Malamnya kami makan besar, tapi biasalah yang makan banyaknya yang tua-tua nih, budak-budak makan sikit jerr.. tapi sikit-sikit nadiah pun, satu pinggan orang besar abes dia makan. Nasi putih semata. Lauk dia tak makan. Kadang bila letak kicap pun dia x mau makan. Minum susu pun kuat skang nih. Satu kotak susu 700++gm tuh tak sampai seminggu habis dia kerjakan. Tu malam je tuh, siang dia kat umah babysitter pulak. Malamnya dekat pukul 12 baru tdo. Tu pun jenuh nak tdokan, selagi tak tdo ada ajerlah aktiviti dia. Dari bagi makan ikan, “mengemas” rumah, membaca dan menconteng buku dan lain lagilah, yang mana ada anak kecik fahamlah.
Dipendekkan cerita, Selamat hari lahir Nadiah
Semoga terus membawa sinar kebahagiaan kepada ma dan pa.
Entri kali nih penuh dengan gambar Nadiah. Semuanya Mak dia yang edit, semuanya boleh tengok kat sini. Jemputlah tengok yerr… Gambar-gambar umur Nadiah dari 1 tahun satu bukan hingga 2 tahun, tapi aku tak susun ikut susunan.
p/s: da letak lightbox, tp macam tak berapa nak menjadi jer.. masalah betul 2.3.1 nih





wahh..happy birthday to ur daughter !! shes sooo cute !! hehe ^^
and notty ehehe… thanks
Happy Birthday Nadiah. Come-Come baju tu .. ha..ha.. anak pompuan ni kos tinggi gak ye … tapi janji happy
hang pun ada anak perempuan jugak kan… ekeke… tu la tu… boy pulak menan mahal2… baju boy pun bkn mrh skang nihh… da beli da kyosho utk anak ko?
Kyosho tu tunggu dulu, dia tengah seronok dengan PS tu ..
aku tau lah, tu sebab aku kata mahal. anak pompuan aku dua. lelaki ni, cari baju je yang cantik2, seluar beli yang murah la. tapi pompuan, takde pilihan .. kena ikut cakap mak dia.
wooi! bila nak bersalin in
kos tinggi…sebab kalau tengok baju yang come-come, mak yang exited nak beli…anak tak tau apa pun…maklumla…masa kekecik dulu tak dapat merasa…kotmerasa pun tak ingat daaa…
Tapi seronok sangat…kan…
Selamat hari lahir buat anak hang ya Hayat, hehe..Kali ni baru nampak muka tuan punya blog dalam gambar(Walaupun kita dah pernah bersua), hehehe…
terima kasih bat… ekekeke…. aku mmg x cdg nak letak, kendian candangnya pulak nak gelapkan mata tuh… tp xpe jelahhh.. mak dia da tayang pun huhuhuu
Apap yang saya tengok, ayahnya, macam bezday boy plak… Hahahhaha
hehe…
ayahnyer yang lebih-lebih tengok kamera dan tangan tu dah tak sabar nak potong kek…
ayyoo
Nadiah dear, happy buffday. dah 2 tahun dah. moga next year dapat kek yg lagi besar okay.
tgk muke papa die makin berseri je.
akakaka… aku makin berseri nak dpt anak lg sorang,,, ko plak?
aku nak dapat bini lagi sorang…hahaha
gatal gilosss…
wahahaha…gatal bersebab..
selamat hari jadi nadiah, yg kedua dah ek..nanti ada adik..boleh la main kemas2 rumah sama2..
ahahha… si budak kecik nih kaki buliii.. jgn dia buli adik dia udahh
hepi besday nadiah! dpt hadiah apa erk!? ehehe
dapat adik sorang ahahaha
happy birthday nadiah!! hehehe.. miss catwalk tu is so cute bro!!! hehe
cute and n0tty. aku sayang anak aku…
sape xsayang anak oi!! aku pon syg bini aku.. tp anak lom ade!! heheh
bangganya dpt ayah seperti kamu…ohhh…
epy besday nadiah!
