Pembukaan entri Rumpun aku ada cakap yang aku dah habiskan dua kotak tisu. Ia tidak berakhir di situ sahaja. Walaupun malam itu Malaysia menang besar, sistem imun badan aku tewas teruk kepada virus. Aku demam teruk, dan keesokan paginya menjadi lebih teruk. Aku tido sepanjang pagi, tido yang dipaksa oleh badan aku. Aku langsung tak daya nak bangun, kalau aku bangun dan ubah kedudukan, pasti terus terlena.Setiap kali aku jaga, sakit kepala aku akan digandakan. Jika di dalam lena aku tidak terasa sakit tidak mengapa, ini tidak, aku tidak lena sepenuhnya. Otak aku masih mentafsirkan kesakitan yang aku alami, berpinar dan rasa berat sekali. Dengan mulut aku meracau meminta tolong. Terasa macam budak kecik pulak. Dah lama rasanya tak demam teruk macam ni. Tahun ini aku boleh dikatakan sering jatuh sakit. Jika dibandingkan dengan zaman awal aku kerja, memang boleh dikatakan langsung tidak pernah ambil cuti sakit
Masuk pukul satu, aku dah tak sanggup nak terus terbaring kat atas katil, aku paksakan jugak bangun dan gagah ke bilik mandi. Sebenarnya, malamnya kami akan bergerak ke Langkawi, percutian yang telah dirancang dari hujung tahun lepas dan segala tempah telahpun dibuat sejak 2 bulan yang lepas. Kebetulan pula rezeki kami, awal minggunya ada orang nak menyewa rumah dan nak masuk rumah tu pada 1 September. Di sebabkan malamnya kami hendak bertolak ke Langkawi, segala persiapan rumah tersebut perlu dilakukan pada hari ni jugak. Wife aku cakap dia boleh setelkan sendiri, tapi suami mana yang sampai hati. Dengan perut 7 bulan kehulu kehilir naik pengangkutan awam. Nak ke Shah Alam dari Cheras bukannya senang. Dah tu pula banyak urusan yang perlu disetelkan. Atas dasar itu juga, aku telan 2 biji panadol activeslow yang dibelikan oleh faizal, masuk kereta dan hidupkan enjin. Dengan badan masih menggeletar dan nafas yang pendek-pendek, aku bergerak ke shah alam. Tidak cukup dengan panadol, aku beli jugak sebotol 100+. Rumah itu memang hendak disewakan, jadi kami tak pasang lampu dan grill selagi tak ada orang menyewa, cuma bila dah dapat nih, notis nya pendek sangatlah pulak, apapun itu rezki dan syukur alhamdulillah ada juga yang nak menyewa. Selesai urusan rumah, balik ke rumah, dengan harapan sampai awal, boleh rehat-rehat dahulu sebelum bertolak. Meleset. Jalam jam teruk, sampai rumah dah lebih pukul lapan, tiket keretapi jam 9:30. Kelam kabut kemas barang yang belum di kemas, nasib baik separuh dah dikemas pada malam sebelumnya, masuk dalam bag, tunggu faizal sampai dan terus memecut ke KLSentral. Secara logiknya, kami telahpun terlepas keretapi tersebut. Cuma nasib baik, dengan keretapi, boleh naik dimana-mana stesen pun asalkan keretapi yang sama, kami terus ke stesen Sg Buluh dan tunggu di sana. Hasil dari kelam kabut tersebut, aku tertinggal aku punya notebook, handphone charger, PDA charger, in-car charger untuk PDA dan juga PDA holder. PDA tuh penting utk GPS di sana nanti, adehhhh. Lebih kurang jam 9:37 keretapi Senandung Langkawi pun sampai, kami naik ke koc R3 dan berjalan di dalam gerabak menuju ke koc S1 katil nombor 30 dan 32. Sampai sahaja di katil, aku terus baring, menyambung tidor demam aku, sampai pagi.
