post separator

Balik dari kampung

Masa sekarang berlalu terlalu pantas atau aku yang bawak laju aku pun kurang pasti, tp semenjak dua menjak nih perjalanan aku balik kampung amik masa dalam 3 jam jer, dari rumah ke rumah. Masa mula2 aku sampai rumah dalam masa 3 jam bapak aku sound “hang bawak berapa long? sat sangat sampai:-D la ni tak tanya dah, kalau dah dekat 3 jam x sampai mesti ada tepon tanya dekat mana dah heheh.

balik kampung kali ni jangkaannya nak sampai awai, tapi sangkut p jam kat kl la pulak. so berbukak la kat kl dulu lepas tu baru ciaou. tamau sampai lambat punya pasal, kali ni perjalanan fly direct xde stop kat mana2 pong kat hi-way kecuali dah sampai kemuntin berenti sat, bini aku nak beli barang. aku tatau apsal letih yang amat, sampai2 tu aku angkat tudung, wahh.. ada mentabak, wa mau wa mau hehe.. masuk bilik letak kepala jap, aku punya kejap sampai pagi esok daa… melepas.

Hi, saya kucing
saya pun turut berpuasa

Nadiah sepanjang hari tabley tdo, ada saja kejer yang dia nak buat. kehulu kehilir, last2 round naik keter baru mau tdo. Dekat2 kol 5 baru bangun, alahai melepas lah pergi kemuntin hari ni, selama pun ok. Macam biasa, disebabkan harga makanan teramatlah murahnya, maka dengan ketidak sengajaan itu, terhasillah lauk pauk kuih muih utk kenduri suku kampung. Tapi apa pasai pun aku tatau, xde gamba makanan kali nih. Tak sabau nak makan kot heheh..

Jom main "bunga api"
Ini bukan mercun mahupun bunga api

Malam hari, sound adik aku gie beli bunga api, nak tunjuk kat nadiah jer. Seploh hengget cukuplerr, dapat la sikit bunga api termasuklah yang masuk angin ahaha.. agak2 ni stok berapa lama dalam stor nih depa sorok. Yang gambar atas ngan bawah nih mmg bkn bunga api mahupun mercun, nih pencuci periuk yg halus-halus tuh adik aku bakaq. Cun lerr plakk ahaha, mak aku bley sound “pandai hangpa no“. Ni amik pakai tripod nih… kalau x jangan haraplers..

Jom main "bunga api"
Juga bukan bunga api

Bulan posa kat kampung memang banyak kenangannya, nak cerita semua aku pun x larat nak taip. aku rasa kalau korang nih baby late 70s early 80s lebih kurang sama la cerita kita. Tak pun korang p baca buku “Aku Budak Minang” dari kartunis ujang xpun “Budak Kampung” dari lat, depa ni lagi tua, tapi sedikit sebanyak tu ada laa… Aku ni sebenaqnya teringin sangat nak jadik insan yang kreatif dan pandai melukis, supaya dapat aku abadikan segala kenangan-kenangan dulu tuh dalam lukisan. Doraemon mana wujud lagi aku nak masuk laci dia p travel amik gambaq dulu2. Hangpa yang kreatif dan pandai melukis tu, patut bersyukur dan aku jeles dengan hangpa ngeh ngeh ngeh…

Abah p masak moreh
Abah pi masak moreh

Ni bapak aku, seperti yang hangpa nampak dia tengah naik motor modenas kriss. moto ni bapak aku beli pakai duit ASB, dia x menang moto ni. Moto ni dulu aku yang pakai dari zaman lepas SPM, lepas tu kat UTM sampai la mula2 aku kerja. La ni dah balik kampung balik dah. Bapak aku tukang masak kat kampung aku, baik kenduri mahupun moreh. Selalu bulan posa kecik2 dulu apa yang aku akan buat mesti ikut bapak aku gie mesejid punya, “tolong” buat apa2 yang patut sebelum kendiannya menghilang bersama kawan2 hehe. Bukak posa mesti ada lauk moreh abah bok balik, malam p pekena lagi moreh kat masjid hehe… Time makan mesti ramai budak2, lepas tu semua hilang main tuju tin lah, baling kasut lah, tol lah dan len len lagi. mercun dan meriam hanya muncul bila dah besaq sikit umoq dalam 11 - 15 thn camtu, masa umo bawah 10 tahun ada jugak main bunga api, mercun dengan meriam nih, tapi jarang-jarang dan selalunya dekat2 raya baru start. mana ada duit weh nak bakaq mercun hari2.

Hari ahad x banyak aktiviti aku kat kampung, dok sekitar umah jer. Tengah hari lepas bini aku gunting rambut blah balik KL. Mak aku kirim sambal petai, yummmy. Sampai KL, perghh.. jerebu semakin teruk, dah patut isytihar darurat nih. Hantaq adik aku p shah alam dulu, bukak posa kat sana baru balik umah. Hmm.. aku tak call lagi depa habaq dah sampai. Takpa, mlm satgi aku tepon.

Selamat Berpuasa ;-)

RSS feed | Trackback URI

3 Comments »

Gravatar Icon
Comment by Azhar Ahmad
2006-10-10 06:11:59

Huhuhuh, moto yang banyak kenangan…

Aku samapi sekarang masih tak paham dan mencari, kenapa mercun masuk angin tek best?

 
Gravatar Icon
Comment by s/s
2006-10-10 15:04:11

mmg banyak kenangan moto tuh, termasuklah 3 kali eksiden. eksiden last sekali yg paling teruk tu yg angkat keta terus pastuh.

err… bila masuk angin, dia kentut jer x malatop. kalau bunga api pulak, kejap2 padam. x best la main.

 
Gravatar Icon
Comment by misha
2006-10-11 10:16:35

mamamiya!

mcm mana wat bunga api guna pencuci periuk tu ek?
berminat la!

 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
URI
Your Comment (smaller size | larger size)
You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> in your comment.
Close
E-mail It