Jumaat yang lepas aku bertolak ke Miri, dan pagi Isnin aku selamat juga sampai semula ke semenanjung. Tak perlulah aku cerita panjang-panjang, kerana, tiada apa yang menarik sangat pun di Miri tuh huhuhuuuu…. Sebenar-benarnya, kami hendak ke Kuching, tetapi entah macamana, masa tempah tiket tersalah tempah ke Miri, tau je lah Airsiasia tuh, kalau salah tiket, burn, nak batalkan pembayaran pun dah terlambat. Jadi, pergi ajalah jalan-jalan. Perkara-perkara yang aku jumpa di Miri yang aku rasa patut aku kongsi:
1. Pemandu Teksi di sini kaya raya, sebabnya, klik untuk baca
S: Encik, kami nak tukar tempat boleh? sebab hotel belum boleh check-in
T: Boleh, kemana tu?
S: Parkson.
T: Boleh, tetapi kena tambah RM5.00 sebab tempat tu lebih jauh
S: Okay…
Setibanya di tempat dituju, Parkson lebih dekat dari Hotel, dan jarak Parkson ke Hotel adalah dalam 8 minit berjalan. Dah lah dia kata jauh, padahal lebih dekat, jarak pun tak banyak beza.
S: Mega hotel hantar encik?
T: Masuk, masuk
– tiba di hotel –
S: Berapa?
T: Cincailah, RM8.00
Cincai sungguh. Kami tak berjalan sebab membawa bag besar, lagipun ingatkan murah sebab dekat kan.
S: Miri City Fan pergi encik?
T: Miri City Fan yang belakang ini?
S: Tak tahulah pulak dekat mana.
T: Pergi, RM8
Yang dimaksudkan belakang ini, memang betul2 belakang bangunan tuh, cuma x nampak sebab pusing sikit. RM8.00. Kaya sungguh mereka ini
2. Barang-barang di sini mahal belaka
3. Jarak perjalanan jauh dan ada yang memerlukan penerbangan lain menggunakan FAX, Contohnya untuk ke Mulu, perlu naik FAX dan kosnya RM240 seorang pergi balik.
4. Baik pergi Kuching
Miri City Fan adalah tempat peminat-peminat bandar ini berkumpul kot. Pergi ke sini sempat di war-warkan sebagai tempat yang harus dilawati.

Gambar ni aku shoot 3fps burst mode, semuanya ada 4 frame, yg bwh ni frame #1 n #4. Sayang, kalau lagi banyak frame lg best patutnya. Kalau dapat buat 3 imej sepatutnya lebih cantik. Ini bukan gambar kembar ya. Gambar di atas dan di bawah ini aku letakkan efek, kononnya bagi cantik, entahlah, pendapat korang?

Gambar gadis-gadis tiada untuk pusingan ini miahahahah…
Perkara paling menyeronokkan berada di Miri, pertamanya dapat bersama keluarga dan keduanya, menonton Transformers
Autobots, menderum keluar!!!!