Atas sebab itulah juga, aku gagal untuk mengemaskini laman ini dan juga membalas komen-komen kalian apatah lagi menziarahi laman-laman kalian. Aku masih lagi demam, Nadiah telahpun sembuh, Maknya baru nak mula demam malam tadi. Moga-moga kami cepat sembut.






bro, viral fever mmg mcm nie , sakit badan, x larat , sakit kepala. contrary to popular believe , is there any magic cure? non. most viral fever will run it course and the panadol or whatever brand of paracetamol will taper down the fever for usually 6 hours. thats why u have to take 1 gm of paracetamol ( whatever brand ) for 4 times a day. BUT , since ur staying in KL better checkout for any sign of dengue fever. moga cepat sembuh . sakit nie menghapus dosa2 kecil
ermm GPS , cool . aku kalau kat kl tak bawak gps aku mmg sesat . hahaha ko pakai mapking ker garmin que? aku skang dah suker pakai mapking la plak , tapi data still malsingmaps nyer . cuma problem mapking nie speedtrap dier bunyi tak sampai 50 metre dari kemera, dahlahtuh kata 300 metre speed camera in front , bunguk
thanks doc, finally i know what’s my fever called, viral fever… sound scary :-& sure kena blood test punya.
oh, aku nyer GPS x se-cool GPS ko… aku pakai Garmin Que. Map macam biasalah, malsingmaps… aku sempat jugak pakai masa kat langkawi tuh, cukuplah untuk aku faham jalan2 kat sana, cuma handheld jer lah, tak bawak holder dia. tak pernah try mapking, tp nampak macam best sbb dia ala2 3D kan. Buat masa nih, aku stick dgn garmin dulu, cuma kadang2 gpsproxy tuh slow… utk dpt 3D fix amik masa kadang sampai 7-8 minit. 300 meter baru nak warn? sempat lambai kat abang polis tuh jer la hehehe…
Sabar bro.. tenang kan hati..
doa banyak2 insyaallah kesihatan akan datang semula…
Semoga cepat sihat untuk bertandang ke blog aku..
huhuhuh
kadang2 nafas tercungap2 teringat orang yg ada asma, kesian dorang eh… zool, ko ada dtg x rumpun hr tuh? macam nampak bayang ko…
aku pernah dulu macam ni. deman, baik, demam, baik for 2 weeks. bukan denggi, bukan malaria .. memang sah kena viral fever. So lepaklah aku kat hospital klang 7 hari. Kita hanya deman, duduk dengan orang yang hampir mati pun ada .. insaf betul masa tu. Especially masa mlm pertama, aku duk kelas 2, kelas 1 takde kosong. that very night ada orang meninggal .. haru.
aku sebenarnya masih tak faham apa kebendanya viral fever nih… yg aku tahu aku kejap sejuk kejap panas, kejap nafas pendek2 cam lelah, kejap selsema kejap tak… penin…
erkk…. mmg menginsafkan betul kejadian ko tuh…. aku harap ko insaf sampai skang lah :-p
aku pun harapkan begitu
Yo Bro.. (ewah.. nk ber’bro’ jugak mcm org lain)
ok ok sambung..
Yo Bro.. mcm tuhlah demam.. asam garam kehidupan. tkper.. dgrlah kata2 Kucau.. nanti lama2 oklah tuh.. blog boleh kemaskini lain hari.. komen boleh dibalas dini hari.. biarlah kitorg jer yg bloghop ke shutterspeaks.Com ini..
