post separator

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak

Ramadhan

Selamat menyambut ramadhan al-mubarak buat semua muslimin dan muslimat. Syukur alhamdulillah, umur kita dipanjangkan untuk terus menikmati bulan Ramadhan yang penuh berkat pada tahun ini. Saya ingin memohon ampun dan maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki atas segala salah dan silap saya selama ini.

Fadhilat Menunaikan Solat Terawikh Sepanjang Ramadhan
diriwayatkan oleh saiyidina Ali (r.a) daripada Rasulullah s.a.w., sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat nabi s.a.w. tentang fadhilat (kelebihan) sembahyang sunat terawikh pada bulan ramadhan:

malam 1:
keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.

malam 2:
diampunkan dosa dosa orang mukmin yang solat terawikh serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman).

malam 3:
berseru malaikat di bawah ‘Arasy supaya kami meneruskan solat terawikh terus menerus. `semoga Allah mengampunkan dosa engkau.’

malam 4:
memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang orang yang membaca kitab kitab taurat, zabur, injil dan al Quran.

malam 5:
Allah kurniakan baginya pahala orang-orang yang bersembahyang di masjidilharam, masjid madinah dan masjid aqsa.

malam 6:
Allah kurniakan pahala kepadanya pahala malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur (70 ribu malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang tarawih pada malam ini

malam 7:
seolah-olah ia mendapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong nNabi ‘Alaihissalam menentang musuh ketatnya fir’aun dan hamman.

malam 8:
Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawikh sepertimana yang telah dikurniakan kepada nabi Allah Ibrahim “Alaihissalam.

malam 9:
Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti nabi Muhammad s.a.w.

malam 10:
Allah subhanahuwata’ala mengurniakan kepadanya kebaikan didunia dan di akhirat.

malam 11:
keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baru dilahirkan.

malam 12:
datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).

malam 13:
datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.

malam 14:
datang malaikat menyaksikan ia bersembayang terawikh, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.

malam 15:
semua malaikat yang menanggung ‘Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

malam 16:
Allah Subhanahuwata’ala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

malam 17:
Allah kurniakan orang yang berterawikh pahalanya pada malam ini sebanyak pahala para nabi.

malam 18:
seru malaikat: hai hamba Allah! sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati).

malam 19:
Allah Subhanahuwata’ala tinggikan darjatnya didalam syurga firdaus.

malam 20:
Allah kurniakan kepadanya pahala sekian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.

malam 21:
Allah binakan sebuah istana dalam syurga daripada nur.

malam 22:datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru-hara di padang mahsyar).

malam 23:
Allah Subhanahuwata’ala binakan kepadanya sebuah bandar didlam syurga daripada nur.

malam 24:
Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawikh malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud).

malam 25:
Allah Taala angkatkan daripadanya siksa kubur.

malam 26:
Allah kurniakan kepada orang berterawikh pahala pada malam ini seumpama 40 tahun beribadat.

malam 27:
Allah kurniakan orang berterawikh pada malam ini ketangkasan melintas atas titian sirotulmustaqim seperti kilat menyambar

malam 28:
Allah Subhanahuwata’ala kurniakan kepadanya 1000 darjat diakhirat

malam 29:
Allah Subhanahuwata’ala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.

malam 30:
Allah Subhanahuwata’ala beri penghormatan kepada orang berterawikh pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman: “wahai hambaku: makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan didalam syurga, dan mandilah engkau daripada air syurga yang bernama salsabila, serta minumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama ‘al-Kauthar’”

sumber: lovelynadiah

Kemaskini: Sila abaikan fadilat tersebut kerana wujud keraguan mengenai kesahihannya. Apapun, bak kata alim ulama. kita berbuat janganlah kerana pahala. Seperti, malam ini aku nak ke terawih lah, dapat 1000 darjat. contohnya. wallahualam.

RSS feed | Trackback URI

27 Comments »

Gravatar Icon
Trackback by MEGAT
2007-09-12 14:50:22

Selamat Berpuasa…

seribu senyuman, belum tentu menawan hati
satu jelingan sudah cukup, menimbulkan rasa benci
membina mengambil masa, meruntuh sekelip masa

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak
Semoga Ramadhan membawa keberkatan kepada semua dan mengukuhkan ukhwa…

 
Gravatar Icon
Comment by minci
2007-09-12 15:29:20

selamat menyambut bulan Ramadhan kepada seluruh ahli keluarga Shutterspeaks..

 
Gravatar Icon
Comment by apple
2007-09-12 15:42:52

hehe masuk blog shutter……….selamat puase…………

Gravatar Icon
Comment by mixterr
2007-09-13 22:47:24

Apple ade sini la…

Salam Ramadhan Shutter..

 
 
Gravatar Icon
Comment by Bat
2007-09-12 21:49:15

Selamat menyambut Ramadhan bro, aku nak minta maaf kalau ada salah dan silap..

