kenapa aku x kibarkan bendera pd kereta
This maybe a bit late, but who’s really care anyway. Aku setuju dgn pendapat 2 3 org lain, merdeka thn ni dah semakin hilang serinya. Terlalu pudar utk dirasai. Dikaburi terutamanya oleh perkahwinan datin siti nurhaliza dan datok k. Tetapi aku rasa bukan itu sahaja.

Rhu, a bosnian who celebrate Merdeka, maybe her spirit more than us.
Tiang-tiang lampu xde kaitan langsung dengan siti nurhaliza, ia dibawah bidang kuasa PBT. Namun, tahun ni terlalu sedikit bendera yang dipasang, lampu2 pun x nampak sangat. Pemandangan jalan raya macam hari biasa je. PBT dah abis bajek kot thn ni.
Pihak media elektronik dan juga kertas, xde kaitan sangat dgn siti nurhaliza. Selain RTM yg smmgnya milik kerajaan mmg x berapa siarkan pun psl merdeka ni, terutamanya pd waktu perdana. Ntv7 adala jugak sikit, tetapi secara keseluruhannya, x dirasai. TV3 langsung x amik kisah nak tayang mende yg ada unsur merdeka pd mlm merdeka tu sendiri. Terlalu sibuk dgn siti kot. Terlalu banyak sejarah takut viewer lari kot, tp pandai2lah, hangpa ada social obligations jugak, bukan dkt investors korang je.
Pihak2 korporat pulak, makin tahun makin kurang nak wat iklan ucap merdeka. Thn ni yg betul2 perasan hanya 2, proton dan petronas. Kedua-duanya GLC. Yg lain, x nampak pun. Kalau ada tu mintak maapler, sikit sgt nak perasan. Mana pergi syarikat2 lain pun tatau ler. klik sini utk proton.
Rakyat malaysia sendirik, dalam 10 rumah belum tentu ada 1 yg kibarkan bendera, dalam 10 kereta pun belom tentu ada yang kibarkan bendera. baik yang remaja mahu yang dewasa, masih ramai yang belom betul2 tahu sejarah merdeka. Worse, merdeka dah thn keberapa pun x brp tahu. Anak sapala tu.
Merdeka tahun ni mmg x menarik pada aku. Xdak feel. dan aku harap tahun depan org yg buat bendera ni bertanggungjawab sikit dengan bagi gam yang kuat sikit. pada aku adalah lebih ghaplah bendera tu terpelanting keatas jalan raya dan kendiannya digelek2 dan dipijak2 tanpa boleh diselamatkan. Dan sebab itulah aku x psg bendera pd kereta thn ini, bkn kerana aku xde semangat kemerdekaan. Huh. Cukup kot dgn bendera kat blog aku ni.





No comments yet.