Sepanjang hari ni, aku rasa down ajer… generally, dari minggu lps pun aku rasa camni. Ada satu perkara yang aku rasa tak adil terjadi. Tapi tulah, apalah yang adil dalam dunia ni, parti keadilan pun ada orang kata tak adil. Gaji dah masuk minggu lepas, so mcm biasa la, bila duit masuk, mesti la keluar balik kan. Kalau ko x wat camni, komfem ko adalah orang paling kaya dalam donia ni. Hari ni aku pun memulakan operasi menutup lobang nih, lepas satu satu wat payment, lepas satu satu makin susut la baki akaun aku. Last sekali aku cek transaction kredit kad aku, hoyeh!!! ada jugak berita gembira utk aku hari ni. Public Bank dan creditkan Mega Bonus dia, Mastercard aku dpt dekat RM200, Visa sikit jerr… RM3.50, Visa mmg patut pun sket, sbb aku jarang banget pakai. Hoyeh….. free free dapat RM200.00.
Aku dulu bukanlah pengguna kredit kad yang cemerlang, tiap2 bulan mesti ada finance charge. Sampai ke satu tahap, aku setelkan sumer utang aku, kensel semua dan tinggal yang patut ajer. Yang patut tuh yang free dan ada fekdah menarik la. Dan semenjak itu, x kira berapa baki kredit kad, aku akan sentiasa bayar in full. Hasilnya, kalau dulu aku kene bayar kat bank caj perkhidmatan dan caj finance, kali ini aku bukan setakat tak perlu bayar caj perkhidmatan malah bank pun turut bagi duit kat aku. Aku pun cadangkan kat ko camtu jugak, kenapa perlu bayar full? sebab nak elak finance charges. Untuk “memampukan” diri bayar full, kenalah plan.
Terima kasih public bank ![]()





No comments yet.