Selepas dikuarantin selama hampir 4 hari, pameran pada selasa, aku ada temujanji di Johor pada rabunya diikuti pembentangan di KL pada khamisnya. Petang selasa aku bertolak ke Johor, sampai di Taman Universiti, makan dahulu di Wakaf Singgora sebelum kemudiannya terus daftar masuk ke Hotel Sofitel di Senai. Aku tidor pada kira-kira jam 4 pagi. Saudara Rasso menemani aku di google talk. Jam 3:20 pagi, kedengaran suara perempuan menjerit, pedulikkan, sekali lagi 20 minit kemudiannya kedengaran suara perempuan menjerit. Gila apa. Nak menjerit pun, jangan la tengah-tengah pagi buta.
Ini bangunan CICT, dahulunya FSKSM, fakulti tempat aku menimba ilmu. Macam-macam kenangan aku disini… Nostalgia sungguh bangunan dan tempat nih, 18mm kit lens. Sebenarnya gambar ni 2 frame, aku sudah kasi jahit sama dia. Pusing-pusing sekejap UTM namun masa tidak begitu mengizinkan. Kami terus ke HP namun hampa, tidak lagi seperti dulu. Kemudiannya terus ke Restoran Singgah Selalu.
Gambar ini, diambil, bukan oleh aku, tetapi menggunakan kamera aku. Ketika ini aku sedang menikmati tea o laici ais satu di hadapan Masjid Jamek Kg Majidee. Tujuan asal, nak bungkus mee rebus haji wahid, yg baru aku makan sebenter tadi. Alang-alang, lepaklah sekejap minum. Dan sambil2 itu, menembaklah apa-apa yang patut, seperti di dalam gambar di bawah
Sebenarnya entri ini, sepatutnya hanyalah filler post, yang sepatutnya hanya mengandungi gambar-gambar yang ditembak di Johor seperti yg di nyatakan pada Chot. Tiba-tiba jadi lain pula. Ikut jalan sehala ini untuk lebih gambar

Tidak, ini bukan gambar curi ya :-p. Gambar ini, yg senyuman si gadis ini manis sekali, terdapat inset gambar kecil, gambar tersebut adalah gambar bapanya yg turut memberi izin kami mengambil gambar anaknya
sayang sekali, si gadis td ketawa2 comel dan bukaan shutter yg lama menyebabkan gambar goyang, apapun, dia tetap comel. betul?
Dah, dah, cukup. Yang benarnya, ada lagi beberapa keping tapi cukuplah buat kali ini hehe…
ps: Gambar ini bukan diambil menggunakan kamera BenQ DC C500
pps: Kami bukan pervert
ppps: Apsal bahasa melayu aku macam pelik
pppps: Atas permintaan secara tidak langsung oleh mixterr, aku tambah lagi satu
Di ambil di restoran singgah selalu. Aku jarang singgah sini, mungkin selalu yg dimaksudkan, singgah sekarang. “Eh be, ado restoreng, be, singgah selalu jong”.






ouh gi kg majidee erkk.. kampung aku tu… tembak tembak awek ingat byk gamabr awek cess… hehehe … aku pelik la nape ko ckp gambar ini bukan diambil menggunakan kamera BenQ DC C500???
mixterr,
1. kg ko ker? apsal x ckp awal2, kalau x leh aku smpikan slm ko.
2. niat asal memang nak masukkan lagi, tp 1 awek je la dulu, nnt banyak sgt pulak gambar. Yg ni pun dah 5 keping.
3. Sebab BenQ DC C500 patut digunakan untuk mengambil gambar kerani baru yg comel…
ko da angkat lom Canon ko?
hahaha.. mcm ne nak ckp plak.. yg tu kg aku.. yeke..ok aku tggu gambo yg lain…sabo sabo … pasal canon tu ke.. cehh aku nak buat kete aku dulu laa.. xde bajet lagi mahu angkat canon.. aritu baru beli laptop… tp otak aku pon nak amik canon dulu.. bulan depan gi singapore rugi plak xangkat gambar… hampeh tol.. kete kene buat dulu.. xsedap mate memandang……..
