Hujung minggu yang bakal tiba merupakan hujung minggu yang sibuk untuk aku. Sabtu pagi kerja, sabtu petang kenduri, sabtu malam makan malam, ahad pagi kenduri, ahad petang kenduri, ahad malam hescom06. Sib baik isnin cuti, bleh berkebun sikit. Untuk e-sastera, kami akan demonstrasi projek e-sastera sms. MiKi buat front-end, aku cam biasa, buat back end je. Keje back end ni keje yang orang tak nampak, tak payah interface lawo2, malah kebanyakan back end aku takde interface pong hahaha.. running in background je. e-sastera.sms akan membenarkan ahli2nya berkarya menggunakan SMS. Amat berguna sekali, kalau idea tu tiba2 datang, dan korang pun dengan rasa tidak sabarnya mau menghebahkannya ke saentaro donia, SMS aje, tapi bukan ke DAPAT ye. Contoh sajak:
IL - 22Dec
Tiada kamu
Dunia sunyi
Bisu keluAmir
Sementelah itu, kami pun dapatlah seat percuma ke majlis tersebut, yay!. Buat yang tidak dapat hadir, kesian korang. Tapi takpe, aku sajikan korang dengan disebalik tabir - Syamel Jamel Kamel, satu lagi karya dari sindiket soljah yang bakal ditayangkan pada malam tersebut.
Oh ya, promosi tempelan, kalau korang atau sahabat korang atau lebih logik kampeni korang ataupun kampeni tempat korang kerja nak pakai enjin SMS (SMS Gateway), hubungilah saye ye, macam-macam model ada, deposit percuma
Kemaskini: Untuk trailer terbaru, sila layari Amir Mukhriz
Related Entries
- No related posts





Huhuhu, tempelan yang masyukkkk
hahaha… harap2 mengena lah tempelan itu, baru ia betul2 masyukkk