Rumpun 2007 telah pun berakhir dengan pelbagai reaksi yang berbeza-beza dari semua hadirin dan dif-dif jemputan yang hadir. Malah, tak keterlaluan kalau nak kata dah sejuk dah cerita nih, aku aja yang lambat hehe, sejak habis tu aku memang sibuk, hari ni pula sebenarnya aku dah macam nak demam, dah masuk 2 kotak tisu aku kerjakan, srott, srettt… Berbalik kepada rumpun, ada yang gembira dan kurang juga yang mengutarakan idea-idea bernas untuk peningkatan taraf majlis ini pada masa-masa akan datang. Bagi aku, aku gembira dapat jumpa rakan-rakan yang selama ni hanya kenal dengan lawatan dan komen-komen di blog masing-masing, walaupun rasanya patut boleh kenal lagi ramai. Entri aku kali ni panjangggg, termasuklah skrin shot rekaan asal PCMalaya, kalau korang masih belum termuntah baca tentang Rumpun, teruskanlah bacaan anda :-p
Sedari mula Rumpun dicanangkan oleh Sdr Mohd Ismail, aku tak pernah beri komitmen untuk pergi. Malah komen aku di laman rasmi Rumpun juga telah dipadam, mungkin kerana tidak sesuai dengan tajuk entri tersebut iaitu untuk orang-orang yang mahu pergi. Sehingga minit-minit terakhir, aku masih belum sahkan kehadiran aku. Rata-rata yang bertanya aku akan jawab, “Jikalau diizinkan tuhan dan ada rezeki, aku akan sampai”. Pagi sabtu, hari yang dinanti-nantikan, aku masih sama, 50-50, namun tergerak hati untuk bawa router, mungkin ada gunanya nanti.
Hari sabtu tu aku kerja, Nadiah juga. Di pejabat aku ada bersembang dengan MiKi berkenaan dengan rumpun, hati masih berbelah bagi. Aku tidak boleh beri komitmen kerana banyak perkara perlu diselesaikan pada hari tersebut, maknya Nadiah hanya habis kerja pada pukul 3:30 petang, kemudiannya nak kena ke klinik untuk periksa kandungan adik Nadiah, kemudiannya nak kena ke kedai barangan Kek di Taman Melati sebelum pukul 6. Seingat aku, aku cakap kat MiKi, tengoklah, kalau aku muncul, aku muncullah. Petang lepas makan bersama MiKi dan aweknya bersama lagi 2 orang rakan opis, aku tunggu Mak Nadiah dan terus ke Taman Melati, dah tak sempat pun nak ke Klinik. Selepas selesai Mak Nadiah beli barangan keknya, masih berbelah pagi, Nadiah dah penat, tido dalam kereta, Mak Nadiah pun sama. Tergerak hati untuk SMS Mael, bertanyakan adakah dia memerlukan internet. Dia cakap ya, dan atas dasar bidan terjun penyedia sambungan internet, aku memecut ke Pelita Nasi Kandar KLCC. Kalau Mael balas, tidak perlu, aku pasti tidak sampai pun.
Sampai-sampai sahaja di sana, lengang, macam biasa suasana, tempat letak kereta pun senang je aku dapat. Salah tempat ke? Tepon MiKi, MiKi cakap dekat atas. Naik atas, aku nampak MiKi, Bat, Mael, Azraii, Omar, dalam kelam kabut aku nak pasang router, aku dengar orang panggil aku, Azwan
Dalam hati, oh, rambut dia memang putih. Terus aku masuk surau, pasang router, boleh sambung internet terus Mael teruskan dengan pengenalan PCM. Barulah aku boleh duduk kejap, usyar-usyar orang yg hadir, jumpa Pak Cik Azwan, Dr Azhar, Chot, Nazri Flavert, Iced Nyior, Mixterr (lagi sekali aku nak hebahkan, Mixterr ni tgh bujang trang-tang-tang yang ensem, baik korang cepat-cepat book dia :-p) dan lain-lain lagi, kalau ada masa pasti dapat kenal lebih ramai lagi. Aku cari-cari juga Minci Yazumin, Wawa, Jet, Kasyah, Fahmishah, Zool, Kucau, AbdFatah, Shahdila (aku hampir silap orang), Fasha Sandha, Jessica Alba dan lain-lain, tak ada. Mungkin mereka sibuk ataupun jet peribadi mereka sedang diservis :-p Aku tak makan pun Mee goreng mamak tuh, ambilkan untuk Nadiah aja. Gambar pun tak banyak aku dapat ambil, aku sampai hari dah gelap, dengan ketiadaan flashgun yang power, gambar akan gelap, ataupun goyang. Tak apalah, chot ada hehehe.
