post separator

30 Syawal

Nadiatul Qistina

Sedar tak sedar, dah habis dah pun raya. Habis tak habis pun, esok masih ada lagi yang buat open house raya, tu tak termasuk weekend nih. So sekali lagi jugaklah aku nak ucapkan selamat hari raya aidilfitri dan maaf zahir dan batin kepada semua.

Tahun ni aku beraya di rumah mertua di johor. Kami mengamalkan sistem giliran disebabkan jarak yang jauh, so lepas raya baru balik ke perak pulak, tak boleh lah dalam cuti yang sama. Ponat den nak drive, tak masuk tol minyak lagi. Raya tahun ni juga raya pertama bertiga, sebelum2 ni berdua jer, sebelum tu lagi sorang2 jer hehe. Sonot raya bertiga nih, feeling dia lain. Tahun nih jugak, aku menjadik mangsa propaganda pink bini aku, tapi okla, takderlah pink sangat, lawa baju tu, janji bahagia hehe. Raya pertama pusing singapore, food dierr,, pergh… tu yang walaupun tak larat makan pun layan jugak, sedap wehh. Walaupun, kesemua rumah yang aku pergi jamu mender yang sama jer, ketupat/nasik impit dengan kuah lontong dan serunding. raya tahun nih jugak, aku jadik tukang pasang mercun. best haha… sebab tak payah beli. mahal2 mercun skang nih, bkn murah weh. Raya ketiga pusing johor pulak, ke batu pahat, rengit, potian, benut dan segala jenis parit yang ada kat sana, raya belah sedara mak mertua aku, ramai sungguh dan ramah tamah dorang nih. Raya keempat aku dah balik KL, ada banyak kerja yang aku perlu selesaikan, terutamanya utk presentation hari selasa tu.

Perbandingan Saiz Mercun dan O2 AtomPerbandingan saiz mercun dan O2 Atom

Minggu berikutnya, balik ke perak pulak. Tapi sekejap je la, jumaat malam sampai, ahad dah balik KL. Sempat jugak balik ke kampung dan beraya kat penang, jalan2 dgn family. Perak, setiap kali aku balik, pasti cam kenduri. Macam-macam makanan ada, dan yang penting, dapat jugak aku merasa lemang tahun ni hehe.

Nadiatul Qistina

p/s: kepada pelanggan celcom, dari kol 12:01 mlm ni sampai pagi sok MMS percuma tidak terhad, so MMS to the max lah korang.

RSS feed | Trackback URI

Comments »

No comments yet.

Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
URI
Your Comment (smaller size | larger size)
You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> in your comment.
Close
E-mail It