Aku telah di tag oleh chot untuk memaparkan gambar-gambar semasa kecil. Ironi dari apa yang diutarakan oleh chot, tag kali ini agak susah, kurang sekali gambar-gambar zaman semasa kecil berada di dalam komputer. Tambahan pula, aku memang kekurangan gambar-gambar semasa kecil.
Zaman dahulu, kamera adalah benda mewah, setidak-tidaknya pada keluarga aku. Satu kampung mungkin ada berapa sahaja, yang kemudiannya dipinjam ataupun mengharapkan saudara. Keluarga aku hanya ada kemera sendiri ketika aku berusia 13 tahun. Di beli untuk membuat Kajian Sejarah Diri dan Keluarga.
Balik ke topik asal, gambar pertama diatas umur berapa pun aku kurang pasti. Imbas pun dah lama nih, teruk sangat resolusi dia. Gambar ini di ambil di Taman Tasik Taiping, aku rasa jambatan di belakang tu masih wujud sehingga hari ini. Gambar famili sebelah tu ialah famili En Othman, taukeh kantin sekolah. Anaknya Siti Khadijah sebaya dengan aku tetapi tak tahu di mana dia berada sekarang.
Gambar ini diambil di Tabika kemas, pastinya umur aku 5 tahun ketika ini. Selang 2 rumah dari rumah aku.

Gambar berikutnya merupakan gambar aku di kampung. Sebelum tabika, aku tinggal di kampung. Banyak sekali kucing yang kami pelihara, yang aku pegang tu namanya Din. Din sepatutnya dah lama arwah. Zaman ni main perang dalam bendang, main tembak-tembak pakai kayu bemban, melastik burung, memancing ikan dan sebagainya. Sekarang, balik kampung pun tak macam dulu, Tok dan Tok Wan dua-dua dah tak ada. Pak Cik dan Mak Cik pun semuanya dah ada keluarga sendiri.

Ni boleh kira zaman kanak-kanak ke ni? Kira boleh lah kot. Aku bersama Hamid, ‘Pak Cik’ Syukri dan Khomeini. Di mana jua korang berada, moga korang berjaya dalam hidup korang.
Cukuplah setakat ini. Sekarang aku nak pergi ke Japan GT dulu. Nyaris tak pergi tahun ni sebenarnya, malam tadi masa ambilkan tiket untuk kawan-kawan, bini aku tergerak jugak untuk pergi kali ni. Cuma tahun ni tak macam tahun lepas, tak dapat Corporate Suite nyer tiket, sebab tu dia agak keberatan nak pergi, Bising hehe. Tahun ini aku ada 14 grand stand tiket, 10 dah diberi pada rakan, 2 untuk aku, 2 lagi masih belum tahu sapa penerimanya. Aku dapat tiket tu lambat sangat, kalau dapat awal mungkin aku boleh bagi kat korang.





