Seperti yang wawa cadangkan, ringkas-ringkas aja. Maka ringkaslah penerangannya.
Gambar asal di atas, dan hasilnya di bawah.
Langlah-langkah lain:
Pastikan anda buat langkah2 lain yang patut terlebit dahulu seperti curve, sharpening, level dan sebagainya.
Langkah pertama:
Klik pada butang seperti ying-yang di bawah tetingkap lapisan, akan keluar menu penalaan imej. Pilih level atau curve, dalam kes ini saya pilih levels.
Tala parameter levels sehingga mendapat hasil yang dikehendaki. Abaikan bahagian bawah gambar, tumpukan kepada awan gemawan itu sahaja.
Langkah kedua:
Setelah mendapat hasilnya, klik pada lapisan levels, klik pada bahagian topeng di sebelah kanan. Pilih mod gradient dan applikasikan ke atas topeng tersebut. Pastikan bahagian hitam di bahagian bawah. Inilah yang dinamakan Software ND Gradient Filter, Gradient juga bukan.
Adakah boleh mendapat hasil yang sama tanpa menggunakan kamera SLR, gambar di atas sekali (bukit merah) diambil menggunakan kamera digital Sony Model DSC-P200. Anda nilai adakah sama hasilnya. Kalau ringkas sangat bagitahu ![]()





Oh macam tu je, mcmana dengan gambar berwarna atas tu.
sama jugak cara dia draxter, cuma dekat layer mask tuh, gelapkan part bukan awan. boleh pakai brush biasa.
lagi 1, kalau nak adjust lagi awan tu, boleh pakai color burn, opacity dlm 26%
la mcm tu je…cis hampir tertipu aku…belajar dr DCM ke? hehehe
aku pun x ingat dah dari mana dapat hehe… cuma utk teknik nih, still perlukan gambar yg detail dia tinggi. kita cuma keluarkan detail tu jerrr
peh..gitu je…
lawo giler..
hehe, waras lagi cik yattie. x gila lagi :-p
nice tutorial..picture pun lawa giler..
Aku tolong cakap eh. Waras lagi, belum gila. Kih3.