kete ko teruk ke kena? keter aku ada gak kemek ngan calar. satu tmpt kena dgn jiran aku, undur2 sekali hentam kereta aku, no 2 kat tmpt parking. dgn calar2 lain yg byk dpt kat tmpt parking. alahai…
rugi tu g jln2 x de gambo. baik ko pertimbangkan semula ekekeke.
tuler pasal..hahaha nak pertimbangkan mcmane da… pale ubuntu ni. kete leh tahan la belakang (sebelah kiri) kemik. pastu bonet ngn roof ade gelembong gelembong leceh tol..karat la tu.. alaaahai (farhan af4)..aku nak buat sume habis cat and tukar bonet ngn atap.. ko ade tempat murah tak??.. baget 2.5k kebawah je.. kekkeke..
ubuntu :-p mmg gilerr linux ko nih. aku pun kurang pasti kat mana, kalau kat johor aku tahula, kat kota tinggi jalan menghala ke mersing tuh. lg 1 kat tepeng, adik aku cat wira dia pakai cat yg ada glitters tuh x sampai 2k pun. Kat kl nih, aku rasa g mana2 pun takut kena ketuk jek. aku nyer keter pun dah due dah.
kenapa avatar ko x keluar pulak hari nih :-/
bro, ex utm ke? aku tidak puas hanya menatap satu gambar 2 gambar awek sahaja…mahu yang lain..hehe
Yupp, seorang ex-UTM yang amat bangga sekali dengan kenyataan tersebut. Ada lagi, next episod aku upload gambar gt babes lah pulak yekk..
ps: ko ada dpt email aku tak?
Hahaha….
malam tu if ako tak silap ako ada kat singgora… ermm…
tak mengapa bro… next time kite metup…
usha awek2 cun… cewah..
Tak perasan pulak, kalau aku perasan sure tego punya. Aku dengan client malam tu. Sampai2 terus habiskan 10 brain brain. Gila kemaruks… Yupp, next time. Pasti saya akan ke sana lagi.
hehehe… boleh saja… ooopps…
Hahahha, nampak banner kat D07 tu? Itulah hasil kerastangan haku… Huhuhuhuhu
woh, ye ke… cantik tuh bro… bangga kalau saya yg dpt job tu.
oo ke jb rupanya…ko jumpa la rasso dan azhar ye…
ala skit sgt ko ambik foto awekz2 disana….lain kali lu beli la lens telefoto satu..heheh bole ambik byk gmbar candid…
hurmm… aku mmg ada telefoto 1, Tamron aku tuh 70-300mm, aku rasa, kena carik IS lens, kendian baru upgrade ke IS L lens plak. Aku hanya berani candid kat majlis2 yg mmg aku fotografer nya, kalau kat tmpt awan nih, mmg kena jaga2 sikit. Ada lagi bro, lagi 2 orang, aku hanya pergi 2 tmpt selain UTM yg lengang tanpa student. Dan di 2 tempat nih, tak banyak la pulak yg ok. hehe… salah timing kot.
Ingatkan tembak apa tadi
exabytes down lagi selama hampir 2 jam. Baru berjaya buka.
hehe, tembak orang, tp guna lensa lah, bkn guna senapang gajah mahupun panahan cinta.
Panahan chenta? aka cupid key?
ahahaha… ya lorr.. kau mesti pakar nih.
La, dtg skudai rupanya….tahun bila pulak blajar kat utm?
tak sangka pulak ada 2 orang lagi blogger di area JB / skudai nie? aku duk kat kangkar pulai….
Maybe kita boleh ngetehhh bile bile…he he….mesti syok kalau blogger bertemu…
thn 97-2001. ex UTM ke?
Aku dulu dok taman U, masa belajar lah, Skang keje dan menetap di KL. Kadang2 turun jugak Johor. Lagipun orang rumah orang Johor juga hehehe..
Ya, ya, next time turun JB patut jumpa
oo bagus
aku ex utm masa amik master la….aku dulu fkkksa…
skang nie berhempas pulas kerja di siang hari dan malam blogging!!!
FKKSA, Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Sumber Asli. Fakulti yg sering menyilaukan aku dengan tingakp hijaunya itu hehe. That’s explain you niche in your blog. Pasti berjaya nnt dlm blog kimia tuh. semoga berjaya
ahh.. sayang ..gambar tu blur .. tapi takpe, kalau dgn kebenaran kan ?
ai