 
Gravatar Icon
Comment by kucau
2007-09-12 23:56:22

salam ramadhan , semoga ko dan aku tak tinggal terawih walau satu mlm tahun nie. hehe

Gravatar Icon
Comment by azwanhadzree
2007-09-13 13:02:01

Selamat berpuasa pada tuan tanah dan juga pengunjung. and kepada Kucau, banyak-banyak berdoa minta ampun masa terawih tu :)

Gravatar Icon
Comment by kucau
2007-09-15 22:25:13

hhaah azwan aku buat bende tuh berniat utk ko . ko kene mintak ampun gak theheh

(Comments wont nest below this level)
Gravatar Icon
Comment by azwanhadzree
2007-09-15 22:35:29

wooo! mana ada aku terlibat …

 
 
 
 
Gravatar Icon
Comment by chot
2007-09-13 13:22:08

fadhilat solat tarawih tu pernah jadi persoalan…hadith shahih atau tidak. wallahuaklam.

Gravatar Icon
Comment by shutterspeaks
2007-09-13 15:51:49

hurrmmm.. tulah, macam ada dengar jugakkk… patutkah aku tanggalkan aja?

 
 
Gravatar Icon
Comment by shutterspeaks
2007-09-13 15:53:15

terima kasih semua,

selamat berbuka puasa ptg nanti ;-)

 
Gravatar Icon
Comment by adila
2007-09-13 17:25:16

selamat puasa…ampun dan maaf andai tersalah kata sepanjang perkenaan di alam maya ini…
selamat berbuka…petang ni masak bihun sup…
terasa lambat masa berlalu…nasib baik baby sporting dan faham.. :)

 
Gravatar Icon
Comment by zool
2007-09-13 19:50:32

SELAMAT BERPUASA ..
Semoga kita diberikan kekuatan untuk menunaikan ibadah dengan jayanya..
AMIN..

 
Gravatar Icon
2007-09-13 20:20:37

[...] Sambil itu anda boleh melihat fadhilat tarawih yang dikongsikan di blog shutterspeaks..Sekian.. [...]

 
Gravatar Icon
Comment by Jie
2007-09-13 21:24:28

Salam Ramadhan

semoga kita mendapat puasa yang berkat.

 
Gravatar Icon
Comment by Afzai Afandi
2007-09-13 23:30:07

Salam ramadhan dan Selamat menjalani ibadah puasa.

Kali pertama aku kemari melalui blog zool :)

Berkenaan fadhilat tarawih ni, memang dah lama isunya. Baru2 ini ada dikeluarkan dalam akhbar dan rujuk pandai agama mengatakan ianya memang hadis x sahih.Deme juga meminta umat Islam ambil serius denagn benda ini agar tidak terkeliru..wallahua’lam.

 
Gravatar Icon
Comment by Irdzra
2007-09-14 07:09:42

salam ramadhan :)

 
Gravatar Icon
Comment by ah kim
2007-09-14 09:50:33

Salam.

Salam Ramadhan.

Kasi wa nyalan lulu la ho! Telima kasih laun kelali.

 
Gravatar Icon
Comment by Azhar Ahmad
2007-09-14 14:42:58

Ha’a dah lama dah isu ini. Jakim dah kata tu tak boleh ikut…

 
Gravatar Icon
Comment by PrinceJustice
2007-09-14 16:59:33

Selamat Bertarawih, Selamat Berpuasa, Selamat Beribadah. =)

 
Gravatar Icon
Comment by kaSyah
2007-09-15 13:51:56

Salam Ramadhan bro..
semoga makin murah rezeki

 
Gravatar Icon
Comment by Irdzra
2007-09-15 15:59:24

hehey..yea..its been a while since i was online..busy bangat..hoho..anyway..i’ll be doing the lights as my side project..mebbe will start after my sem break since now very the busy..haha :P i’ll take a pic and post it em..kalo nak..boleh beli..hahaha :P

 
Gravatar Icon
Comment by shutterspeaks
2007-09-15 20:12:48

dah buka posa dah… okeh skang korang leh korek idung wakakakakak…

 
Gravatar Icon
Comment by zuhairy
2007-09-16 00:51:11

salam ramadhan El-mubarak…
semoga beroleh rahmah dan makfirah dari-Nya…

 
Gravatar Icon
Comment by zool
2007-09-16 11:38:03

Takpelah.. yang penting kerana lakukan terawih kerana ianya merupakan ibadah…
Yang layak memberi hanya ALlah sahaja…
Semoga kita mendapat keberkatan dariNya..
AMIN..

 
Gravatar Icon
Comment by Qaiyum
2007-09-16 22:14:48

Selamat Menjalani Ibadah Puasa Semua. Semoga Tiada Halangan Dalam Menunaikan Ibadah Ini Hendaknya. InsyaAllah..

 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
URI
Your Comment (smaller size | larger size)
You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> in your comment.
Close
E-mail It