post separator

Rumah Untuk Disewa - Puri Aiyu

Puri Aiyu

Alhamdulillah, Rumah yang aku beli hampir 3 tahun lepas sudahpun siap. Kuncinya aku terima hampir 3 bulan yang lepas, terdapat beberapa kecacatan kecil dalam rumah, masih dalam proses pembaikan. Percayalah, perkara yang paling dirisaukan oleh kebanyakan pembeli rumah yang masih di dalam proses pembinaan adalah rumah yang tidak siap-siap, dalam erti kata lain, terbengkalai. Aku sehingga kini, masih membayar wang faedah hampir RM1000.00 sebulan, jumlah pinjaman prinsipal masih tidak kurang satu sen pun. Bayangkan kalau projek terbengkalai, percuma saja bayar ke pihak bank, rumah tidak siap-siap apatah lagi hendak diduduki. Sejak dari mula membeli rumah ini, aku sentiasa memantau perkembanganya dari semasa ke semasa. Kalau hendak diikutkan, sudah lewat dari jadual asal iaitu hujung tahun lepas, namun masih di dalam tempoh perjanjian iaitu 36 bulan. Alhamdulillah Syukur :-)

Rumah pertama aku ini aku beli di Batu 3 Shah Alam. Berdekatan dengan Stesen Komuter Batu 3, Giant Seksyen 13 Shah Alam, Tesco Shah Alam, Carefour Subang dan berdekatan dengan pintu tol lebuhraya ELITE dan Lebuhraya Persekutuan. Terdapat rumah kedai 4 tingkat bersebelahan dengan rumah ini yang juga baru siap, terdapat kedai-kedai yang telah memulakan perniagaan masing.

Saiz rumah aku lebih kurang 1010++ kaki persegi, 3 bilik tidur dan 2 bilik air, terdapat ruang kering yang cukup luas untuk dibuat dapur, bahagian dapur asal boleh dijadikan bilik keempat ataupun dapur kering. Menghadap Shah Alam tanpa ada sebarang bangunan dihadapan membolehkan penghuninya menikmati pemandangan yang indah pada waktu malam, pada waktu siang tiada apa-apa yg istimewa.

Puri Aiyu

Kemudahan yang disediakan antaranya, kawalan keselamatan 24 jam, pelekat kereta, kad keselamatan untuk masuk ke kawasan rumah dan ke lobi lif. Pendek kata, orang luar tanpa kad keselamatan masih tidak dapat naik keatas walaupun lepas dari pandangan pihak keselamatan. Orang-orang yang tak dikehendaki ini termasuklah maling dan juga jurujual gores-dan-menang. Dari satu sudut, ianya memang agak menyusahkan saudara-mara ataupun rakan-rakan yang hendak datang, tetapi kalau difikirkan dari sudut keselamatan, amat penting bukan.

Puri Aiyu

Kemudahan lain termasuklah, gimnasium, kolam renang, kolam renang kanak-kanak, padang badminton, dewan orang ramai, tabika, rumah kelab, kedai dobi, kedai selesa, tapak joging, tapak BBQ dan sebagainya.

Jika ada yang berminat, silalah tinggalkan komen anda atau hubungi terus. Baru-baru ini, ada pihak menawarkan untuk sewaan selama 2 tahun ke pihak kolej, namun kadar yang ditawarkan jauh lebih rendah dari jadar pasaran memaksa aku menolak dahulu. Anda juga boleh menjadi agen, aku akan beri komisen sebanyak sebulan sewa, tunai sebaik sahaja wang deposit dibayar.

ps: Gambar dalam entri ini semuanya di ambil menggunakan Sony Ericsson K800i. Maaf kalau ada yang tak cukup jelas.
pps: Untuk gambar swimming pool dari sudut lain, klik sini,
Info lain di sini, Gambar ruang tamu di dalam iklan ini tidak sama dengan unit rumah saya.
ppps: Info lagi


Entri di atas pada garis ini di taip ketika aku dalam perjalanan ke Johor selasa lepas, cuma baru hari ini aku publish. Ada sedikit kemaskini, proses pembaikan telahpun selesai sepenuhnya.


pps: Terima kasih kepada yang bertanya. Harap maaf kerana rumah ini telah pun disewakan dengan kontrak selama setahun.

RSS feed | Trackback URI

40 Comments »

Gravatar Icon
Comment by zaki
2007-06-22 21:55:38

First time aku masuk blog nie. Very neat and nice. Dah jadi one of my favourite blog skarang.

