post separator

Selamat Menyambut Ramadhan

Selamat menyambut ramdhan kepada semua umat islam seluruh semesta.

Ramadhan datang lagi
Masjid Putrajaya

Bulan ramadhan semenjak aku boleh mengingat, tak pernah gagal untuk mengubah corak kehidupan aku. Bulan yang sentiasa di nanti-nantikan selain bulan syawal. Bulan ramadhan walaupun berpuasa, adalah bulan yang paling meriah terutamanya pada zaman kanak-kanak aku dulu. Aku sebelum bersekolah tinggal bersama tok dan tok wan kat kampung, pak sedara dan mak sedara masa tu semua remaja-remaja lagi. Aktiviti bulan puasa yang tak sah tak dibuat oleh budak-budak zaman “dulu” yang nostalgia sekali pada aku pasang pelita tiap-tiap malam, main mercun, perang mercun, meriam buluh, meriam katak, meriam TNB pun ada heheh, tapi dah maju sket merian TNB nih, moreh yang paling menarik sekali, bertukar-tukar makanan dengan jiran tiap-tiap petang tak pernah miss, mengacau mak ngan tok buat kueh, dulu buat bahulu bukan stail skang, api atas bawah, berasap satu rumah, shopping baju raya, dah shopping mesti kene sorok dalam almari berkunci, kalau tak asyik nak try jer wakakaka. dulu tak macam sekarang, walaupun lepas raya, baju baru simpan, pakai time-time nak keluar bandar jer, err.. bandar ke, pekan kot. Itu puasa zaman dulu, kalau nak dicerita panjang, memang sehari pun tak habis aku menaip hehe. tahun ini, seperti tahun-tahun sebelum ini, juga bakal menjanjikan sesuatu yang menarik. dan seperti tahun-tahun sebelum ini aku berazam utk kuruskan sambil banyakkan ibadat :-D

Niat puasa:

nawaitu souma ghadin an adai fardhi ssyahri ramadhaana haazihi ssanati (kulluhu) lillahi taala

sahaja aku puasa esok hari, kerana menunaikan kewajipan pada bulan ramadhan pd tahun ini (seluruhnya) kerana ALLAH taalaa

Selamat berpuasa semua, maaf zahir dan batin ;-)

RSS feed | Trackback URI

1 Comment »

Gravatar Icon
Comment by abdfatah
2007-10-03 09:30:54

yeaa… selamat menyambut ramadhan al mubarak. pose jangan ponteng tau…

 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
URI
Your Comment (smaller size | larger size)
You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> in your comment.
Close
E-mail It