Kena nasihat sket kat pemandu-pemandu teksi kat Miri tu. Tak elok pekena orang macam tu…
tu la tu, mentang-metanglah saya ni orang luar. tu belum pelancong dari luar tuh
biasala gi tempat orang….kesempatan diambil lantaran kita orang baru dan bercuti kat situ…depa sangka semua yang bercuti tu banyak duit la tu…erk..memang banyak pun…kot tak, tak sampai ke Mrir tu dok??
Alahai… setuju.. Miri hanya sesuai untuk shoping… kalau mau ke Taman Negara mungkin seswai…
Next time g Kuching plak.. jangan silap tempah… huhuhuu
huhuhuuuu… ya ya… aku janji next time aku tempah betul2
alahai.. comel nye budak 2 org tu… kembar ke?
comelnye budak dua org tu.. kembar yek? anak awk ke? huhu
bukan kembar lah, tu sorang jer tuh, nama dia Nadiatul Qistina. Gambar tuh saya ambil 3fps, gabungkan frame #1 dan #4. Hasilnya itulah….
memang terrer ko adjust gambar jadik cam tu….nampak real betul siut….nak kena berguru nie…
aah…mula2 tengok saya pun ingatkan kembar…tak sabar nak dapat baby girl jugak….comel dan dobot2 jer Qistina tuh…nama pun sedap….panggil ape yer…Nadia ke?
hehehe..memang comel la budak tecit kat dalam gambar tu…
cara dia jalan comeyyy…. nnt bl2 upload youtube plaks
auwwwww… so kiyut si cilik itu… dress pun very der cantik ok.
hmm. aku sendre pun tk pernah gi MIRI.. Kuching pernah lah sbb tuh kampung.. hehehe
dress tu sepasang dengan mak dia. minah kecik tu skrg makin aktif, dan mulut dia x henti2 celoteh, kadang geram pun ada x larat nak layan aktif dia tuh.
wohh.. orang kuching yerr
alahai.. kureng tol teksi sane.. ko xde member ke kat sane?? kalo ade senang la…tule aku ade kawan pon kat kuching.. jgn salah tempah tiket lagi beb…
kat miri blom ada seh. kalau ada aku dah henjut dah… nasib baik hotel ada gomen rate huhu…
comel very the!
nnt upload lagi gmbar kiut miut.
bro..yg frame tu ape2 jenis dslr blh buat ke?
burst mode semua kamera boleh buat termasuk point-n-shoot. cuma kadar nya lah yang berbeza, ada yang boleh pergi sehingga 10fps.
tp mencantum gambar tu, aku guna photoshop.
encik shutterspeaks, hehe..
apsal aku tgk xde pon err.. dialog teksi ko?
uiksss… xleh nampak ke? tp heran plak, perkataan “dialog” itu sendiri tersorok hehe… apakah yg ko cb sampaikan cik fara?
Huhuhuhu, miri…. Baik pegi limbang. Banyak pusat hiburan. Cuba tanya Rasso. Apapun, sekurang-kurangnya dapat lihat tempat orang kan…
ya betulll.. dan dapat bersama keluarga
Limbang juga tiada apa2 di malam hari…
ehehehe…
untuk singgah2 jer mungkin boleh….
hahaha
saya suka lah dialog yg boleh disorok tu, tapi hakikatnya kalau tempat yg kita rasa dekat mmg akan di-charge lebih mahal..
aku pun rasa camtu… sbb dgn itu, mereka tahu yg kita tak tahu, dan oleh kerana kita tak tahu, mereka caj lebih. sekurang2nya, bawa la pusing2 bandar dulu… kot ye pun..
cumelnyaaa 2 budak itu!!! kembar ke haper?
mereka memang cumelll, dan notty hehe… tetapi mereka bukanlah ‘mereka’, sorang jerr tuh… gambar tu dicamtum hehe…
Sungguh cantik gambar2 tu..Terpikat aku ngan gambar pantai tu.. ^__^ Petang ni aku baru nak pergi tengok kat T.squre..hahahaha
bro, ko ni kerja dgn company oil & gas ke?
smart siot foto ko ni…
alamak chot, ko nyer komen kembali masuk spam oleh akismet. hari tu dah ok dah kejap… adehlaa…
tq tq hehe… ermm… aku kejer programmer jekk.. g miri tuh aku jln2 bw famili, tu pun x sengaja leh sampai situ
amenda? antara miri ngan kuching aku rasa miri lagi best.. kuching yang takde apapa pon. well takde orang yang guna teksi kat miri.
aku pelancong bai, datang 2 hari jer, xkan nak beli keter kot :-p mungkin disebabkan oleh orang sana tak naik teksi, sekali pelancong datang dorang caj kaw-kaw punya.
aku tak pernah pergi kuching, abang ipar aku kawen dgn orang kuching dan beliau menceritakan kat aku pelbagai mender yg boleh di dapati di kuching. berbanding ceritanya dan pengalaman aku di miri, aku dapati miri don’t have much to offer.
mungkin kau boleh ceritakan tempat2 menarik di sana
bgs jUgA AkU tjUmpA bLog ni.. mAybe dLm mAsa sbLn dUa ni AkU AkAn ke MiRi.. tp tgH sUrvey La kAt mAna nAk mnginAp.. bLh tLg bAgi pndApAt? sbb pEning skEt..miRi xmAcAm kUcHing.. AkU dA cAri kAt iNtErnet tMpAt2 mEnAri kAt miRi,tp xbyk iNfo La.. kLu kAt Esplanade tu Ok ke?pa2 hAL rEpLy kAt emAiL AkU k.. keyyi_xa@yahoo.com.. iNsyAALLAh AkU akAn sLALu dAtAng kAt bLog ni hehe^^