Ko keje apa ye? amik gamabr ke? just wandering? lawa rumah ko beli tu….boleh swimming he he

Gravatar Icon
Comment by shutterspeaks
2007-06-23 12:58:53

terima kasih :-) rasanya orang pertama yg ckp tuh hehe…

aku keje programmer jekk.. mekasih, mulih sangat2, jemputlah datang hehe. sayang sekali x dpt nk duduk rumah tuh. aku pun x terjun lg swimming pool tuh :-D

Gravatar Icon
Comment by kaSyah
2007-06-25 20:00:06

bro dekat sangat la ngan umah aku..haha, duk area shah akam upenye. nanti aku sudah elok luka, aku mahu rasmikan dengan mandi di swimming pool ko bole? :P

(Comments wont nest below this level)
Gravatar Icon
Comment by shutterspeaks
2007-06-26 10:09:09

ko dok sg buluh ke shah alam nih? hehe, aku x dok kat shah alam lah, umah aku jek kat situ. mahu disewakan. kalau ikutkan hati, nak duduk situ, tp atas sebab2 yg x dpt dielakkan, aku terpaksalah membatalkan niat2 tersebut..

 
Gravatar Icon
Comment by kaSyah
2007-06-26 17:35:43

aku kat sg buloh tapi area kat saujana utama. nak gi shah alam takde la jauh sgt …huhu

alamak xjadi ke duk situ.. camner la nak mandi kat swimming pool ni..huhu

 
Gravatar Icon
Comment by azwanhadzree
2007-06-26 18:19:19

saujana utama? dekat sungguh dgn rumah aku, di mana kau Kasyah.

 
Gravatar Icon
Comment by kaSyah
2007-06-26 19:04:33

oh tidak…hehe. umah aku kat sri pristana. ko di mana?

 
 
 
 
Gravatar Icon
Comment by aria-ayumi
2007-06-22 22:53:51

huhu.. swimming pool ke tuh… boley mandi kat situ tak… ngehh :p

p/s-tumpang lalu yek… :D

 
Gravatar Icon
Comment by aria-ayumi
2007-06-22 22:55:51

canteknye… swimming pool tuh… hihi

Gravatar Icon
Comment by shutterspeaks
2007-06-23 13:02:33

mekasihh mekasihh. kalau ikutkan gambar masa dia iklankan lagi lawa hehe, tp biasalah kan. iklan mestilah kaw-kaw nyer dia buat. mulih, nak mandi kat pool yg besar ke yg kecik hehe….

tumpang la lalu banyak2 kali yerr hehe

 
 
Gravatar Icon
Comment by Azhar Ahmad
2007-06-23 04:04:14

Hummm… kamu sibuk membeli rumah, aku sibuk membeli sekolah. Hehheheheh…. Aku bercadang nak bukak hostel backpackers. Bangunan sekolah. Sekolah apa… Nantilah bila dah jadi akan ku paparkan se seantero dunia!!!

Gravatar Icon
Comment by shutterspeaks
2007-06-23 13:04:38

Sebenarnya, sibuk membayar interest huhuuu… letih kalau beli rumah dalam pembinaan nih. wah, bagus idea kau tu, idea big E. Income generating asset. Aku tunngu hebahan kau ittew.

kalau ke kuantan suka lepak di Kuala Tembeling Resort. Best.

 
 
Gravatar Icon
Comment by mixterr
2007-06-24 02:00:38

beli rumah??no komen..aku budak baru belajar lagi.. uhuh.. ko ade bape umah ko beli..??ko programmer?? ko programmer aper?? n kat ne ko keje?? aku letak links ko…

Gravatar Icon
Comment by shutterspeaks
2007-06-24 07:56:52

dude, it’s never too late and never too early to start. untuk permulaan, beli je rumah kos rendah yg harga sekitar 40,000. Cari yg di tempat yg ada populasi. Sewa dapat 250 pun ok sebab bayar bank sekitar 200 sahaja. Aku terlepas yang itu.

Aku programmer C++, php, asp, vb dan lain2 aku buat juga. Tapi, selalunya aku lebih kepada back end lah. Ada keje kosong tmpt aku neh, web developer. Terimas dude..

 
 
Gravatar Icon
Comment by mixterr
2007-06-24 10:45:38

yeahh aku mmg terpk untuk itu semua.. tp belum masanya lagi..cina selalu buat mcm nie.. bile gaji aku stabil utk itu mungkin aku akan buat mcm tu..

patutla ko boleh buat plugin.. gempak plak tu.. live feeds plugin tu leh letak kat pages tak… web developer.. best gak tu.. kat mana offices ko ??