Happy birthday Nadiah!!!!!!!
tengkiu juga kat sapa yang wat kek tuh ehehehe… kek cokelat milo
Nadiah, birthday gal. So cutee…
Happy birthday Nadiah!!!!!!!
thanks 13may
Yeah…dah dua tahun…Selamat Terus Menjalani Hidup Ini. Moga Dipanjangkan Umur Dan Murah Rezeki…semoga kasih sayang ma and pa tersemat di hati Nadia walaupun dia sering tak der…dan…agak memang teruk sebab tak der masa isteri dah sarat tunggu haari…tapi, benda dah tak leh nak elak…
moga baby lahir pada masa dan hari yang sesuai…masa ayah nadia ada bersama…
-itulah doa saya masa tunggu baby lahir dulu. yang penting masa yang sesuai, ada orang jaga Nadia dan bolehla temankan isteri masa bersalin… Insya Allah
ops-jangan lupa ikuti kisah penculikan anak guna ilmu sihir di blog saya…
yerla lightbox tu susah no nak setting… yang keluar open in new windows… am dah try dari wp2.1,2.2 n 2.3 jugak tak jadik..
bro… tak pasti lah bro nampak ke tak am komen ni… tak jumpa contact form kat blog ni…. am baru saja tag blog ni untuk satu entry yang boleh dilihat kat post terbaru diblog am… dan juga ada hadiah untuknya… kalau join…
happy birthday to u
happy birthday to u
happy birthday to nadiah
happy birthday to u
org kata budak dua thn dah kira masuk alam ‘Terrible Twos’. bersedialah yer.. and whoa.. meh aku ocngratulate kau awal2 atas ketibaan si cilik yg akan dtg..
oh.. satu lagi.. rajin yer cik nadiah main ‘kemas rumah’.. rasa mcm comel plak aktiviti tuh.. ntah2 nanti dia suka main iron baju plak
itula pasal.. kemas tumah tu..mesti bijak anak ko shutter!! hehehe
happy birthday nadiah, comeinya dia…ada byk iras org umh kolah bro,hehe..
aku sangat jeles ngan bro nih,huhu..bilala aku nak kawin ni,waaaaaaaa..
akupun nak ada anak gak,kekeke..
tapi dia masih blaja lagilah,huk huk..
bro, aku dulu kat UTM masuk tahun 99′ , duduk KSDS,hehee…:P
ooo, kira bro ni mmg seniorlah..:)
sbb 99 tu baru gi sana,hehe..koz besa2 je bro, yg depan N24 tu,hehe..
bro dulu koz pe lak? ada main sport tak?
slalu gak main bola petang2 kat belakang sekolah agama dalam UTM tu,hehe..
dulu aku pelapes skjp tp brenti sbb ganggu study,hahaha..*alasan..
Happy birthday to your daughter tuh.. Syioknya..
life father like dother. moka nadiah memang ikut moka kamo. nama nadiah nak sama dengan nama kite. huhu. dia bakal jadik anak ayah sampai ke beso lah nampaknya. kui3. happy belated burfday nadiah
satu lg, org kata anak pempuan sulung yg banyak ikut jejak ayah dia, biasanya bwk tuah dan bertuah mcm kite
Selamat Hari Jadi ..
muda lagi ye baru 2 tahun..
Happy birthday to Nadiah, ni aku nak tujukan lagu khas daripada The Click Five -Happy Birthday
Download
whaaaaaaaaaaaaaaaaaaa…. hepi bestday laaa…. moga ceria dan gumbira sentiasa… selamat hari lahir dan moga murah rezeki selalu…
p/s : lama jugak tak terjenguk blog ini… kesibukan semakin melanda menjelang 2008… hahha…
Alah seronoknya kalau dapat sambut besday ngan abah cam tu… Huhuhuuhu
ai shutterspeaks……saje je pose kat sini…boleh kan…..