*HOP-ping2, lompat2 mcm rabbit..toing toing toing*
thanks minci, minci lompat cam rabbit :-p minci update ler blog ko selalu, skang dah larat nak online. tak byk blogger update dorang nyer blog lately, nasib baik ko masih cekal menulis hehehe… kalau x boring dohhh..
get well soon bro! (nak ikot org lain gak)
thank sis
ko nih best btol, happy go lucky ajerr…
nk ikut juga boleh!? semoga sihat sekeluarga bro!
itu adalah perkara menarik bila hidup bekeluarga, semuanya dihadapi bersama. ‘kahwin’ - kongsi/perkongsian, maksudnya apa segala perkara hendaklah dikongsi atau berkongsi.
betul tuh. ko dah kawen megat? da kawen nih best, dah dapat lagi best… bg yg blom berkawen atas alasan kewangan blom kukuh, kawenlah… nnt da kawen ada rezekinya… da dpt anak, anak pulak rezki anak2….
thanks… insyaAllah, ptg nih g cari doktor… boss dah bising hehe
sempat ko amik gambar gerabak tu erkk.. aku doakan ko semoga cepat sembuh…
gambar gerabak tu aku amik pagi esoknya rasa, bini aku kejutt.. dia kata dah lama sangat tdo, takut nanti lagi pening kepala…
thanks mixterr
Owhhh gitu, saya pun sama… Tidur tak nyenyak, kepala dok sakit je nih…. Macam ada benda kat ubun-ubun…. Humm….
nampaknya ko betul2 sakit la ni..smpaikan imej gmbar pun blur je…heheh
dalam gerabak mesti la goyang goyang bang..hehehhe
Bro, kalo aku ada kat kl, memang aku dah volunteer tlg ko pape yg patut. bukannya jauh sgt.
demam2 ni aku harap xganggu ur vacation okay. semoga banyak gambar menarik di langkawi ko akan upload nanti.
ps- nak gambar nadiah…hohoho
kasyah,
sungguh murni niatmu itu hehehe… bagus ko nih, kalau aku ada kawan, aku dah calonkan ko jadik suami mithali ekekeke….
ermm… vacation tuh da lps. demam jugak kat sana tuh, tp nasib baik sehari jer terukk.. kalau x naya jugak…
gambar nadiah? hang nak wat apa? tunggu okehhh…
tak jumper doctor lagi ker? keciannyer.. get well soon! ssh la if dua2 mak ayah cakit. hihi. tke cre! =)
ehehe.. skang nih dah x yah g jumpa la. dah baik dah pun xP
Get well soon!
thanks nur amirah shaharom
dah sihat dah saya…
Betul tu, kesihatan adalah penting. Semoga sihat dan ceria, banyakkan berdoa.
yupp.. kesihatan mmg penting… aku setuju sangat2 tuhh… thanks draxter
huhu.. ni lawatan pertama aku ke sini.. nice n awesome.. hehe.. kalo free aku singgah lg.. improve ur work or just keep up the good ones!
thanks pluginbaby, insyallah… and singgah2 lah selalu yerr
Langkawi…last time aku gi berdua ngan akak aku. masa tu akak aku baru lps spm. duduk kat rumah pakcik aku.bini die org siam n memang terrer masak tomyam n sayur2 yg sedap2. xsempat nak belajar..hari2 gi keluar…
malangnya gmbr2 yg diambil masa kat langkawi xboleh nak dicuci..aku xtahu la apa probnye..
kasyah,
uh mmg best langkawi nih… kami dah rancang pun nak pegi lagi sekali tahun depan hehehe… walaupun kecik jer, tp banyak tempat yg boleh pegi…
xleh cuci? apakah kesnya?
Btul La Bro. Balik Dari Rumpun Tu Aku Pon Trus Dmam. Merdeka Aku Di Atas Tilam. Best Btul! Hahaha.. Sampai Sekarang Batuk Tak Ilang Lagi. Tapi Kekal Cargas.. Slamat Bercuti.
mana gamabr langkawi dude!!!
ada², di entri² akan datang insyaAllah hehehe… stay tune dude
dah sihat kan, Langkawi mcm mana?
Sy pernah rancang mcm tu ke langkawi 2thn dulu, dgn keretapi juga tapi sy ambil time balik. Pergi dgn Airasia, kat sana sewa kereta….balik dr pulau dgn bot sampai Kuala Perlis, Dari Arau naik keretapi…seronok tau…semua jenis pengangkutan rasa dan anak² puas!