Gravatar Icon
Comment by shutterspeaks
2007-06-25 16:25:05

aku dalam proses nak tukar semua plug-in yg aku buat untuk support widget. ko pakai widget ke normal side bar? kalau ko pakai normal side bar boleh pakai terus… mulih jek kalau nak wat kat page. just display pakai kod macam dalam sample tuh… opis aku kat bangsar, blkg maybank… dekat jekk hehe

Gravatar Icon
Comment by mixterr
2007-06-25 21:11:01

dekat jer belakang maybank.. aku pakai widget ke.. tak tahu plak..hahhah.. tapi aku rase mcm normal jer.. kalo widget script die pelik skit mcm mybloglog tu…

(Comments wont nest below this level)
Gravatar Icon
Comment by shutterspeaks
2007-06-26 09:50:58

aku da email ko email ko widget utk wordpress. ko try dulu. apa2 hat bg tahu aku ;-)

 
 
 
 
Gravatar Icon
Comment by azwanhadzree
2007-06-24 22:53:33

kau bidang IT juga rupanya .. sama lah kita .. tapi aku dlm hal programming ni dah kurang sikit … sebab machai dah ramai :)

akupun takut masa nak buat first investment aku dulu dgn rumah, almaklumlah .. kerap kali baca buku azizi ali tapi tak berani nak praktikkan. tapi akhirnya aku beli gak, and sekarang ni dapatlah pulangannya walaupun tak seberapa :) and seperti biasa, rumah terbengkalai ni adalah satu mimpi ngeri

btw, berapa kau nak sewakan?

Gravatar Icon
Comment by shutterspeaks
2007-06-25 16:03:37

yupp, hehe.. tu lah rasa. aku sayang nak tinggal programming nih, still buat jugaklah sikit2 especially back end. Tapi bidang aku x sama lah dengan ko, Ko SAP, masyukkk hehe.

Ya betul. Kebanyakannya pun mmg macam tu. Aku pun baca jugak buku azizi ali hehe… Aku cadang nak sewakan dalam RM1000.00, with aircond in the master bedroom. Rumah tu baru appreciate dlm 15-20%. Dah masuk 30% mungkin aku jual kot. Mungkin…

Gravatar Icon
Comment by azwanhadzree
2007-06-25 22:43:21

Dari segi programming, buat jugak, tapi dah kurang .. anak buah dah ada, tengok kerja diorang aje lah and aku lebih kepada trouble shooting dari segi flow and control and link to DB, tapi bila SAP dah start nanti, support aje lah. coding pun mungkin dalam ABAP sahaja. Aku belum sampai ke tahap consultant SAP lagi. Hanyalah sebagai project team member sahaja. rezeki yg ada tu .. alhamdulillah.

PHP ni pun, aku bukannya pandai lagi. sekarang ni 2.2 dah default with widgets, masa nak letak top commentor dlm widget text tu pun aku tak tau macam mana sebab dia tak keluar, last2 aku edit sidebar jugak la. btw, macamana kalau nak letak code dlm text tu, kalau javascript semua ok, bila php punya coding tak boleh lah pulak.

btw, kau kerja ngan kompeni mana nih?

(Comments wont nest below this level)
Gravatar Icon
Comment by shutterspeaks
2007-06-26 09:58:38

bila dah ada anak buah, management aku pun x bg sgt buat programming, tp xkan nak tggl terus kan. aku tak pernah buat sap ke abap ke, pernah tahu jek. tp kalau ko pernah belajar c++, x ssh utk belajar php, syntax dia byk mcm c++ jek.

kebanyakan plugin lom support widget, aku pun baru start migrate sumer plugin aku ke widget. utk top commentators, aku ada create widget dengan gravatar mcm kat sidebar tuh. cuma yg kat sidebar aku tuh normal plugin.

aku keje co private kecik jekk… 3f resources sdn bhd. cuma kat sini, sumernya muda2 lagi dan sumernya bersemangat dan kerja kuat. harapnya, ada rezki utk kami. aminn

 
 
 
 
Gravatar Icon
Comment by aria-ayumi
2007-06-25 10:24:02

huhu swimming pool ke tuh… ngee blh mandi situ tak… hihi

Gravatar Icon
Comment by shutterspeaks
2007-06-25 16:13:03

boleh, awatnya pulak tak boleh hehe… nak masuk yg mana? swimming pool ke wading pool? hihii

 
 
Gravatar Icon
Comment by chot
2007-06-25 14:15:25

byknya umah ko…

Gravatar Icon
Comment by shutterspeaks
2007-06-29 00:38:27

errr.. mana info ko dpt aku banyak umah ni :-p

 
 
Gravatar Icon
Comment by by
2007-06-28 10:26:34

Hi…

I read all comments kat atas.. Wonder if you nak sewa, RM1k tu, bape deposit nye?Utilities?
Actually, I tgh carik rumah sewa kat area shah alam.. Byk yg pakai agent, and I believe, deal ngan owner easier.
Getting married in Dec but for d time being, nak stay ngan my sis ber2 je. I keje kat KL but my sis kat S.16.
TQ

Gravatar Icon
Comment by shutterspeaks
2007-06-29 00:35:36

Hi,

Sedara by,

Saya telah emailkan saudara maklumat lanjutnya ;-)

tetapi saya setuju, senang berunding secara terus, sebab itu saya iklan kan sendiri. ketika menyewa dulu pun, saya lebih suka hubungi tuan rumah terus. melalui ejen nih, ada susahnya ada baiknya.

