Kadang-kala aku rasa dunia ni mmg direka kalau kau ditimpa bencana, dia akan datang berderet-deret bak pepatah melayu bagai jatuh ditimpa tangga, kalau bulan jatuh keriba pulak, kau akan terima berita gembira berderet-deret.
kol 10:20 td adalah waktu malang aku. Aku nak isi minyak, bila sampai semua pump full, aku pun tunggu dalam kete. Bila dah dapat stesen “tetiba” lengang, huh. Lepas tu kuar kereta mau masuk kad, kad reader plak rosak, pump tu je plak tu, yg lain ok. Okla, bayar kat dlm. Full tank bang. Masuk dalam mau amik kad, tak boleh baca, daaa. My card was ok ok. Second card, oso cannot read. Tak boleh baca tau, bukan declined. What the hell, all this while kad aku ok je kalau slot kat pump. Mamat tu siap call bank lagi, bikin malu siul. punya lama aku tunggu, aku dah le ada appointment ni. Takkan nak kuar lagi 1 kad, baya cash. mende yg patut leh setel kurang 5 minit jadik sampai dekat 20 min. Satu rentetan peristiwa yang x best, x best je, bukan malang.
Lagi 1 contoh, selama hampir setengah tahun kami mencari projek. Masuk tender sana, rfq sini proposal sinun x termasuk prototype dan poc yg kami buat, satu pun tak masuk. Alih2 bulan ni, dpt sekaligus 3 order, sampai tak cukup tangan dude. Tu yang tgh cari staff tu. Kalau berminat, tolonglah apply yer, anda tidak dijanjikan bulan dan bintang tapi apa yang pasti, hujung bulan gaji pasti akan masuk.
Ko penah kene camni? Aku selalu aku rasala. kemungkinan semua ni hanyalah kebetulan, ada qada qadarnya, mungkin kalau aku setel awal kat petronas tu, ada keta langgar aku ke apa ke, segalanya mungkin. Hanya Allah yang mengetahui segalanya.
semoga esok menjanjikan hari bahagia buat aku dan kau.





Ingat satu je. Kifarah Allah. Ia tentu dibalas! Tak di dunia, di akhirat kelak. Jadi bersabarlah…
Anyway, tingin gak nak kerja ngan syarikat org melayu. Malangnya sudah dilamar kuktem…
yupp… benar skali.. setiap yg berlaku pasti ade hkmahnye tersendiri…