Setelah sekian lama, akhirnya Kiwi muncul kembali. Sejak beberapa keluaran yang lepas, hanya Lemon dan Apple yang banyak menghiasai jalan cerita ini. Namun kemunculan Kiwi kali ini dia sudah tidak seceria dahulu, mungkin kerana hatinya telah luka. Katanya:

Kesian Kiwi, dah la masa tu Orange dengan Apple yang comel tuh… Nasib baik dia tak kata “Boom…“. Orange, Kiwi, Lemon, Apple dan segala buah-buahan yang lain adalah watak di dalam karya Ben, Le Gardenie. Semenjak pertama kali aku membaca karya Ben ini, terus aku tertarik untuk mengikuti kisah Orange, seorang budak yang Ben kata macam dia dulu. Terus terang, aku beli Utopia semata-mata kerana Le Gardenie nih jekk. Dan bila ke pasar malam aku akan cari episod-episod yang lepas, satu RM1.00. Ben, ko jangan malas-malas lagi, keluaran lepas ko ngelat.
Sepatah dua kata-kata lain yang mungkin ingin disampaikan oleh Kiwi, 1. Selamat Hari Guru kepada semua che-e-gu che-e-gu, jasamu dikenang 2. Astro, aku x amik sport package, alasan ko nak naikkan bill ke RM54 kerana kos rancangan sukan mahal tidah valid, ptuii. 3. Harga tepung naik, esok lusa roti canai pasti naik harga, adeh.. dan akhir sekali 4. Janganlah korang sanggup tinggal kawan pasal awek….
Kemaskini:
1. Harga roti canai naik RM0.10 sekeping
2. Yuran Astro naik jadik RM54.95





Sumber: Berita Harian
URL: http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Thursday/Mukadepan/20070517001648/Article/
Harga roti canai, capati naik 10 sen bulan depan
KUALA LUMPUR: Walaupun kerajaan menetapkan kenaikan harga makanan berasaskan gandum tidak melebihi 10 peratus daripada peningkatan harga bahan itu sebanyak 15 sen kelmarin, harga roti canai dan capati akan naik 10 sen mulai bulan depan.
Timbalan Presiden I Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma), Kamarul Zaman Seenimohideen semalam berkata, kenaikan itu tidak dapat dielakkan ekoran peningkatan kos minyak masak, marjerin, gas dan terbaru tepung gandum.
“Sudah dua kali harga tepung naik dalam tempoh empat tahun, tetapi kita masih jual roti canai sekitar 60 hingga 80 sen sekeping,” katanya ketika dihubungi Berita Harian, semalam.
Beliau mengulas kenaikan harga siling tepung gandum sebanyak 15 sen sekilogram berkuat kuasa Isnin lalu.
Kamarul Zaman mencadangkan kerajaan memberi subsidi untuk mengelakkan pengusaha restoran menaikkan harga makanan berasaskan tepung gandum kerana peniaga membelanjakan kira-kira 70 sen bagi menghasilkan sekeping roti canai dengan untung hanya 10 sen.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Mohd Shafie Apdal ketika mengumumkan kenaikan harga tepung gandum sebanyak 15 sen kelmarin berkata, sebarang kenaikan harga makanan berasaskan bahan itu mesti dalam lingkungan atau tidak melebihi 10 peratus.
Beliau berkata, pihaknya akan mengambil tindakan jika ada peniaga yang menaikkan harga makanan pada kadar melampau.
Di KOTA KINABALU, tinjauan Berita Harian mendapati harga beberapa makanan berasaskan tepung mula naik dengan roti canai dijual antara RM1.10 dan RM1.20 sekeping berbanding RM1 sebelum ini.
Presiden Persatuan Pengguna Sabah dan Labuan (Cash), Datuk Patrick Sindu, mengesahkan pihaknya menerima banyak aduan mengenai kenaikan harga makanan berasaskan tepung gandum.
Pengarah KPDNHEP Sabah, Jaafar Walat, berkata pihaknya memang menjangka peniaga akan mengambil kesempatan menaikkan harga makanan, seperti yang berlaku sebelum ini termasuk ketika kenaikan harga diesel dan petrol.
Di GEORGETOWN, beberapa peniaga yang ditemui mendakwa kenaikan harga tepung gandum dan bahan lain menyebabkan keuntungan mereka semakin merosot.
Pengusaha kedai roti, Abdul Wahab Abbas, berkata jika harga tepung terus meningkat, beliau terpaksa menaikkan harga roti keluarannya.
“Kita akan meneliti perkembangan ini dan mengadakan perbincangan dengan Kesatuan Peniaga Roti Pulau Pinang bagi mencari penyelesaian,” katanya.
Di ALOR STAR, Pengerusi Pengusaha Restoran Islam Malaysia, Sihabutheen Kirudu Mohamas, berkata setakat ini lebih 150 ahlinya masih mengekalkan harga roti canai 60 sen sekeping.
“Bagaimanapun, dengan kenaikan harga tepung sebanyak 15 sen sekilogram kita sukar bertahan lagi dan akan bermesyuarat bulan depan untuk menentukan tindakan lanjut,” katanya.
Di SEREMBAN, seorang peniaga di Senawang, Salbiah Yassin, 39, berkata harga roti canai dan kuih muih yang dijual masih kekal tetapi saiznya lebih kecil berbanding sebelum ini supaya dapat menyerap kenaikan kos itu.
Di KUCHING, seorang peniaga kedai makan di Jalan Main Bazaar, Rahim Abdullah 45, berkata kebanyakan peniaga masih menunggu perkembangan selanjutnya sebelum menaikkan harga roti canai dan capati.
“Kami bercadang untuk menyemak harga makanan berasas tepung pada bulan depan kerana enggan kehilangan pelanggan yang sudah biasa dengan harga lama,” katanya.
Di MELAKA, penjual kuih muih, Rusminah Ali, 41, mengakui kenaikan harga tepung sedikit sebanyak menjejaskan pendapatannya kerana terpaksa berbelanja lebih bagi membeli bahan mentah berkenaan.
hi..glad to know that you are one of the leGardenie comic freaks!! i love that comic too..now, im studying in tennesee,America..i lost contact with my kiwi..hehe! i just read the collection book of legardenie for part one..im glad that i can read for the sequel..hooo..how i miss my comic..i hate orange! he’s selfish..glad to hear from u..im willing to know what had happend to them..please..if u willing to tell me what was going on in the story, i would really happy thou!! i could send you some money (in dollars) if u intend tou buy me Legardenie part 2 comic book..please…
got to go now..if u have any concerns bout me, juz email me at azrynnjr_aries@yahoo.com
or muhammad.a.zahari@vanderbilt.edu…….
kiwi actually still not back in le gardenie. orange was day dreaming. i’m actually waiting when will kiwi reappear in the comic, now the story mainly revolve around miki, lemon and apple. apple sort of fallen for orange, while orange doesn’t even know her name. part 2 compilation still not out yet, but for sure i will let you know when it’s available