Salah satu ciri-ciri penting Wordpress adalah plugin, terdapat ribuan plugin untuk Wordpress di Internet. Dan membuat plugin untuk wordpress ni tidaklah sesukar yang disangkakan. Aku sendiri pernah buat beberapa plugin untuk wordpress yang aku pakai kat sini, Random Entries, selain paparkan entri terkini, plugin ini akan paparkan entri-entri dalam blog korang secara rawak, plugin ni aku telah kemaskini dengan tambahan ciri-ciri ajax. Keduanya RSSLiveFeed, kalau korang perasan senarai pautan di sebelah nampak macam biasa, tapi bila klik kat pautan tersebut, akan keluar senarai entri dari blog-blog tersebut. Plugin tu masih ada untuk dimuatturun, tapi bukan yang terkini, aku tak tahu orang pakai ke tak, tiada komen yang memberitahu jadi aku anggap dorang yang muatturun tak pakai.
Tapi kali ini, bukan aku yang buat, tapi aku hanya ubahsuai. Mail dari Ismail dot com Sdn Bhd bertanyakan mengenai senarai komen di sebalah yang ada gravatar. Aku telah ubahsuai 2 plugin, pertamanya gravatar untuk membolehkan korang panggil gravatar darai mana-mana tempat selain senarai komen, fungsi asal tidak diubah. Dan keduanya show top commentors untuk panggil fungsi gravatar tersebut.Kalau korang nak pakai tak susah pun, download file ini
kemudiannya untuk plugin “Show Top Commentators”, ada tambahan pilihan iaitu default_gravatar. Pastikan korang letakkan URL ke gravatar korang untuk orang-orang yang belum ada gravatar. Kepada yang belum ada ni, boleh daftar disini http://site.gravatar.com/
“default_gravatar” => “http://www.blog_url.com/images/defaultgravatar.jpg”
Letakkan kod “Show Top Commentators” pada tempat yang korang suka:
<?php if(function_exists(’ns_show_top_commentators’)) { ?>
<li class=”sb-archive-links”>
<h2>Top Commentators</h2>
<ul><?php ns_show_top_commentators(); ?></ul>
</li>
<?php } ?>
Aktifkan kedua-dua plugin dah lihatlah hasilnya
Selamat mencuba.
Selain itu, aku juga menggunakan plugin-plugin lain, antaranya:
6. WP-Cron
Ada yang lain2 yang korang nak cadangkan atau kongsi bersama? atau cadangkan.
entri plugin aku sebelum ini aku kongsi gambar fasha sandha, tapi kali ni takde lah. gambar tamara bleszynski pun xde yg menarik huhuh.





download linknya tak ada .. yg modified top commentators with gravatar.
tq for the ’subscribe to comments via email plugin’
ehehe, da update dah. kelam kabut keluar tadi x perasan belum upload fail. terima kasih banyak2x
xde masalah punya
Apapun, pelik sekarang ni… semua org dok buat entri pasal info wordpress
p/s : wp cron ada masalah using wordpress….
sebenarnya entri ini lebih kepada menceritakan plugin-plugin yg saya tulis, info wordpress hanya mukaddimahnya dan penutupnya. Apapun, harap ianya berguna.
wp_cron berfungsi dengan baik dengan wordpress saya (ver 2.1.2). Apa masalah tersebut ya?
wahh..cool cool..tulis plugin sendiri eh ?
so the very rajin ah..*giggles..
hmm..apsal my comment didnt show up ? anyways..like i was saying..sungguh rajin menulis plugin eh ?
your comment was moderated because you’re using new email address. i didn’t activate akismet, so have to hand pick the spam hehe. hehehe… i’m a programmer, so xdelah ssh nak diy
macam arkitek reka rumah sendiri la kan.
bro..memang best..aku akan pakai beberapa plugin yg dicadangkan untuk revolusi blog aku..hehe
Tiger Style Admin pernah pakai, tapi kendian deactivate.. he he
WP-Cron tak pernah pakai, tak tahu pun camne nak guna.. ha ha.. macam jahat je bunyinya
thanks utk plugin ni..
*Ismail dot Com Sdn Bhd? Funny la you…
aku pun penah try tiger style tu tapi kureng la…
tapi aku sooka
cantik sikit admin screen aku
aku mmg lemah bab2 mcm ni…
jap. wp-cron tu utk apa? erm. saya guna byk plugins. ni pon baru belajar sbnrnya guna plugins ni. 2-3 bulan lps. pdhal da 2 tahun guna wp. hehe.
sy br lg pakai wp, x sampai setahun pun. the best blogging platform. tuk soklan wp cron tuh, saya jawab dekat bawah yer,
thanks mate ..mcm best jer plugin ni…
apa kegunaan wp-cron ek?cite skit
ya.. ape fungsinya cron ini?haha
sori, lambat gila balas. naik cuti, aku macam terabai post nih. aku x kedekut ilmu, cuma lepa sikit, adeh. okeh, wp-cron nih dia scheduler macam dalam windows, nama cron tu datang dari linux/unix nyer scheduler. kita leh set apa kita nak buat, contoh setiap tengah malam buat backup database. aku pakai wp-cron nih utk backup database, digunakai bersama plugin wp-db-backup. sebenarnya, utk version 2.1 ke atas, cron dah terbina dalam, cumanya, aku tak download plugin yg baru utk wp-db-backup, jadinya… ada baiknya kalau nak pakai, download ada plugin wp-db-backup yg baru. harap menjawab soklan anda semua. maaf ya 0:-)
lg satu, wp-cron nyer penulis sudah gaduh besar dgn wordpress, dia sudah patah arang dgn wordpress dan abaikan semua plugin yg dia tulis. skang dia pakai habari.
entri2!
mahu memberi komentar supaya wajah kacak’ku naik lagi disana.. ha ha
besh besh… tp aku wat x menjadi jugak yg kod “Show Top Commentators” tu..
x kuar pon kat siderbar….. napeee laa.. ek?
nanti saye cuba
[...] Normal list 2. With Gravatar 3. [...]
[...] the plugins. Mine is from here. If you want something with gravatar, then you can get the one from ShutterSpeaks. He has a new one, top commentators in clouds. Check out his front page. If you want that, just say [...]