 
 
Gravatar Icon
Comment by awchak
2007-07-03 05:08:47

assalammualaikum..

tumpang tanyala.. kondo cantik awak tu dah disewakanke?
ingat kalau belum.. tu saya nak carikan penyewa atau pembeli untuk awak kalau awak izinkanlah.. saya ni bukan ajen cuma suka2 tolong kawan2 nnt dpt komisyen blh beli umah
mewah mcm awak.. best nyer..

trljur tu sy nk btau la klu ada sape2 nk cr umah swa kat s.alam sek 7 hubungi sya umah tu dpt cf bln 8 kata pemaju, klu nk booking ble la. lagi satu kan kat jln klg lama
tmn medan.

niat sy baik.. nebor minta tlg carikan penyewa.. sy tolongla.
no tepon sy : 012-6611949
sy hrp awk xmare pd sy ye.

tima aceh.
wassalam.

 
Gravatar Icon
Comment by awchak
2007-07-03 05:20:26

assalmmualaikum..

bestnye dpt umah cmtu..
sy nk carikan penyewa atuu pembeli umah awak tu boleh tak?
dpt komisyen blh kumpol beli umah sendiri.. kalu awak izinkanlah..

kalau bab sewa jual umah ni apa baik dan xbaiknyer guna ajen ye.. cerita sket
kongsi pglman ngan sy bleh..

note:
jiran sy ada nk sewakan apartment dia kat shah alam sek 7 (cf dpt bulan 8 kt pemaju) dan jln klg lama tmn medan kat NPE tu.. sape 2 betul2 nk tu.. bolela tepon sy 012-6611949.

mekacih.

 
Gravatar Icon
Comment by mia
2007-07-23 23:04:06

a sya nak cri umah sewa dkat s.lam(seksyen 13)..ada x??? sya nak pndah msuk awl ogos nie…sbb sya blajar kat kutpm sya duk dgn husband sya…plez klu ada kontak la sya…..nie email sya m1a_mia@yahoo.com.my

 
Gravatar Icon
Comment by fadzilah
2007-08-23 15:15:44

Rumah dah disewa belum? sewa bpe??

 
Gravatar Icon
Comment by ery
2007-10-09 10:31:07

berapa sewa sebulan nyer..? deposit and utilities..?
better nego ngn owner senang sikit.. dari ngn agen..

 
Gravatar Icon
Comment by leny
2008-01-01 14:45:13

hi shuutter,

dah ada yang sewa rumah ke skrg? kalau belom, emel sy detail eh

Gravatar Icon
Comment by shutterspeaks
2008-01-01 14:55:56

hi leny,

minta maaf, rumah tersebut telahpun disewakan. tp sy rs byk lg yg kosong di sana. mgkn blh tny dkt jaga di sn.

 
 
Gravatar Icon
Comment by Syahmi
2008-02-02 10:38:10

Kalau nak sewa bilik sahaja kt sini ade tak eh?
Untuk lelaki la.. Saya ni student..
Nak bilik untuk sorang je..
Kalau ada boleh email kan tak?
Thanks!
:D

 
Gravatar Icon
Comment by ijah
2008-03-24 16:34:21

nak cari rumah sewa kat saujana utama sg.buloh.kalau boleh direct owner..

 
Gravatar Icon
Comment by nor
2008-03-26 22:06:27

sy interested gak nk sewa kat puti aiyu nih..
nk tanye kat guard tu, cam ganas sgt lak, cuak lak nk tanye..

 
Gravatar Icon
Comment by fara
2008-04-07 18:51:13

boleh saya tahu sewa utk apartmen puri ayui berapa?
saya berminat…
sila e-mail saya no phone untuk dihubungi….
bk urgent
tq….

 
Gravatar Icon
Comment by shima
2008-04-27 15:15:05

Salam. saya sgt berminat dgn tempat ni,,, nk tanya, brape eh jika nak sewa? pls contact me back k,,

shima.paiman@gmail.com

 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
URI
Your Comment (smaller size | larger size)
You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> in your comment.
Close
E-mail It