post separator

Waktu

Hari ini aku pakai baju yang dibeli lebih dua tahun lepas. Dan hari ni juga secara tak sengaja, aku terjumpa gambar-gambar yang diambil sekitar waktu itu termasuklah satu rakaman video. Apa yang aku dapat simpulkan, aku dua tahun yang lepas tidak sama seperti aku hari ini, dan melalui web ini, lagi 2 tahun akan datang, aku pasti dapat mengikut perkembangan dan apa yang terjadi pada dan disekeliling aku.

masalapang dan mikiMasaLapang & MiKi

Waktu, berlalu seperti biasa, tetapi semakin hari terasa semakin pantas. Jika hari ini hari isnin, sekejap sahaja rasa dah cuti, kemudiannya terasa sekejap sahaja dah masuk kerja balik. Mungkin, pada zaman kita kanak-kanak dahulu, tiada apa yang kita kejarkan, bermain hampir 24 jam sehari, berlari kesana-sini, cipta permainan itu dan ini. Tiada kerja yang betul-betul kita laksanakan, lantas, masa tidak begitu terasa pemergiannya kerana ianya tidakalah dihargai seperti sekarang. Sekarang, setiap saat dan minit berlalu dengan sia-sia membawa maksud kerja semakin bertimbun. Kata orang sekarang, masa adalah wang. Masa adalah amat berharga, lantas kita amat terasa masa itu berlalu begitu pantas. Ataupun, ianya merupakan salah satu tanda kiamat makin hampir tiba.

Yang lepas biarkan berlaly?

RSS feed | Trackback URI

Comments »

No comments yet.

Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
URI
Your Comment (smaller size | larger size)
You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> in your comment.
Close
E-mail It