Sebagai orang yang paling lambat hadir, aku juga yang paling lambat balik, aku tengok ada beberapa cawan penuh dengan butang advertlets, satu sebelum tu aku dah masukkan dalam beg mixterr hehe. Aku ambil satu cawan untuk aku, ada dalam 10 keping, jadi kepada sesiapa yang tak dapat, bagi tahu aku, nanti aku kasik. Turun bawah, Mael dan MiKi bersama tunangannya bergerak ke KLCC, aku dan anak isteri pulang ke rumah.
Sebagai penutupnya, aku jawab tag dari Dr Azhar:
1. Apakah impresi awal anda sebaik sahaja melangkah masuk ke tingkat atas Restoran Pelita Nasi Kandar KLCC?
Owh, ramainya orang. Aku dah lambat, baik cepat-cepat setup router.
2. Adakah suasana gathering seperti yang anda sangkakan sebelum ini?
Tidak.
3. Peserta gathering manakah yang paling ketara kehadiran kepada anda?
Pak Cik, dia mula-mula jerit nama aku masa aku naik.
4. Perkara / acara apakah yang paling anda berpuashati sepanjang gathering ini.
Dapat jumpa kawan-kawan yang sebelum jumpa online ja, antara yang paling lama Dr Azhar sendiri. Kejap sangat bersembang dengan Dr, tup-tup dah hilang.
5. Apakah cadangan perubahan bagi memantapkan RUMPUN tahun hadapan?
Setiap para hadirin yang hadir akan diberi kredit RM50.00 oleh advertlets :-p
6. Perkara yang hendak anda sumbangkan kepada RUMPUN untuk gathering akan datang?
Router lagi :-p
7. Adakah anda ada gambar-gambar menarik yang ditangkap sepanjang gathering? Tampal di sini atau tunjukkan kami fotoblog anda.
Ada, “banyak”, tapi semua tak lawa, baiklah tengok yang orang lain punya. Maaf Bat, aku lambat, tak banyak gambar yang ada hehe, Masa aku taip entri ni pun, aku tertinggal CF card aku kat umah :-(. Koranglah tengoklah gambar2 disini:
- Advertlets.com - Terima Kasih Kerana Menjayakan Rumpun 2007
- ChronoSight - Rumpun 2007 Aftermath
- MohdIsmail.com - Rumpun 2007: Rangkuman Pantas
- InfoMalaya - Rumpun 2007 Berjalan Lancar
- IcedNyior - Rumpun Gath
- Vangardx - Rumpun 2007 Gathering Blogger Melayu
- Nazri - RUMPUN ‘07 Malay Bloggers Gathering
- Noorizamshah - Himpunan Rumpun’07, projek PCMalaya.com dan Sponsor dari Advertlets.com
- Farid Zenon - Farid Zenon dan RUMPUN 07
- Hafreze.com - Advertlets - Rumpun 2007
- Mixterr - Thanks to Rumpun’07
- MiraKunira - Rumpun 2007
- OmarBahrin - Imbasan Rumpun ‘07
- Chot - Rumpun Hebat!
- Chot - Flickr Photos
- Ro.botys.com - Rumpun07 dan buah Tangan yg Terlewat
- Azhar Ahmad - Oh… Siapalah Saya Untuk Dikenali
- AzwanHazree - Rumpun 2007 At Pelita (Tagged as Kenangan Malam Pertama :-P)
- Qaiyum - Rumpun ‘07
- [MADzone] - [news] Gathering Rumpun 07|Feedback.







erm..kami mcm mati akal bila router omar habis bateri..dan paling lawak plug yg digunakan utk charge rupanya rosak..sedikit hampa..
nasib baik ada mr shutterspeaks, mcm hero pada hari tu menyelamatkan keadaan. Aku juga dtg membawa laptop spt yg dinasihatkan oleh mael. Bernasib baik laptop tu tak meragam pada hari tu..
memandangkan tidak dpt berkenalan hari tu..aku ialah catz, hawa memakai baju hitam berlogo coca-cola.
hi catzer,
korang pakai router apa dude pakai bateri? aku sukakan idea mobility seperti ini. aku nampak hang hari tu. tp tak sangka la pulak yang tu tuan rumah catzer hehehe…
disebabkan aku dah baca sampai habis, aku rasa sms dari ismail tu alasan kau je. mesti kau kata kat bini,
p/s tag kau tu patut untuk post yang latest, yang penuh gambar tu .. ha..ha. and btw, search results for kenangan malam pertama baru 253,000 …
yeah azwan…pandai bijak benor baca pikiran shutterspeak… tergelak saya baca komen azwan ni…
lambat sungguh aku reply hahah…. janji sampai beb… dapat jugak jumpa hangpa semua…
next time gathering pasti aku akan join…
hohohoho.. ada pingback dari blog shutterspeaks.com .. sori sori.. aku tak kenal muka.. tapi bila dah balik dari gath.. tengok je nama ID dan blog.. baru tahu siapa dia!! selamat berkenalan semua!!