tadika n zam kanakanak mane satu gamabr ko da..? Japan GT wah syooknya…
ngehh ngehhh…. nnt aku update. Yupp, semua sukan bermotor kereta aku minat… jomm.
ha.. itu’lah.. mana satu ko dlm gambar tu.. ha ha
*psst.. pi Japan GT kan? bawak balik gambar gadis2 Jepun dari sana.. letak’kan disini.. ha ha
hehe, itu sudah pasti. Cuma x byk gambar GT Babes aku dpt amik.
oh lemahnya aku nih… tak tau dikau pegang kucing yg mana satu… yg pakai seluar beriron yg sgt kemas tuh ker.. yg mencangkung ker …. yg pakai kain batik tuh…
I know the one in shorts yg kat belakang skali tuh is not you lar.. miahaha~~
aku pun x perasan seluar tu beriron dengan kemas ekekeke, dan baru aku perasan pak cik aku pakai kain batik. yg cangkung itulah aku ekekeke….
hmmm.. GT jepun .. hmm, yang ni tak perlukan kebenaran, memang di galakkan diambil.
jgn lupa post
bukan setakat tidak perlukan kebenaran, malah memang kerja mereka utk pose pada kamera hehe… tala je lensa, terus mereka bergaya
gambar zaman kecil memang membawa seribu satu kenangan..but mana satu ko..ramai yang tertanya-tanya ni..
ya betull… gambar je lah yg boleh membawa kita ke zaman kanak2 balik huhuuu.. nanti aku update. aku letak image map jekk.
Aku pun rasa macam nak letak gambar kecik aku jugak la nanti…he he
taman tasik taiping. taiping kampung aku tu. jambatan tu masih ada. baru diperbaiki beberapa tahun yg lepas. siap cat baru lagi. =)
Orang tepeng? wah wahh.. Tepeng kat ne? Tmn Tasik Tepeng tu sampai skrg best kan, cumanya bot bot dayung tu dah berkurang la pulak. Dan cendol, the best cendol in Malaysia hehe..
aku lahir di taiping and keluarga mertua pun di taiping.
Aku selalu jalan-jalan kat Taiping gak dulu….tapi selalu aku ke kamunting….blajar pondok …he he….sekali sekala ke MRSM Taiping…..jumpa member…
suddenly banyak orang taiping hehe. aku sehingga berumur 18 tahun baru kerap ke taiping. sebelum tu keluar taiping bila penting ataupun bila balik ke kampung jek. aku sekolah di kk dan ipoh.
Hahahhaha, sungguh retro sekali bukan!
Yupp, gambar yg atas sekali tu siap ada kesan air lagi. Aku harap bukan hasil kerja aku ‘mencuci’ gambar tu hehehe.
heheheh…mesti yang tengah mencangkung sambil pegang kucing tu kan..kan…kan….kiut la masa tu
hehe, yg ni kalau x kenal mmg saja la :-p
haha..kau yang mana satu? kasi klu?
xde tiket lebih ke?hehe
nnt aku wat imagemap teruss.. .
hehe, kan ada 2 tiket lebey tu. dah lepas pun, lg pun ko leh g ke :-p
haha..tau takpe. siot je
foto2 ni mmg nampak retro dan old school sekali…byk gak dlm simpanan bro ye….skrg ni umur bro brapa tahun ye..
hO..gambar masa kecik semuanya cute2!
tp xtau ko yg mana 1..
Yattie, gambar tu sumer ada image map, just click kat atas kepala nnt kuar nama hehe…
Ko bila lagi nak paparkan gambo kol laks :>
hik..hanya org yg rajin berusaha je dpt tgk gamba aku
aku bersetuju….hohoho
haha..kasyah pun setuju:)
pekata ko letak gamba da besar pulak shutter!ehe
Klasika banget nie bro.. ehehe…
jaman retrorika tul…
yaa.. tp gambar kau jauh lebih retro hehe…
haha.. ok.. dah tau dah.. si kecil mencangkung rupanya
itu aku dulu, zaman kurus kering… skang dah bab dah :”>
bro, aku lupa plak..aku start membeli DCM bulan march 2007….ehheehhe
mcmana aku nak aktif kan nama aku bila kena spam tu? ada idea?
aiyark, komen ko masuk spam lagi. aku pun x sure cemana, spttnya, bila dah di mark bkn spam, next time akismet patut dah x detect email ko sbg spammer, aku tkt ada sstgh tmpt tersilap mark komen ko sbg spam.
heh.. aku leh lupa plak yg ko dah submit gambar masa kecik ni.. kalo tak boleh masuk list ha ha
huhuuee… tu la, sedey aku tgk gambar aku xde. hall of fame tuh, pemes2 miahahaha…
Very-very sentimental value!
apa kata saudara afyan pun upload gambar masa kecil-kecil dulu jugak
ingatkan GT tu stands for Gran Turismo..
banyaknye ko nye koleksi gambar….
erkkk… adalah sikit2
banyak yg belum scan.
ps: hari patut pegi upsi, tp batal. insyaAllah, kalau ada rezki kami akan kerap ke upsi di masa2 akan dtg, leh la ikoko jumpa crynobone selalu. shutterspeaks leh la nyebok hehe..
dari dulu musykil.. ko buat apa kat upsi sebenarnya? jalan jalan cari makan?
er, ko ni macam crynobone la.. cam sama je muka korang.. erm
jalan2 cari makan pun ye jugak, best betul kat tanjung ada kedai yg hanya bukak tepat kol 1, kol 3 dah tutup, pun begitu ramai yg beratur tunggu. ko tahu kedai ni?
jalan2 cari rezki pun ye jugak, cari projeklah kat upsi tu hehe..
very the wowww~~ ni apsal ko tak tido lagi ni? tak keje ek esok?
**saje menyoal-menyibuk**
mmg hari2 time ni x tdo lg. smlm tdo kol 3am. hari nih jap lg nak tdo lah, sok lg mau kena bangun awal, nak kejar flight kol 7:30, kol 4:30 dah kena kuar umah. gila. mmg gila airsiasia nih.
err.. aku sebenarnya musykil part aku sama ngan bone tuh, dia tu kurus, aku nih bab hehehehe…
korang ni adik beradik ke haper?
tadek la, kat gambar lama ko tu.. korang macam mirip. ada jodoh ek?
ahahahah :)) stupid question. abaikan.
errkkk.. kalau dia adik aku, sure ada dlm gambar tu punya :-p
esok akan aku bincangkan bersama miki perkara ini, pasti dia akan tersengeh bersahaja hehehe… miki ko kenal kan?
mickey mouse ke maksud kau?
MiKi tuh Mior Zaki aka crynobone hehehe.. Dia telah tdoq nampaknya, br jap td dia online
La.. Ye ke.. aku tak tau menau gabungan dua nama tu. zaki nama dia tu aku tau lar~
rasanya pernah datang sini, dari fotopages rasanya…
oh gambar di Taiping
katanya bukan orang Taiping betul, orang mana??
saya juga pernah main tambak2 guna kayu bemban…
saya bukan orang taiping betul sebetulnya :D~ orang bagan.
selamat datang sedara
orang bagan mana2? Bagan Tiang, Bagan Serai? Saya Selama Perak hehe.. (Nama theme nih sempena nama kampung saya lah. Datang dari fotopages melalui laman mana ya? lovelynadiah ke?
wahaha… main perang2, tembak2 memang best.
hang orang mana abdfatah? (mindset aku hang orang utara)… mmg best main perang, kalau balik lambat dah maghrib, lepas main aci ligan dengan mak pulak hehehehe…. kenangan, kenangan….
kawe dah tahu, demo oghe kelate hehehe…