Kau dah tengok “Boss Dari Neraka”? Kalau kau dah tengok senang sikit aku guna analoginya. “Boss Dari Neraka” memang best dan kelakar, kalau kau belom tengok aku rekemen ko pegi tengok, tapi aku bukan nak buat review, apa yang aku nak amik adalah dalam setiap bidang yang kita ceburi kalau kita bagi sepenuh hati dan minat padanya, pasti akan wujud dan terhasil kehebatannya. Aku cukup berminat untuk bersembang atau lebih tepat mendengar orang yang betul-betul mendalami dan menghayati bidang yang mereka ceburi atau minati bercerita. Tutur kata dari orang-orang yang begini amat mengasyikkan, dan aku pasti aku asyik dengar bukan sebab aku tak faham tapi cerita mereka-mereka nih keluar dari hati, sepenuhnya. Tak kisahlah bab apa pun, astronomi, sejarah, genealogi, komputer atau apa-apapun.
Kalau Oprah boleh berkata “I always knew I was destined for greatness”, mengapa tidak kita. Semuanya hanyalah terletak pada usaha dan minat kita. Ada hati pasti jadi kata seorang pahlawan yang tak silap aku bernama ji fat. Sebab itu, adalah amat penting untuk menceburi bidang kerja yang kita minati kerana selain kerja, ianya adalah hobi kita. Contohnya Ben, dia begitu minat melukis sejak dari kecik lagi, famili dia pun x setuju dan kata apalah nak jadi dengan dia bila besaq nanti, sekarang dia dah besaq dah jadi seorang kartunis tersohor di malaysia, yang best sekali dia dapat duit buat mende yang dia minat. Jadi, kepada sesiapa yang amat meminati bidang pengaturacaraan, tolonglah, ok tolonglah, hantar kat aku resume korang. Dan yang paling penting, datang interview tu. Aku heran betullah, dah ler resume yang masuk x berapa banyak, dalam x berapa banyak tu, berapa kerat jer yang balas email aku. kemana hilangnya ratusan ribuan graduan yang xde kerja kat malaysia nih.
Ingat, ada hati jadi. Kau setuju?





Aku ada kawan. Dia nak berenti master. Tak cukup duit nak bayar yuran. Tapi aku takot nak rekemen kalo dia tak reti buat kerja, bahananya kena kat aku plak…
ada “screening” process nyer, kalau dia ok then kita amiklah, kalau dia x ok kita amik jugak tu tanggungjawab kitaworang lah.
dah ada pengalaman terkena bahang ker?
uHUMMM