selamat berkenalan juga norizam shah, memang tak sempat nak berkenalan, sampai pun lambat, takpalah lanjutan dari tu kita masih boleh kenal2.
en shutterspeaks mencari aku kah? haha. sorry la bro. next year kalo ada rumpun lagi aku dtg kot. tp diaorg kena la buat btol2 masa summer. hoho. tgh cuti plak masa tu kan. aku mgkn akn blk cuti summer akn dtg nih.
diri ku pun turut di cari???
erk..tersilap dengan sapa yer agaknya???
ni yang buat makin terasa rugi nih…
harap tahun depan dapat join…teringin nak kenal dengan semua nih…
masa tu saya dah ada 2 baby dah….
yupp adila, ada satu perempuan nih dengan anaknya, ingatkan adila hehe.. sekali hariz lahh.. blogger paling muda.
okeh wawa, kita jumpa tahun depan :-p
Statement salah tu, bakal tunangan. LOL
miahaha… aku pun tatau, in my mind, she’s already your fiance huhuuu….
Ahahaha..takpa, nanti kalau free, emelkan aku gambar tu tau..lambat skit pun takpa.. ^_^ Kau sangka Fasha Sandha pun datang ya? Aku pun dah lama tak jumpa dia, dulu aku satu kelas ngan dia masa sekolah dulu, hehe..
InsyaAllah akan diperbaiki lagi Rumpun yang akan datang.. ^_^
dude,
seriously ko satu kelas dengan fasha sandha? fewittt… meh la sini gamba2 zaman dia sekolah dulu hehehe…. minah tu nyeksa jer skang nih…
aku nak bersalin laa shutter . sebab tuh tak gi. takpe next yr aku gi
kucau,
ko nak besalin? tak faham.. ko bukan laki ke?
alala…rugi aku tak datang rumpun..boleh jumpa nadiah…kawaiii….
wei ko ni.. agak agak la bai..kenekan aku mcm tu.. sedih tol.. hehhee ..adakah aku lelaki murahan.. hahaha
ko demam ke tak.. aku pon pening ngn sakit tekak nie…
mixterr,
i’m telling the truth ok :-p malu2 pulak wakakakaka,,,,,
aku demam teruk siyulll.. dan masih lagi demam
ko da ok lom?
itulah.. aku dah cakap dah.. jet peribadi aku mmg tak abis servis lagi.. ahaha.. tunggulah nanti aku balik Msia.. ada rezki jumpa kat Rumpun di alin tahun ..
dan Ya!
kredit itu cadangan yg baik.. kah kah kah
minci,
agak2 tahun depan kalau ko datang, ko akan datang seorang ataupun berdua :-p jet peribadi kau insan bernama jet kah miahahaha
hahaha…elo shuterspeak….aku tak kenal ko memula tu…skrg da kenal…ahaha… tq aa kerana menyelamatkan keadaan…bateri router aku abes sbb catz main internet sblm tuh…ahaha….
plug tu sebenarnya cari pasal…aku igtkn da charge abes….:P
tu la ko, aku tanya ko sapa omarbahrin…. rupanya edt hehehe…. ko pakai router apa?
oh lupa nk ckp… kalau ada badge advertlet lebih.. simpanlah satu utk aku.. ha ha.. nanti bila aku balik Msia aku ambik…
kalo ada lebihlah, ogeh? hihi..trimass
nak ker.. aku pon ade lebih.. si Shutterspeaks leh plak bukak zip beg aku dan masukkan badge tu… hehehe
weh. aku pon nak gak. pe kate ko pos kat aku? err.. kos penghantaran kira halal la. haha.
aku pun nak gak..nak gak
nak la satu…
kalau free dan ada masa boleh la tolong pos …
kalau tak menyusahkan…
nanti saya bayar kosnya…
teringin nak ada gak macam orang lain…
hahaha… sapa nak badge mintak kat mixterr, banyak aku letak dalam bag dia
naper lepas rumpun tu shutterspeaks & mixterr dedua sakit? hurm…hehehe cute sesgt ler anak u. I nak button tu
(haritu kat blogger booze dah dpt sebijik tapi ntah letak mana :P)
[...] Shutterspeaks - Ada Apa Dengan Rumpun [...]
wuhuuu….nak mintak button jugak bleh?
apohal pun jadikan ia pengajaran yang terbaik untuk rumpun akan datang.
aku rasa ko adalah org terakhir update rumpun ni…hehehe
nice to meet u shutter…
rumpun memang best…. ada lagi tahun depan lagi best…
[...] cuba mencari pemilik-pemilik blog yang aku selalu lawati. Mula-mula sekali yang aku cari ialah Hayat, kerana dia telah mengesahkan kehadirannya pagi-pagi lagi menerusi Google chat. Tapi dia datang [...]
bro…tgh bz nampak..gambatte with ur work okay!
Aritu tak leh bukaka site ni. Ingat ada gambar² yg ko amik, hmm